06 Ogos 2010

Anwar ingin leburkan islam - Al- Gore & Wolfowitz.


Anwar telah mengarahkan anaknya Nurul Izah dan pemimpin pelapis PKR Nik Nazmin Nik Ahmad berjumpa dengan pemimpin pelapis Islam liberal dan Pluralismen di Indonesia iaitu Anies Baswedan yang berjaya meniupkan sentimen kebencian di kalangan anak muda di Universiti di Indonesia untuk menjatuhkan Presiden Suharto sewaktu reformasi 1997/98.

Kunjungan tersebut menurut AIDC News merupakan strategi Anwar untuk mengembangkan lagi idea Pluralisme agama di Malaysia, memandangkan kedudukan Universiti Paramadina di Indonesia adalah sebagai pusat kajian Pluralisme Agama di Indonesia. Manakala Anies sendiri merupakan penggerak utama universiti tersebut.

Sebelum ini portal pro Yahudi Malaysiakini dalam satu artikelnya telah menyiarkan pandangan bekas Naib Presiden Amerika Al Gore dan Paul Walofowitz berdasarkan laman The Wall Street Journal telah mengesa Kerajaan Amerika pimpinan Obama membantu Anwar Ibrahim dengan menekan kerajaan Malaysia berkaitan isu liwatnya.

Al-Gore yang kini terpalit dengan dakwaan mencabul kehormatan seorang tukang urut di Amerika dalam kenyataan tersebut bersama Paul Wolfowitz yang juga pernah terlibat skandal dengan kekasihnya Shaha Riza menyatakan bahawa mereka yakin bahawa Anwar “komited memperjuangkan nilai-nilai pluralism, toleransi dan kebebasan yang diperlukan oleh Malaysia untuk berkembang.”

Kenyataan bersama AL Gore dan Wolfowitz yang ditujukan kepada Obama tersebut, seolah cuba mengambarkan bahawa Anwar adalah pemimpin pluralisme terulung di dunia islam hari ini, dan ia sesuai dengan apa yang dipegang oleh Amerika dalam prinsip pluralisme agama. Kenyataan tersebut juga membawa maksud sekiranya Obama menolak Anwar, ia akan merugikan Amerika kerana peranan Anwar dalam memacu islam liberal dan pluralism di seluruh dunia adalah amat besar.

Kenyataan dua tokoh Amerika itu mengunakan hujah Pluralisme untuk membela Anwar boleh menjadi tanda tanya kepada kita. Sebenarnya apa maksud dan definisi Anwar sebagai seorang komited melaksanakan agenda pluralisme tersebut.

Doktrin pluralisme

Sebenarnya wacana pluralisme yang kini diperjuangkan Anwar adalah tidak lari dari pemikiran Barat postmodern. Kerana menurut Akbar S. Ahmad, dalam bukunya Postmodernism and Islam, postmodernisme diwarnai oleh doktrin pluralisme.

Selain itu postmodernisme selalu menjadikan fundamentalisme sebagai musuh utamanya dan cara menghadapinya adalah dengan mengunakan pluralisme. Sasaran utama pluralisme sebenarnya adalah agama dan kepercayaan. Sebab itu apabila Anwar berbicara mengenai pluralisme di merata tempat secara automatik ia merangkumi teologi atau agama juga.

Dan kita tentu masih ingat, barat melihat Malaysia masih lagi sebagai negara berpegang kepada prinsip fundamental sosioagamanya, malah Tun Mahathir sendiri mengakui bahawa Malaysia adalah negara islam fundamental, iaitu berpegang kepada nilai-nilai asas agama.

Dengan kelulusan Anwar yang langsung tiada latar belakang Usuludin ataupun pengajian akidah islam, sejauh mana diyakini apa yang diutarakan Anwar dalam menyebarkan fahaman Pluralisem agama adalah mengikut landasan islam sebenar.

Di antara tokoh pendukung paham pluralisme adalah Peter Ludwig Berger, seorang sosiologi Amerika dan juga teologi Lutheran. Dalam bukunya, The Desecularization of the World, beliau menyatakan bahawa sekular telah gagal. Oleh sebab itu dalam The Social Construction of Reality beliau telah mengusulkan fahaman pluralisme sebagai gantinya.

Berger beralasan bahwa meskipun agama masih merupakan faktor sosial yang kuat, namun pluralisme dan dunia yang bersifat global telah mengubah pengalaman agama setiap individu.

Fahaman Pluralisme yang bergerak bebas dan disebarkan oleh faktor globalisasi dan liberalisasi itu pada peringkat akhir akan menyebabkan agama tidak lagi mempunyai authoriti dalam sebebuah negara.

Dan dalam masyarakat demokrasi liberal dimana kebebasan beragama terjamin, agama tidak mampu lagi menjadikan negara sebagai sandaran. Oleh itu siapa saja bebas memiliki autoriti bukan terhad kepada satu agama sahaja. Bahkan masyarakat akan lebih kuat menganut doktrin fahaman pluralisme daripada menganut suatu agama, tegas Berger.

Sementara itu Diana L.Eck dalam The Challenge of Pluralism, menyatakan bahawa pluralisme bukan sekedar toleransi antara agama, dalam bukunya From Diversity to Pluralism ia “membayangkan” bahawa pluralisme adalah “peleburan” agama-agama menjadi satu wajah baru pluralisme agama. Mungkin berkongsi Tuhan berkongsi amalan agama dan sebagainya.

Pada pemikiran Diana beliau menyarankan agar agama-agama bersedia untuk membuka diri dan menerima kebenaran yang ada pada agama lain. Alasannya karena setiap agama mengandung paksi kebenaran. Ini jelas sekali menunjukkan bahwa Diana sependapat dengan idea bahwa semua agama itu sama benarnya dan tidak ada agama yang lebih benar dari agama lain.

Dari definisi dan fakta singkat diatas, pluralisme sebenarnya sudah mengandungi makna tertentu yang amat berbahaya kepada umat islam. Dan ia bukan sahaja bersifat toleransi semata-mata.

Oleh itu, kesimpulanya tidaklah sukar sebenarnya kita memahami mengapa Anwar sibuk ke sana dan ke sini bercakap mengenai pluralisme, manakala Al Gore dan Wolfowitz mengunakan hujah tersebut bagi mendesak Obama membantu Anwar yang tersepit di dalam kes liwat, kerana keduanya risau tiada tokoh yang setanding Anwar mampu untuk membawa agenda barat di dunia islam, lebih-lebih lagi seorang demi seorang pemimpin islam liberal mula kembali ke alam baqa untuk perhitungan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau Nurul jadi isteri kedua pada menantu Nik Aziz fahaman wahabi dan pluralisme memang mantop....