02 Ogos 2010

Anwar jadi Nabi umat islam Liberal?

Satu persatu tokoh islam liberal diseluruh dunia mula dijemput Allah ke alam baqa, terdapat banyak kekosongan untuk diisi oleh pengerak islam liberal ini di seluruh dunia. Anwar perlahan-lahan telah mula mengisi jawatan tersebut apabila seringkali dijemput badan yang ada kaitan dengan fahaman tersebut di seluruh dunia. Timbul persoalan adakah kata-kata Nik Aziz Anwar seumpama Nabi Muhamad membawa maksud Anwar cuba menjadi pelopor islam versi baru (Islam liberal) yang telah difatwakan haram di seluruh dunia?

Tanggal 5 Julai 2010 lalu di tengah keributan Anwar menjawab tohmahan bahawa dia melutut ke kaki Zionis di Amerika, sahabat baiknya Prof Nasr Hamid Abu Zayd telah meninggal dunia akibat serangan virus selepas kembali dari indonesia.

Sewaktu kemuncak kontroversi dihadapinya, tokoh islam Liberal ini telah melarikan diri dari Mesir tempat asalnya dan menetap dengan isterinya di Belanda, beliau dianggap barat sebagai tokoh islam kotmporari dan pernah menimbulkan kontroversi apabila mencabar bijak pandai Islam agar meninggalkan cara biasa memahami kitab Al-Quran melalui penafsiran harfiah kepada kaedah pentakwilan secara sastera atau kaedah metafora seperti yang diguna pakai oleh pengkaji Bible.

Di katakan juga banyak kenyataan Nasr Hamid yang mencabar pegangan para ulama arus perdana di seluruh dunia hinggalah beliau dijatuhkan hukuman murtad dan di paksa untuk meninggalkan isterinya kerana perkahwinan terbatal apabila salah seorang dari pasangan keluar daripada agama islam.

Nasr merupakan sahabat baik kepada tokoh islam Liberal Indonesia Abdrulrahman Wahid atau Gus Dur begitu juga dengan Musdah Mulia dan pernah beberapa kali dijemput memberi ucapan di The Wahid Institute, sebuah pusat kajian islam liberal di indonesia.

Namun begitu beberapa kali juga Menteri Agama Indonesia telah menghalang tokoh islam liberal dari Kaherah itu dari memberi ucapan dalam mana-mana sesi ilmiah di Indonesia, sehingga membangkitkan protes dari kelompok islam liberal Indonesia termasuk Gus Dur Pautansendiri.

Tokoh islam liberal ini juga ada menerbitkan sebuah buku dan telah di terjemahkan ke dalam Bahasa malaysia bertajuk, " Suara Orang Terbuang - Renung-Renungan Tentang Islam".
Anwar Ibrahim melalui rangkaian Aiclub jual dikatakan cuba menyebarkan ideologi dipegang Nasr ini apabila turut sama menjual buku tersebut di dalam laman AICclub.

Nama Nasr Abdul Hamid ini juga dimasukkan bersama oleh pejabat Mufti Wilayah di dalam senarai tokoh islam liberal di seluruh dunia termasuk Anwar Ibrahim. Klik sini.

Tiada ulasan: