29 Ogos 2010

Demonstrasi bakar bendera di Kedutaan Malaysia Jakarta di dalangi Anwar?






Cuba kita teliti ulasan Anwar berkaitan ketegangan antara Indonesia dan Malaysia, jelas kita dapati beliau cuba memperlekehkan pimpinan dua negara, beliau juga cuba menyatakan hanya dirinya sahaja pemimpin yang dapat menyatukan Malaysia dan indonesia. Jelas dapat kita katakan sebenarnya ada cerita laindi sebalik tabir kisah demonstrasi bendera di hadapan kedutaan Malaysia di Jakarta.

Sukar untuk membuktikan campurtangan Anwar dalam isu demontrasi oleh warga Indonesia di Jakarta yang berlarutan sehingga rakyat republik itu yang tidak bertamadun sanggup melemparkan najis ke kedutaan kita di sana. Persoalannya siapa dalang semua ini?

Penulis ada teori sendiri berkenaan perkara ini.

Seperti yang kita tahu para aktivis bendera yang melakukan tunjuk perasaan itu. Aktivis Bendera yang ramai diantaranya merupakan pejuang gerakan reformasi tahun 1998 merupakan penyokong kuat pakatanMegawati dan Prabowo Subianto. Taksubnya mereka terhadapMegawati bermula pada tahun 1998 di mana mereka berkeinginan untuk menjatuhkan Suharto.

Ketaksuban itu berlarutan apabila ada di antara pernah mengadakan satu demontrasi yang mana mereka mengugut untuk membunuh diri jika adanya penglibatan asing dalam pilihanraya presiden tahun lepas yang mana mereka sudah pasti menyokong pakatan Megawati dan Prabowo Subianto dalam pilihanraya itu walaupun tanpa mereka sedari gabungan itu turutmenggunakan khidmat asing termasuk Israel dalam kempen mereka. Antara diyakini menjadi sumber kewangan mereka untuk melakukan demontrasi sehingga pasca pilihanraya presiden adalah ahli politik paling kaya di Indonesia iaitu Prabowo subianto yang menjadi gabungan Megawati untuk jawatan Naib Presiden.

Membuktikan semua ini ialah Prabowo Subianto merupakan pemimpin pembangkang yang jelas mengutuk Malaysia dalam 1 laporan Detik News yang bertajuk "Prabowo: Sopir Taksi di Malaysia Saja Sebut Indonesia Bodoh" pada 22 Ogos lalu. Beliau sengaja membangkitkan kemarahan rakyat Indonesia dengan menyatakan rakyat Malaysia langsung tidak menghormati rakyat Indonesia hatta seorang pemandu teksi sekalipun. Perkara ini yang seakan-akan membuktikan Prabowo turut terlibat dalam demontrasi Bendera tempohari secara langsung atau tidak langsung kerana jelas para aktivis Bendera berjuang mengikut acuan gabungan Megawati dan Prabowo.

Apa Perjuangan Bendera?

Apa yang menjadi persoalan kepada semua kegiatan bendera yang berjuang kononnya atas dasar Pancasila ialah sokongan mereka kepada ahli politik yang jelas begitu kontroversi dan tidak layak untuk disokong jika dasar perjuangan mereka diambil kira. Contohnya adalah ketika menyokong Megawati pada 1998, adalah jelas Megawati ditaja oleh pihak asing dan ada mengatakan Mega ditaja Israel, tetapi mereka tetap menyokong bekas Presiden Indonesia.

Begitu juga dengan sokongan mereka terhadap Prabowo Subianto kini walaupun secara jelas beliau kaya kerana bergelar menantu dan kroni Suharto pada tahun 1998 yang ditentang mereka separuh mati pada ketika itu. Prabowo juga terlibat di dalam kehilangan rakan-rakan aktivis mereka pada ketika itu dan menyebabkan Prabowo terkenal sebagai pelanggar hak asasi manusia di Indonesia dan perkara ini tidak diadili sehingga kini.Prabowo juga terang-terang menggunakan konsultan asing dalam 2 pilihanraya presiden pada 2004 dan 2009 yang lalu iaitu Alex Castinallos, konsultan kempen Parti Republikan yang membawa George W Bush ke jawatan presiden dan Rob Allyn, adalah konsultan asing dan bekas konsultanGeorge W Bush yang pernah berkhidmat dalam pencalonan Bush sebagai gabenor Texas tahun 1994 serta pilhanraya presiden tahun 2000.

Jadi apa halnya Bendera menentang campur tangan asing dalam piliharanya presiden sedangkan calon mereka sendiri menggunakan campur tangan asing?

Disebabkan itu kita boleh katakan perjuangan Bendera hanya kepada perjuangan political master atau penaja mereka sahaja. Jika pemimpin mereka kata itu, itulah perjuangan mereka.Yang terbaru adalah pembongkaran skandal Century dan begitu jugalah dengan hal demontrasi terhadap Malaysia ini.

Kaitan Bendera,Prabowo dan Anwar Ibrahim

Hubungan Prabowo dan Anwar Ibrahim bukan rahsia lagi apabila blogger X-Pkr meletakkan bekas Leftenan Jeneral Indonesia itu di ranking teratas Sahabat Anwar Ibrahim di Indonesia. Anwar Ibrahim juga sudah 3 kali bertemu secara rahsia dengan Prabowo di Indonesia tanpa diketahui media tempatan dan antarabangsa.

Apa yang dibincangkan juga tidak diketahui tetapi kaitan Prabowo dengan penasihat kempen George W. Bush serta pelbagai organisasi asing menyebabkan tidak menghairankan Anwar berjumpa beliau kerana kedua-duanya adalah pemimpin pembangkang di negara masing-masing yang terdesak mahukan kuasa dengan menggunakan khidmat organisasi asing.Amat diyakini mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Hubungan Anwar Ibrahim dengan Prabowo sangat baik ketika beliau bergelar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Prabowo sebagai Ketua Kopassus (Komando Elit Indonesia).

IPP Medan Anwar-Prabowo Bolot Kekayaan

Jika kita masih ingat lagi wujud Projek Penswastaan Tenaga IPP (Independent Power Provider). Antara yang paling jelas membuktikan kaitan Anwar dengan Prabowo ialah Projek IPP Manjung yang bernilai RM 400 juta pada ketika itu dan kini dimiliki oleh Malakoff Bhd. Projek ini mendapat bekalan arang batu daripada Prabowo yang ketika itu mendapat kawasan perlombongan arang batu daripada bapa mertua beliau Presiden Suharto. Setiap tahun Prabowo akan mendapat keuntungansebanyak RM 200 juta setahun daripada hanya 1 projek IPP Manjung, budi yang mampu menyebabkan Prabowo tunduk kepada Anwar untuk melakukan apa saja.

Selain IPP Manjung, 2 lagi projek iaitu IPP Kuala Sungai Baru (Powertek Bhd) dan IPP Paka juga turut mendapat bekalan arang batu daripada Prabowo tanpa jumlah keuntungan tahunan yang tidak diketahui. Kita boleh nilai sendiri dengan keuntungan RM 200 juta daripada IPP Manjung, boleh dikatakan hampir RM 500 juta berkemungkinan diperoleh Prabowo dalam masa setahun.

Sebab itu hubungan Anwar Ibrahim dengan Prabowo terlalu rapat kerana banyak duit diberikan kepada Prabowo dengan 3 projek ini yang diyakini diuruskan oleh kroni-kroni Anwar di dalam syarikat-syarikat yang menguruskan projek IPP terbabit.

Atas kaitan semua ini tidak menghairankan apabila aktivis Bendera yang menyokong Prabowo begitu kurang ajar kepada Malaysia mungkin kerana diarahkan Prabowo untuk melakukan demikian.

Antara yang paling jelas ianya hasil perbuatan Prabowo sebagai pembangkang di Indonesia ialah tindakan kerajaan Indonesia yang tidak begitu melatah dengan semua ini kerana mereka sudah tentu merasakan ianya adalah permainan pembangkang di Indonesia. Cuma kerajaan Indonesia bukan sebodoh sesetengah pemimpin Malaysia yang sanggup memburukkan negara dan lawan mereka di luar negara kerana tamakkan kuasa sehingga menyebabkan bendera kita dipijak dan dibakar.Sayangnya mereka melakukan itu semua mungkin diupah menggunakan wang yang mengalir daripada Pemimpin negara kita sendiri.

Pemimpin itukah yang kita mahu jadikan Perdana Menteri?

Tiada ulasan: