24 Ogos 2010

PKR Sabah persoal apa hubungan sebenar Anwar & Azmin?


Anuar Shaari bekas Setiausaha sulit Anwar Ibrahim pernah mendesak Wan Azizah menyatakan apa HUBUNGAN ISTIMEWA antara Azmin dan Anwar Ibrahim, berani Kak Wan mendedahkan kepada Umum?..

Menurut laman FMT sebuah portal pro Anwar PKR Sabah di laporkan akan bergoncang lagi gara-gara arahan Anwar supaya 12 pemimpin Kadazandusun di soal siasat pimpinan parti.

berikut petikan portal tersebut :-

" Arahan secara tiba-tiba dari Ketua Umum Anwar Ibrahim untuk menyoal siasat 12 pemimpin yang terlibat ketika mereka sedang berkempen boleh mengakibatkan kacau bilau, kali ini mungkin lebih buruk dari yang terdahulu.

Menurut sumber-sumber, peristiwa yang tidak dijangka ini telah membuat Jeffrey dan beberapa pemimpin Kadazandusun dalam parti naik marah.

Dua belas mereka ialah are Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah Awang Sahari, Mozes Iking, Guandee Kohoi, Sylvester Balon, Dr Nicholas Guntobon, Harry Manisit, Rubbin Guribah, Paul Kerangkas, Innocent Makajil, Gonsubin Yosundang and Nasir Sami.

Kesemua mereka telah menerima dan menjawab surat tunjuk sebab daripada Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution minggu "
klik sini.

Sementara itu sebuah laman pro PAS iaitu Penarik Becha yang blog masternya Bakaq adalah bekas penulis harakah mendedahkan pergolakan di Sabah itu seakan ada kaitan pergeseran antara Azmin dan Anwar Ibrahim . Klik Sini

Kisah pergolakan PKR di Sabah dikatakan bermula apabila Jefry Kitingan membantah dirinya tidak dilantik sebagai pengerusi PKR Sabah dan Anwar melantik Ahamad Thamrin (orang Azmin ) sebagai Pengerusi PKR Sabah.

Konflik itu semakin melarat apabila Zaid Ibrahim terheret sama gara-gara menyebelahi Jerfy Kitingan hingga membuatkan beliau mengambil keputusan bercuti dari politik 6 bulan gara-gara dilarang oleh Anwar berkunjung ke Sabah untuk meredakan ketegangan disana.

Adalah dipercayai tindakan Saifudin mengeluarkan surat kepada 12 orang pemimpin kadazan dusun itu adalah disebabkan faktor Azmin yang ingin menguasai kepimpinan di Sabah sebelum pemilihan parti berlangsung akhir tahun ini, difahamkan seramai 8 orang dari 12 yang dinamakan merupakan antara calon untuk pemilihan Ketua Cabang PKR di Sabah.

Yang pasti Anwar sudah pening kepala dengan tindakan Azmin ini, nak ditegur akan menyebabkan Azmin merajuk, tak tegur lagi menyebabkan pimpinan lain di dalam PKR tersingung dengan perbuatan Azmin dan Anwar.

Agak-agaknya apa reaksi Kak Wan Azizah?

Tiada ulasan: