24 September 2010

Anwar LGBT ; Indonesia negara islam pertama anjur Festival filem Gay


Jakarta - Sebuah festival filem yang memaparkan kisah permasalah lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT)akan dirasmikan pada hari Jumaat ini di Indonesia, dan ia buat pertama kalinya dilaksanakan di dunia islam.

The Q! Film Festival merupakan salah satu festival Gay terbesar di Asia dengan lebih dari 150 film, selain itu tutut diadakan aktiviti pinggiran sampingan pada berkaitan ativititi LGBT- seperti perlancaran buku bertema Gay Lesbian untuk diedarkan di seluruh Indonesia dan diskusi mengenai LGBT. Dijangkakan ribuan aktivis Gay lesbian mengunjungi Jakarta dalam tempoh itu tersebut.

Kebanyakan muslim Indonesia mengaku sebagai moderat muslim, tetapi kebelakangan ini menunjukkan bagaimana komuniti LGBT terus mendapat tentangan dari kumpulan-kumpulan yang dianggap fundamentalis. Pada bulan Mac, sebuah persidangan LGBT dirancang antarabangsa di Surabaya, Jawa Timur, yang diadakan oleh ILG-Asia, sebuah cabang dari Persatuan Gay dan Lesbian Antarabangsa, namun terpaksa dibatalkan setelah diserang dari Front Pembela Islam (FPI), sebuah kumpulan radikal fundamentalis garis keras, dan Dewan Ulama Indonesia (MUI), sebuah persatuan dari ulama islam.

Selepas runtuhnya pemerintahan Order baru Suharto, Indonesia telah menerima kebebasan dalam segala urusan kehidupan, atas nama demokrasi dan hak asasi manusia ia dijadikan lesen oleh kumpulan gay lesbian untuk melaksanakan program tersebut, malah kumpulan hak asasi manusia di Indonesia memberikan sokongan yang cukup kuat kepada kumpulan tersebut.

Walaupun Festival filem Gay lesbian ini turut menerima ancaman dari kumpulan Islam di Indonesia namun sehingga kini program tersebut masih dibenarkan dilaksankan oleh pihak berkuasa.

Festival Q! penganjurannya dikaitkan dengan kedutaan asing dan pertubuhan-pertubuhan seperti Goethe Institute, Erasmus Huis, Pusat Kebudayaan Perancis dan Japan Foundation.

Manakala pihak Berkuasa Indonesia membantunya dengan menapis filem2 gay tersebut dibawah undang-undang anti-pornografi.

Selain festival ini, masyarakat LGBT Asia juga boleh mempertandingkan karya mereka di Festival filem pendek di Singapura dan juga Tokyo Antarabangsa Lesbian dan Gay Film Festival.

Sebelum ini Komunitas LGBT boleh dibilang dengan jari, namun kini ia telah muncul lebih kuat di Indonesia selepas memperolehi kebebasan demokratik selepas tamatnya dekad pemerintahan authoritarian Suharto.Tidak seperti di Malaysia tetangga Indonesia, di mana homoseksual adalah menyalahi undang-undang, undang-undang jenayah nasional Indonesia tidak melarang peribadi, hubungan homoseksual non-komersil antara orang dewasa.


Di tempat lain di Indonesia, menurut sumber LGBT mengatakan bahawa cabaran terbesar bagi masyarakat gay Lesbian muncul adalah bagaimana mengatasi tekanan dan kekerasan dari kelompok-kelompok agama fundamentalis.

Di Indonesia kini komunitas LGBT masih tetap berjuang untuk memperolehi keseimbangan kebebasan sepenuhnya terhadap hak asasi mereka dan kumpulan Arus Pelangi merupakan antara organisasi yang memainkan peranan penting dalam gerakan tersebut.

"Gays dan lesbian di Indonesia sebahagian besar masih terkurung. Ramai tidak berani menonjolkan diri, atau mengelakkan untuk diketahui. Jika kita ingin buat perbandingan, situasi di Indonesia hari ini mungkin seperti AS pada 1970-an [ketika gay dan lesbian dalam proses menuntut hak, dan satu atau dua kumpulan kepentingan gay mulai lebih aktif, "kata Oey dari Arus Pelangi.

Artikel ini disunting kembali dari Asia Times.

Tiada ulasan: