12 Oktober 2010

Anwar di Festival Salihara : Salman Rushdi tidak patut dibunuh


Anwar Ibrahim bersama Goenawan Mohamed , Fikri Jukri dan Nirwan Dewanto yang kesemuanya merupakan pendokong islam liberal. Kewujudan komuniti Salihara (berasal dari kata Sunda) merupakan kesimambungan dari komuniti Utan Kayu yang juga merupakan pusat komuniti islam liberal di Indonesia.

Anwar Ibrahim pada 11 Oktober telah dijemput oleh Goenawan Mohamed pengasas komuniti Salihara untuk memberi ucapan pada Festival Salihara yang diadakan di Jakarta Indonesia. Klik Aidc News.

Festival Salihara ini merupakan festival yang menghimpunkan kumpulan yang mengelarkan kumpulan mereka bebas dari aturan dan kekangan peraturan, oleh itu tidak memeranjatkan kita katakan dikalangan komuniti ini ada ahlinya terdiri daripada kumpulan tidak percayakan kepada agama dan juga kumpulan LGBT dan juga kumpulan hak asasi manusia.

Anwar Ibrahim sewaktu menyampaikan ucapan bertajuk “ kebebasan dan musuh-musuhnya” mengatakan ekspresi

kebebasan dan penyampaikan pendapat harus dijamin dan mendapat perlindungan dari pelbagai pihak, terutama dari negara. Klik sini.

"Kebebasan merupakan fitrah yang dibawa manusia sejak ia dilahirkan," kata Anwar dalam ceramah bertajuk “Kebebasan dan Musuh-musuhnya”, di hadapan lebih 200 pendengar di Komuniti Salihara, Jakarta.

Kata Anwar, kebebasan merupakan salah satu nilai yang dijamin dalam agama. Tanpa nilai kebebasan, agama apa pun bakal sulit berkembang karena tidak dipeluk secara luas. Dengan prinsip kebebasan yang berangkat dari fitrah dan nilai agama, Anwar mendorong umat Islam memberikan kebebasan sepenuhnya bagi pemeluk agama lain.

Anwar juga telah mengkritik tindakan mengenakan sekatan kepada kumpulan Ahmadiayah di Indonesia yang dakwanya bukan mengikut aturan, hak kebebasan sejagat.

Beliau juga memperlekehkan hukuman syariah (rotan) kepada Kartika kerana meminum minuman keras di sebuah kelab malam di Cherating Pahang Malaysia

Bagi membuktikan bahawa dirinya adalah bapa pluralisme dan menjunjung tinggi prinsip kebebasan bersuara Anwar juga mengkritik kerajaan Iran kerana mengenakan hukuman mati kepada Salman Ruhsdi atas kesalahan menghina islam. Dan menekankan bahawa umat islam tidak seharusnya tunduk kepada fatwa yang dikeluarkan dari ulama.

Festival Komuniti Sahara ini pertama kali dianjurkan pada tahun 2008 dan Goenawan Mohamed pengasas komuniti ini merupakan salah seorang dari kumpulan jaringan islam liberal yang bersama-sama dengan Abdurahman Wahid, Nucolish Majid dan sealirannya bertindak mempromosikan islam liberal di Indonesia melalui penulisan di akhbar tempo miliknya suatu ketika dahulu.Klik sini.


Cuba perhatikan kenyataan Goenawan pengasas komuniti Sahara bahawa dirinya tidak yakin bahawa Tuhan itu yang mencipta agama, kenyataan beliau ini adalah selari dengan kelompok pluralisme agama yang mengatakan bahawa semua agama adalah sama dan menolak mana-mana agama termasuk islam adalah benar.

Goenawan Mohamad, dalam ucapan aluannya kepada Anwar Ibrahim mengatakan kehadiran Anwar Ibrahim dalam Festival Salihara tersebut merupakan refleksi sebuah kebebasan.

Sebelum ini sebuah akhbar di eropah mengatakan bermula di Budapest Hungary, Anwar akan bergerak ke Sepanyol, German London, New York dan berakhir di Jakarta dalam trip “ Sodomy Tour” dalam usaha mencari sokongan “ kes liwat dirinya dengan Saiful Bukhari.

Jesteru itu apa yang dapat kita terjemahkan daripada kunjungan Anwar ke festival tersebut?

Adakah beliau ingin membuktikan bahawa dirinya memang berpegang kepada idea kebebasan sepenuhnya dan menolak doktrin agama islam selama ini yang mengatakan islam adalah addin.

Sebagai umat islam adakah wajar beliau memperlekehkan intitusi mufti yang mengeluarkan fatwa dan memperlekehkan hukuman syariah.

Apakah refleksi kebebasan yang dimaksudkan oleh Goenawan kepada Anwar Ibrahim? adakah meliputi kebebasan seksual, kebebasan beragama ataupun kesemuanya sekali?


1 ulasan:

Bumiputera Melayu berkata...

Assalamualaikum, saya pohon tok-tok Guru, Ustaz, Ulama dan Wali-wali PAS tolong beri pendapat atau fatwa tentang pendapat, pandangan, dan tindakan Anwar ini. Masih kah dia boleh dipercayai sebagai seorang Islam?. Fikiran saya Islam itu hanya satu - tidak ada Islam Liberal, Islam PAS atau Islam UMNO.
Wassalam.