08 Oktober 2010

Anwar Ibrahim "Sodomy Tour" di Eropah

Anwar hanya tahu memburukkan pihak lain demi untuk selamatkan dirinya, kini media barat semakin berani menghina islam kerana dianggap homophobia ke atas golongan Gay lesbian.

Anwar Ibrahim telah melakukan "Sodomy Tour" menurut beberaa media di di Eropah untuk meraih simpati kes liwatnya dengan bekas pembantu khasnya Saiful Bukhari Azlan. klik sini.

Sewaktu sesi ucapannya di Berlin pada 30 September 2010, selepas pertemuan dengan ahli parlimen dan aktivis politik pro LGBT di German, Anwar mengatakan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan tempoh jaminan yang ada sebelum sidang mahkamah bermula untuk melobi pelbagai pihak di eropah mengenai kes liwatnya yang didakwa akan tidak menyebelahi kerana sistem kehakiman yang tidak telus di Malaysia.

"Kerajaan mengatakan bahawa kes ini tidak ada hubungannya dengan mereka, tetapi fakta-fakta adalah bertentangan," kata Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim dan rombongannya dikatakan telah bertemu dengan pelbagai ahli parlimen eropah di Brussels, dan menetapkan untuk melakukan perjalanan ke London, Barcelona, New York dan Jakarta sebelum perbicaraan bermula kembali pada tarikh 24 Oktober.

Dikatakan Anwar telah menerima sokongan dari ahli terkemuka parlimen Jerman sewaktu di Berlin, meskipun ia tidak mempunyai pertemuan rasmi dengan kerajaan.

Dikatakan juga Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Jerman tidak melayan permintaan Anwar untuk melakukan pertemuan dengan pihak kerajaan.

Namun begitu, Ketua Jerman-ASEAN kumpulan parlimen, ahli politik Parti Hijau Thomas Gambke telah mengambil tindakan untuk menyokong permintaan Anwar tersebut dengan meminta Malaysia untuk menegakkan peruntukan piagam ASEAN tentang perlindungan hak asasi manusia.


"Kita harus mengangkat suara kita untuk mengatakan sesuatu. Apabila mereka melemparkan dia ke penjara, sudah terlambat.

"Jika Anwar terus menyumbang (untuk kehidupan politik), itu akan menguatkan, bukan melemahkan Malaysia," kata ahli parlimen tersebut kepada Jerman Press Agency.

Bercakap sebagai tetamu dari Friedrich Naumann Foundation liberal, Anwar dikatakan juga telah meminta sokongan atas apa yang berlaku kepada dirinya dengan mengunakan alasan nilai-nilai demokrasi dan keadilan.

German merupakan antara negara di eropah yang mesra kepada kelompok Gay, malah Vice Chansellor German Guido Westerwelle dari Parti Liberal Demokrat juga merupakan pengamal hubungan sejenis. Begitu juga dengan Datuk Bandar Berlin Klaus Woweret dari Parti Sosialis . Selain itu, bekas Datuk Bandar Hamburg Ole von Beust (Kesatuan Demokratik Kristian) juga merupakan penyokong kuat LGBT.

Anwar dikatakan cuba untuk bertemu dengan Guido Westerwelle yang dilihat kaum sejenis dengannya untuk meraih sokongan, namun difahamkan Guido mengambil keputusan enggan terlibat dan bertemu dengan Anwar Ibrahim. Sikap Guido ini sebenarnya tidak pelik kerana sebelum ini Green Party pernah mengkritiknya kerana enggan masuk campur dalam perkara berkaitan hak -hak Gay di negara islam seperti Arab Saudi, Qatar dan UAE sewaktu melawat negara berkenaan.

Disebabkan itu Anwar hanya mampu untuk bertemu dengan kumpulan dari Parti Hijau (Green Party yang merupakan kumpulan menyokong hak gay di German. klik sini dan sini. Oleh sebab itulah hanya Green Party sahaja yang mendesak Malaysia membebaskan Anwar dari kes liwat tersebut.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pathetic, isn't it.

Gelombang Rakyat berkata...

Salam Perjuangan,

Blog Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS kepada Tuan yang berjaya menghasilkan sebuah blog yan begitu mantap dengan artikel2 yang bernas.

Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara penghasilan artikel yang mantap.

Blog GB tlh linkkan blog Tuan di dalam blog pilihan di blog kami..

Di harap pihak Tuan dapat membantu GB untuk mempromosi blog kami..

SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,

Melayu CinDia
Wakil blogger2 Gelombang Rakyat