.jpg)
“Semua tiga pihak iaitu Muslim, Hindu dan Nirmhoi Akhara (pertubuhan agama Hindu) diisytiharkan pemegang bersama hartanah dalam perbalahan itu,” kata Hakim S. U Khan dalam satu penghakiman yang disiarkan di laman web Mahkamah Tinggi Allahabad.
Peguam Jawatankuasa Bertindak Masjid Babri, Zafaryab Jilani berkata, pihaknya akan membuat rayuan berhubung penghakiman itu. “Kami tidak menerima formula satu pertiga itu dan kami akan (mengemukakan rayuan) ke Mahkamah Agung,” katanya.
Masjid Babri yang dibina pada kurun ke-16 itu dimusnahkan oleh penduduk Hindu fanatik pada 1992 sehingga mencetuskan rusuhan terburuk di India sehingga mengakibatkan 2,000 orang terbunuh. Dilaporkan lebih 200,000 anggota polis dikerah di seluruh India semalam bagi membuat rondaan dan kawalan sebelum mahkamah membuat penghakiman.

Menurut keputusan itu, bahagian di kota utara akan dibahagikan, dengan sepertiga untuk Muslim dan selebihnya adalah untuk Hindu, termasuk tempat di pusat di mana umat Hindu merancang untuk membangun sebuah kuil dewa Ramayana.
Dengan hanya beberapa hari sebelum Commonwealth Games di mulai di New Delhi pada hari Minggu ini, Perdana Menteri Manmohan Singh meminta supaya semua pihak bertenang dan mengingatkan rakyat india bahawa keputusan akan dikaji di Mahkamah Agung.
"Kesimpulan sebenar pada tahap ini, adalah status quo akan dipertahankan sampai kes diambil oleh Mahkamah Agung," kata sebuah kenyataan.
Kerana cemas tentang situasi itu, pemerintah India mengeluarkan permintaan supaya rakyat India baik Hindu mahupun Muslim menghormati keputusan Mahkamah.

“Keputusan Mahkamah Tinggi Allahabad merupakan langkah yang signifikan untuk membangunkan sebuah kuil besar” menurut kenyataan pemimpin BJP dan mantan Perdana Menteri LK Advani kepada wartawan setelah pertemuan parti, menjadikan umat Islam merasakan kerisauan perkembangan tersebut.
Syed Ahmed Bukhari, ketua ulama di masjid utama Masjid Jama New Delhi, mencela keputusan hakim, dengan mengatakan mahkamah telah mengarah (memaksa)"atas dasar keyakinan buta dan tidak dengan bukti dan dokumentasi yang jelas kepada hakim."
"Kami memang tidak setuju dengan keputusan itu," katanya. "Kami tidak menyerah dengan tuntutan kami (untuk membangun) masjid Babri," katanya di New Delhi.
Asaduddin Owaisi, seorang anggota parlimen Muslim, mengatakan kepada AFP memang "akan timbul kemarahan di kalangan masyarakat Muslim atas keputusan itu."
# lokasi asal merupakan tapak masjid dan diruntuhkan oleh pelampau hindu dan mahkamah sekarang membuat keputusan dua pertiga tapak tersebut perlu diberikan untuk pembinaan kuil dan hanya satu pertiga untuk diberikan kepada orang islam.
Bagaimana agaknya pandangan Anwar Ibrahim mengenai perkara ini, adakah mereka pun bersetuju atas dasar hak penganut hindu untuk beribadat sepertimana beliau berikan sokongan kepada HINDRAF di Malasyia, adakah ini namanya hak kebebasan beragama sepertimana yang selalu dilaungkan oleh beliau dimana-mana forum di seluruh dunia.
Dimana keadilan untuk umat islam? siapa yang membela hak mereka yang ditindas oleh kuasa majoriti di India. Sejauhmana gerakan islam di Malaysia berani bersuara mengenai isu ini atau hanya mendiamkan diri kerana faktor undi bukan islam di Malaysia.
1 ulasan:
ajib nak jilat batang keling anwar nak hisap buah keling?????
Catat Ulasan