23 Oktober 2010

Salman Rushdi : Anwar ketepi pandangan Yusuf Qardawi dan Syed Tantawi


Salman Rushdie telah murtad secara terang-terangan apabila menulis buku yang telah menghina Nabi junjungan kita Muhamad Saw dalam buku karangannya ‘Satanic Verses ‘. Dia yang berasal dari India kini menjadi pelarian di Britain dan diberikan pelbagai anugerah oleh pihak barat.

Ayatollah Khameini pemimpin spiritual iran pernah menawarkan sejumlah wang kepada siapa-siapa yang dapat membunuhnya. Ia berikutan dengan fatwa ulama’ besar bahawa dia sememangnya layak dibunuh.

Di Malaysia Lina Joy pula telah murtad kerana mengikut kekasih hatinya dan sebelum ini isunya gempar apabila beliau cuba menukar status agamanya secara sah di Jabatan Pendaftatan negara sehingga membawa kepada keputusan Mahkamah Tinggi bahawa dia tidak boleh menukarkan status agamanya melainkan dengan kebenaran Mahkamah Syariah. Isu tersebut telah menimbulkan pelbagai polemic di kalangan rakyat Malaysia.

Sememangnya isu murtad amat dekat dengan kita umat melayu islam di Malaysia, tanpa fahaman politik semuanya sensitive berkaitan isu tersebut.

Namun cuba ba

yangkan apabila Anwar Ibrahim cuba membela si Lina Joy dan Salman Rushdi atas nama kebebasan. Sedangkan apabila kita kembali kepada ajaran islam seperti mana dianjurkan oleh tuhan tatkala kita menemui kebuntuan. Terdapat beberapa petunjuk yang jelas tentang apa yang seharusnya kita lakukan untuk mempertahan maruah Islam.

Sepotong hadith sahih menjelaskan duduk perkara orang-orang murtad disisi Islam.

Rasulullah SAW telah bersabda:

“Tidak halal darah seorang muslim kecuali dengan sebab salah satu dari tiga perkara, iaitu: janda yang melakukan zina, pembunuh jiwa dengan dibalas bunuh, dan orang yang meninggalkan agama yang memisahkan diri dari jemaah(Islam).”

(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Sementara itu, dalam konteks menghadapi realiti umat islam berhadapan isu murtad, beberapa tokoh islam ada menyentuh perkara ini.

Pada tahun 1998. Dr. Dr Mohamad Syed Tantawi pernah berkata, andainya ada orang Islam meninggalkan agama Islam, orang itu sebenarnya bukan lagi Islam, juga bukan Kristian, bukan Yahudi, bukan Buddha dan bukan agama-agama apa pun. Dia ialah orang yang mencari keseronokan dan kepentingan peribadi. Dia tidak ada agama``Jika kita berdepan dengan keadaan ini,'' jelas Dr. Tantawi, ``yang wajib kita lakukan ialah memberi nasihat.'' ``Tetapi jika dia melarikan diri ke Eropah misalnya, dan berkahwin dengan wanita Kristian dan menjadi Kristian menurut isterinya, dia bebas. Bagaimanapun, jika dia menyerang Islam seperti menulis buku memaki agama Islam, maka di sini baru kita mengambil kira dan kita mesti mengenakan hukuman berpatutan terhadapnya.

Dr. Yusuf Al Qardawi ulama tersohor islam pula mengatakan sekiranya seseorang itu murtad dan telah mencaci dan menghina Islam serta mengancam keselamatan negara adalah wajar tindakan diambil keatas golongan tersebut.

Berdasarkan itu, hakikatnya samada Salman Rusdie ataupun Lina Joy adalah tidak wajar mana-mana pemimpin islam mempertahankan watak orang sebagaimana watak orang munafik tersebut.

Perbuatan Lina Joy yang cuba mencabar perlembagaan di Malaysia sebenarnya adalah ancaman kepada keselamatan Negara sepertimana yang dijelaskan oleh Yusuf Qardawi dan Syed Tantawi, oleh yang demikian isu tersebut jika tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan kehancuran umat islam di Malaysia.

Anwar Ibrahim semenjak timbul isu Lina Joy dan Salman Rushdi mengambil pendirian yang berlawanan dengan pendapat ulama.

Malah dengan angkuhnya di salah satu forum pencerahan di Jakarta Oktober lalu, beliau mengangap pandangan seperti Yusuf Qardawi dan Dr. tantawi itu adalah jumud dan tidak selari dengan islam.

Islam mana yang menjadi kiblat Anwar sekarang? Jika kenyataan ulama pun dianggap terpesong.

Dr. Faisal Tehrani pernah menulis di lamanya blognya berkaitan isu ini, katanya

Untuk orang seperti Rushdie dan pendokongnya, Nabi mereka mungkin ialah Vo

ltaire” klik sini

Voltaire merupakan salah seorang tokoh reformis pencerahan agama di Perancis sealiran dengan John Locke dan Jean-Jacques Rousseau.

Seorang freemason yahudi dan banyak kritikal ke atas agama kristian dan seksual di mayarakat Perachis.

Voltaire tidak percaya bahawa kepercayaan agama tunggal atau tradisi wahyu diperlukan untuk mempercayai kewujudan Tuhan.

Seperti tokoh pencerahan lain seperti john Lock, Voltaire juga menganggap dirinya seolah orang yang hebat dalam melontarkan idea. Voltaire juga percaya dengan pencampuran kitab suci setiap agama,

dan Ia tidak menghalang amalan keagamaan bagi sesuatu anutan ( Pluralisme agama).

Beliau juga pernah menganggap nabi Muhamad itu sebagai nabi palsu dan pembohong, lebih dari itu bukan sahaja islam dikritiknya malah agama kristian juga turut diperlekehkan olehnya atas nama kebebasan fikiran yang menjadi trademark golongan reformis di eropah sewaktu itu.

Klis sini untuk bacaan seterusnya.

Adakah Anwar menjadikan Voltaire sebagai nabinya seperti yang diterangkan oleh Faisal Tehrani?

Sebenarnya Anwar bukan sahaja membela Salman Rushdi malah sealiran dengan Taslima Nasreen seorang penulis warga Bangladesh yang juga pernah menghina islam yang hidupnya dibiayai oleh Rand Corporation. Klik di sini

Anwar juga mempunyai hubung kait yang rapat dengan rand corporation malah pernah menerima award muslim moderate oleh badan tersebut. Oleh yang demikian jika badan seperti Rand Corporation pun meletakkan Anwar sebaris dengan Salman Rushdi dan Taslime Nasreen, kata Faisal Tehrani berkaitan Anwar dan Voltaire sememangnya adalah tepat sekali. Kerana golongan seperti Anwarlah yang ingin merosakan islam melalui idea-idea pencerahan belandaskan pencerahan eropah.


Tiada ulasan: