29 Januari 2010

Kalimah Allah; Persoalan dan penyelesaiannya


Orang-orang Kristian hendak menggunakan istilah “Allah” hanya dalam bahasa Melayu sahaja, dan tidak mahu menggunakan istilah yang sama dalam bahasa yang lain, seperti Inggeris, Cina atau Tamil. Dengan itu, mereka mengaku tidak memerlukan istilah “Allah” untuk menjelaskan ajaran-ajaran Kristian dalam bahasa-bahasa yang lain, cukup dengan perkataan-perkataan lain sahaja.

Malangnya, apabila ajaran-ajaran Kristian hendak dijelaskan dalam bahasa Melayu, maka istilah “Allah” telah digunakan secara paksa. Dikatakan “secara paksa” kerana, istilah “Allah” telah disumbat dengan pengertian yang berlainan. Iaitu, pengertian yang benar-benar asing, yang sama sekali tidak pernah dikenal oleh bahasa Melayu dan kamus hidupnya.

Di samping bangsa Melayu, orang-orang Islam dari pelbagai kaum dan keturunan yang lain di Malaysia juga menggunakan istilah “Allah” dalam kehidupan mereka. Mereka turut mendapati istilah “Allah” yang digunakan oleh orang-orang Kristian telah memaksakan makna yang teramat asing.

Makna asal istilah “Allah” ialah nama yang khas untuk Tuhan yang secara mutlak Maha Esa. Tetapi makna yang dipaksakan Kristian ialah, apa-apa sahaja yang disembah secara yang sangat-sangat umum, lantas menodai makna asalnya yang murni.

Oleh kerana dalam agama Kristian tiada mekanisme dalaman (in-built mechanism) untuk mengawal penganutnya menggunakan istilah “Allah” khusus hanya kepada Tuhan, akibat ciri akidahnya yang Tiga-bersatu atau Triniti, istilah “Allah” akan digunakan oleh masyarakat Kristian sama seperti istilah God, iaitu sebagai gelaran umum.


Penggunaan Kristian yang Umum

Akibatnya sangatlah parah. Tidak semena-mena, istilah Allah akan mempunyai jamak yang digunakan kepada ramai, dan digunakan kepada banyak perkara atau benda. Istilah Allah juga akan digunakan sebagai sifat atau ciri, sehingga taraf istilah tersebut akan menjadi lebih rendah daripada istilah “Tuhan”.

Pertama, ‘allah’ digunakan dalam bentuk ramai, iaitu para allah, yang digunakan kepada makhluk-makhluk syurga, seperti dalam ayat berikut, “Allah berdiri dalam sidang ilahi, di antara para allah Ia menghakimi” (Mazmur, 82.1).

Kedua, ‘allah’ akan digunakan kepada ramai manusia sekaliannya, seperti dalam ayat berikut, “Aku sendiri telah berfirman: Kamu adalah allah, dan anak-anak Yang Mahatinggi kamu sekalian” (Mazmur 82.6).

Ketiga, ‘allah’ digunakan dalam bentuk banyak, untuk berhala-berhala: “Sebab segala allah bangsa-bangsa adalah berhala, tetapi TUHANlah yang menjadikan langit” (1 Tawarikh 16.26).

Keempat, istilah yang sama digunakan kepada Tuhan dan bukan Tuhan, seperti dalam ayat-ayat berikut. “TUHAN adalah Allah yang besar...mengatasi segala allah” (Mazmur 95.3); “Akulah TUHAN, Allahmu....jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku” (Keluaran 20.2-3); “mereka beribadah kepada allah lain” (Yosua 24.2); “Dan rumah yang hendak kudirikan itu harus besar, sebab Allah kami lebih besar dari segala allah” (2 Tawarikh 2.5); “Bersyukurlah kepada Allah segala allah!” (Mazmur 136.2).

Kelima, istilah Allah disamakan dengan Yesus, yang juga seorang manusia, seperti dalam ayat-ayat berikut “...Yesus Kristus, yaitu Allah Mahabesar” (Titus 2:13); “Tomas berkata kepada Yesus: ‘Tuhanku dan Allahku!’” (John 20:28); “Kita hidup bersatu dengan Allah yang benar kerana kita hidup bersatu dengan Anak-Nya Yesus Kristus. Inilah Allah yang benar...” (1 John 5:20); “Yesus Kristus: pada dasarnya Ia sama dengan Allah” (Filipi 2:5-6).

Keenam, “Allah” digunakan tidak lebih daripada cuma sekadar sebagai sifat yang mencirikan seseorang, seperti dalam ayat “sebab dalam Dialah [iaitu dalam Kristus] berdiam secara jasmaniah seluruh kepenuhan ke-Allahan” (Collosians 2:9).

Jadi nama teragung ini telah digunakan dengan tunggang-langgang, sebagai istilah yang tarafnya lebih rendah daripada istilah Tuhan. Padahal peraturan bahasa Melayu menetapkan tertib yang sebaliknya: “tuhan” itu sekadar nama gelaran kepada yang disembah (ilah) atau maha pencipta (rabb); “Allah” itu nama khas bagi Tuhan Yang Esa sekaligus Pencipta alam semesta.

Ketujuh, ‘allah’ digunakan kepada semua benda yang dipuja. Sehubungan ini, seorang Kristian Indonesia boleh menulis seperti berikut, “Allah cemburu kepada allah-allah yang bukan Allah. Tuhan tidak mau anak-anakNya mengikuti allah-allah yang bukan Allah. Zaman ini ada beragam allah yang menguasai manusia, seperti: populariti, harta dunia, jawatan, ideologi, dan sebagainya. (Cari di sabdaspace.org)

Petikan yang terdapat dalam perkara pertama hingga keenam ada terkandung dalam Alkitab Terjemahan Baru 1974 (cetakan ke-65, 2006), iaitu versi yang masih berterusan digunakan di Malaysia, di samping versi semakan bahasa Melayu. Jadi, ini fakta yang benar-benar telah berlaku di alam Melayu.

Bolehlah dibayangkan dalam beberapa contoh mudah, masyarakat Kristian mendakwa kerana ia terdapat dalam Alkitab, maka mereka ada hak kebebasan beragama untuk bertindak seperti berikut.

Pertama, orang Kristian melukis gambar syurga dan menamakan para penghuninya “para allah”. Kedua, seorang paderi Kristian berucap, dan memetik Alkitab, melaungkan kepada para hadirin, “Kamu manusia sekaliannya adalah allah”. Ketiga, orang Kristian menamakan berhala-berhala itu “allah-allah” dalam percakapan, penulisan, lukisan dan sebagainya. Keempat, di ikon (patung) Yesus, orang Kristian menyatakan secara lisan atau meletakkan label yang dipetik dari Alkitab, Titus 2:13, “Yesus, yaitu Allah Mahabesar”, atau dari Collosians 2:9, “Yesus, yang dalam jasmaniahNya berdiam ke-Allahan”.

Kesan, akibat dan pengaruh dari keadaan ini wajib diambil kira dengan cermat, sebelum kerajaan dan masyarakat Malaysia memperhitungkan langkah-langkah berikutnya.

Pemerkosaan Jiwa Bangsa

Membuka ruang kepada penggunaan istilah ‘Allah’ pada berhala, manusia, makhluk syurga, Yesus, dan lain-lain perkara dan benda, adalah satu pemerkosaan terhadap bahasa Melayu dan istilah utama Islam. Ini adalah keganasan melampau terhadap batas makna yang sepatutnya, satu kebiadapan yang amat sangat terhadap bahasa, yang merupakan roh atau jiwa bangsa.

Alasan bahawa ada dua ejaan yang berbeza, iaitu ‘allah’ dan ‘Allah’, adalah alasan yang tidak memadai. Ini kerana, dari segi sebutan kedua-duanya sama sahaja tidak mungkin dapat dibezakan yang mana satu mana; begitu juga dalam tulisan Jawi. Istilah yang sangat penting yang sepatutnya berperanan memudahkan penjelasan agama, tidak patut sebaliknya menjadi begitu kabur, menyukarkan kefahaman, dan menyusahkan kita pula.

Apabila masyarakat Kristian Malaysia mendakwa orang-orang Kristian Arab pun menggunakan istilah “Allah”, umat Islam amat curiga dengan ketulusan alasan tersebut. Ini kerana, Kristian Arab pun tidak pernah menggunakan jamak bagi “Allah”, kerana sememangnya istilah itu dari dulu, kini dan selama-lamanya tiada dua dan jamak.

Musyrikin Arab primitif yang sangat menentang Islam pun tidak pernah menggelarkan segala berhala allah, tidak pernah berkata kepada manusia “kamu sekalian adalah allah”, dan tidak pernah berkata “Allah berdiri di antara para allah”. Semua orang Arab tahu yang boleh ada istilah jamak hanyalah “Ilah” dan tidak “Allah”.

Justeru, kegusaran umat Islam Malaysia apabila isu ini tersebar, seharusnya sudah dijangka oleh masyarakat Kristian.

Untuk menggambarkan keberangan masyarakat Islam, bayangkan peribaratan berikut. Kalaulah istilah “Allah” itu umpama ibu yang paling dihormati dalam keluarga orang-orang Islam, maka ia bukan sahaja telah diperkosa pengertiannya, tetapi juga telah diliwat, bukan hanya sekali, tetapi secara bersiri, bukan hanya oleh seorang, tetapi oleh pakatan ramai perogol.

Dan apabila orang-orang Kristian memohon semakan mahkamah supaya hakim membenarkan perlakuan mereka sebagai selaras dengan Perlembagaan, maka tindakan ini adalah umpama mengisytiharkan kepada semua ahli keluarga mangsa, akan niat untuk membelenggu ibu tersebut dengan rantai besar dalam kurungan penjara, dengan maksud menjadikannya sebagai hamba seks selama mana yang para pemangsa tersebut mahu.

Mujurlah Islam dengan tegas mengharamkan para penganutnya daripada melakukan jenayah keganasan kepada penganut faham agama yang lain. Dalam keadaan ini, masyarakat Islam amnya, dan Melayu khususnya, hanya bangun bertindak menuntut yang munasabah.


Tuntutan Kaum Muslimin

Tuntutan masyarakat Islam adalah, jika istilah Allah hendak digunakan atas alasan bahasa Melayu, maka pengertian istilah “Allah” yang hendak digunakan mestilah tidak bercanggah dengan makna yang ada dalam bahasa Melayu.

Yakni, makna yang tidak pernah berubah dalam kamus hidup dan debar denyut nadi Melayu semenjak seribu tahun yang lampau, mulai fasa pertama kedatangan Islam ke Alam Melayu pada abad yang ke-12.

Makna istilah “Allah” dalam bahasa kebangsaan adalah khusus untuk Tuhan Yang secara mutlak Maha Tunggal, Yang tidak beranak dan tidak diperanakkan; satu pengertian yang menutup segala kemungkinan untuk nama tersebut digunakan secara umum hingga kepada berhala, manusia, makhluk syurga, Yesus, dan lain-lain perkara serta benda.

Malangnya pengertian tersebut tidak mungkin dapat dicapai oleh masyarakat Kristian, yang Tuhannya tidak mutlak Esa.

Dalam konteks doktrin Triniti Kristian, yang disembah itu umum kepada oknum yang Tiga-bersatu (Thaluth). Ia tidak mengatakan secara langsung God memiliki sekutu; tetapi Kristian percaya kepada persekutuan Godhead yang terdiri daripada tiga perkara co-eternal atau abadi, iaitu Bapa, Putera dan Ruhul Qudus.

Penggunaan istilah yang memberi erti Tunggal atau Esa kepada God adalah pantang-larang besar dalam agama Kristian. St Hilary (m. 367) mengatakan bahawa orang Kristian perlu mengelakkan istilah God the “singular” (Yang Tunggal), kerana ia berlawanan dengan “konsep” God Kristian Yang essence-Nya, walaupun satu, namun God adalah umum bagi tiga hypostasis yang berbeza.

Pada pandangan St Thomas Aquinas pula, orang Kristian perlu mengelakkan istilah the only God (Yang Esa) kerana kata-sifat “only” (Latin unici) berlawanan dengan konsep berbilangnya hypostasis Tuhan. Menurut St Thomas Aquinas “We do not say ‘the only God,’ for Deity is common to many”, iaitu God umum kepada tiga perkara co-eternal tadi: Bapa, Putera dan Ruhul Qudus.

Tanggungjawab Umat Islam dan Pemimpinnya

Sebaliknya, Islam dan al-Qur’an mengajarkan bahawa, bukan manusia atau mana-mana makhluk yang mencipta nama “Allah” itu. Tetapi, Allah sendiri menyatakan nama yang khas bagi-Nya ialah “Allah”, dan mewahyukan mengenainya kepada Nabi dan para hamba-Nya, semenjak dari Adam (al-Baqarah, 2: 109).

Justeru, memelihara “Allah” sebagai nama khas dengan sehabis upaya mereka adalah satu daripada ajaran Islam yang tidak diragui oleh seluruh kaum Muslimin yang faham.

Firman-Nya, “Dan Tuhanmu menjadikan apa yang dikehendaki-Nya dan memilih (apa yang dikehendaki-Nya). Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci “Allah” dan Maha Tinggi Ia daripada apa yang mereka persekutukan” (al-Qasas, 28: 68).

Apa makna Tuhan memilih apa yang dikehendaki-Nya dan tidak ada pilihan bagi manusia dalam ayat tadi? Contoh pertama, dalam kategori manusia, Tuhan menjadikan Rasullullah sebagai lelaki pilihan, maka mengeji Baginda adalah satu jenayah.

Contoh kedua, dalam kategori generasi manusia, Tuhan menjadikan generasi para Sahabat sebagai generasi pilihan, maka mencaci para Sahabat adalah satu jenayah. Contoh ketiga, dalam kategori undang-undang, Tuhan memilih shari‘ah yang ditanzilkan, maka menghina shari‘ah yang ditanzilkan adalah satu jenayah.

Begitulah juga, di antara nama-nama yang indah, Dia memilih kalimah “Allah” sebagai nama khas-Nya. Memaksakan makna lain yang bercanggah adalah satu kesalahan besar, kerana itu bermaksud mempersenda dan mempermainkan maknanya yang khusus untuk Tuhan yang Maha Esa.

“Mereka yang mempersenda dan mempermainkan ajaran Islam” (al-Ma’idah, 5: 57) wajib ditundukkan hinggalah mereka “merendahkan diri dan patuh, terikat kepada ketetapan Islam yang adil” (lihat al-Tawbah, 9: 29). Melaksanakan keadilan itu bermaksud meletakkan tiap sesuatu pada tempatnya yang sebenar, termasuklah mengenai pengertian “Allah”.

Jadi jangan terkejut kalau orang-orang Islam pun akan menggunakan saluran perundangan supaya kemaslahatan dijaga oleh kepimpinan Negara. Ini termasuklah Majlis Raja-Raja, Yang Di-Pertuan Agong, ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, dan para penggerak institusi-institusi, dari kalangan yang beragama Islam, dan bukan Islam yang memahami. Amanah kuasa yang tersisa tentulah wajib digembling agar penggunaan istilah “Allah” yang mengeliru dan memperkosa maknanya boleh dihindari.

Setelah ribuan tahun istilah Allah secara konsisten digunakan oleh orang-orang Islam di Malaysia sebagai nama khas Tuhan, orang-orang Kristian tidak boleh kemudiannya memaksakan makna yang bercanggah, iaitu untuk menterjemahkan nama umum tuhan mereka (dan hanya dalam bahasa Melayu!).


Beberapa Kesilapan Fakta

Sebegitu dijaga istilah “Allah” itu sebagai nama khas, hingga ia tiada gantinya bagi umat Islam sedunia, dari awal sampai bila-bila. Sama ada dalam dialek-dialek Arab, bahasa Farsi, Turki, Cina, Urdu, Eropah, Melayu atau sebagainya, tiada ditemui perkataan yang setara; mencerminkan tiada Hakikat yang setara. “Allah” boleh diperikan sebagai “God” contohnya, tetapi “God” tidak boleh diterjemah sebagai “Allah”. Ini selaras dengan peraturan, nama khas boleh diperikan dengan nama gelaran dan sifat, tetapi nama am tidak boleh sewenang-wenangnya diterjemah kepada nama khas sebagai kata-ganti setara.

Sebagai nama khas Tuhan Yang Esa, “Allah” adalah istilah universal melampaui bangsa, dan bukan bahasa kebangsaan mana-mana bangsa. Sebab itu kamus-kamus yang muktabar mengenai bahasa Qur’ani merakamkan pandangan yang sahih, bahawa istilah “Allah” bukan perkataan terbitan daripada bahasa Arab. (Lihat sebagai contoh Kashshaf Istilahat al-Funun, 1: 139.)

Fakta di atas berlawanan dengan anggapan yang silap, bahawa istilah “Allah” adalah bahasa Arab, termasuk di kalangan sebahagian orang-orang Islam yang tidak memahami fakta tersebut. Sebaliknya, “Allah” ialah nama khas.

Sebagai contohnya Mr. Bush ialah nama khas; kita tidak mengatakan ia bahasa Inggeris maka perlu diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai Encik Belukar atau Encik Semak.

Terdapat juga anggapan yang silap oleh orang-orang Kristian bahawa perkataan “Allah” itu terbit dari bahasa Ibrani El, Elohim, Eloah. Ini anggapan yang berasaskan kepada andaian mereka bahawa, nama Allah itu hanyalah rekaan manusia sendiri, nama yang boleh digubah selaras dengan kemahuan diri, kelompok dan masyarakat setempat.

Kesangsian umat Islam semakin bertambah melihat masyarakat Kristian yang mendesak untuk menggunakan istilah “Allah” kononnya dalam bahasa Melayu, mengemukakan hujah yang berubah-ubah, sekejap melayang ke bahasa Arab, sekejap yang lain pula terbang ke bahasa Ibrani. Andai dengan hujah tersebut masyarakat Kristian berniat menggolongkan bahasa Melayu itu dalam kategori yang sama dengan bahasa Jahiliyyah Arab dan Ibrani yang bercanggah dengan perutusan Nabi Muhammad, maka itu adalah satu penghinaan yang amat besar kepada kedudukan bahasa dan roh Melayu.

Sebaliknya, umat Islam dari pelbagai kaum mengemukakan hujah yang sama konsisten: “Allah” adalah secara ekslusif nama khas yang dipilih oleh Allah sendiri. Sesiapa yang berhasrat menggunakan istilah tersebut dengan sewenang-wenangnya sebagai perkataan umum tidak dapat tidak adalah sengaja menjolok sensitiviti orang-orang Islam.


Biang-Bibit Kolonialis

Hakikatnya, kemelut yang membadai ini dimulakan oleh Penjajah yang menyebarkan Kristian dari zaman kolonial. Penjajah yang melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap umat Melayu, dan memeras kekayaan alamnya hampir setengah abad, dalam masa yang sama menyebarkan ajaran Kristian dengan menyalah-gunakan istilah “Allah”. Istilah yang jernih ertinya telah mereka keruhkan dengan tuba maknawi, dengan maksud untuk menangguk kesempatan.

Bermula dengan terjemahan Matius yang dicetak di Belanda dalam tahun 1629 oleh seorang Protestan, Albert Ruyl, diikuti dengan banyak lagi misionaris penjajah yang lain, kolonialis Kristian telah menyeludupkan makna “Allah”.

Iaitu, penyeludupan makna yang bertentangan dengan penggunaan mantap 500 tahun sebelumnya di Alam Melayu sebagai nama yang khas milik Tuhan Yang secara mutlak Maha Esa. Niat para penterjemah ternyata jelas “bagi tujuan penginjilan [penyebaran Kristian] dalam bahasa bukan Eropah”.

Di Malaysia, keputusan mengekalkan nama Allah khabarnya diputuskan oleh Ketua-Ketua Gereja 25 tahun yang lalu dalam mesyuarat pada tahun 1985 (tajaan Pertubuhan Alkitab Malaysia), iaitu sebelum Alkitab versi pertama Melayu Malaysia dikeluarkan dalam tahun 1987. Malang sekali mereka gagal untuk membuka lembaran baru, dan mengembalikan hak istilah “Allah” kepada maknanya yang murni, sebelum ia dirompak dan dirosakkan oleh tangan berdarah para Penjajah.

Benih yang ditanam oleh para kolonialis, sekarang telah tumbuh sebagai pokok yang bobrok (shajarah khabithah), yang mengancam keharmonian Negara. Seperti peribaratan dalam surah Ibrahim (14), ayat 27, “akarnya terbongkar tanpa sebarang tapak yang teguh”. Iaitu, asal-usul istilah “Allah” yang sebegitu penting kononnya didakwa dari bahasa Ibrani melompat ke bahasa Arab, lantas meloncat sebegitu jauh ke bahasa Melayu, tetapi tidak pula dari bahasa Ibrani ke bahasa-bahasa yang lain seperti Belanda atau yang turut Kristian gunakan di Malaysia seperti Inggeris, Cina dan Tamil!

Kenapa warisan kolonial yang tidak betul perlu diteruskan? Mentaliti terjajah perlu ditinggalkan, kerana sebagai rakyat Malaysia kita sudah merdeka. Sepertimana tanah-air kita telah diserahkan kembali, begitulah juga pengertian “Allah” yang merupakan ibu segala istilah itu seharusnya dibebaskan dari belenggu makna yang dipaksakan oleh orang asing.

Masyarakat Islam dan Kristian Malaysia boleh sama-sama berikhtiyar untuk membuang yang keruh dan mengambil yang jernih. Bagai menarik rambut dari tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak; persaudaraan seMalaysia jangan putus, keserasian kaum jangan retak.

Sinar di Hujung Terowong?

Sebenarnya, masyarakat Kristian tidakpun benar-benar perlu untuk menggunakan istilah “Allah”. Terjemahan Bible versi Melayu Malaysia (the Bible Society of Malaysia: 2001) telahpun melangkah setapak ke hadapan, dengan mengubah beberapa terjemahan god tanpa perlu menggunakan istilah “allah”.

Sekadar beberapa contoh, mereka telah merobah “berdiri dalam sidang ilahi” kepada “mengetuai sidang di syurga”, “di antara para allah” kepada “di hadapan makhluk-makhluk syurga”, dan “ segala allah bangsa-bangsa adalah berhala” kepada “dewa-dewa bangsa lain hanya patung berhala.” Pokoknya di sini, istilah “Allah” boleh diubah oleh masyarakat Kristian kepada istilah yang lain yang lebih wajar dengan pandangan alam mereka.

Oleh kerana masyarakat Kristian sememangnya mengandaikan bahawa nama dan istilah itu hanyalah ciptaan manusia yang boleh dirobah selaras dengan keperluan semasa, tentulah sekarangpun mereka berkemampuan untuk mengubah penggunaan istilah “Allah” yang telah menyalakan kontroversi itu.

Sementelahan pula, dalam bahasa Melayu memang terdapat perkataan-perkataan umum lain yang lebih wajar untuk menterjemah faham Triniti atau Tiga-bersatu. Contohnya, istilah Ilah/ilah dan Ilahi/ilahi serta Ke-Ilahian, atau sebagainya yang lain, yang tentunya boleh difikirkan dengan kreatif.

Jadi, punca kepada masalah ini adalah sekaligus merupakan kunci untuk menyelesaikannya: iaitu pegangan asasi oleh masyarakat Kristian, bahawa sesuatu istilah boleh diguna atau ditolak bergantung kepada kemahuan sendiri.

Andai masyarakat Kristian, atas semangat muhibbah, bersetuju dengan cadangan tersebut, maka dijangkakan keresahan masyarakat Islam pelbagai kaum pun akan reda juga. Mengambil-kira masalah ini turut melibatkan warisan penjajah, tentulah puak Kristian Malaysia boleh diberi tempoh yang munasabah, untuk secara secepat yang boleh tetapi beransur-ansur tidak lagi menyalah-gunakan istilah “Allah” dalam sebarang sebaran dan penerbitan.

Pada hakikatnya, tiada siapa pun yang berhak menyalah-gunakan istilah bahasa, apatah lagi kalimah Allah. Sebarang alihbahasa yang merosakkan aturan perkataan (sintaksis) dan melanggar nahu akan membawa pengertian yang salah dan mengelirukan kerukunan antara agama.

Sekiranya “Belief in God”, iaitu salah satu Rukun Negara diterjemah sebagai “Kepercayaan kepada Allah” tentulah kacau masyarakat majmuk kita yang mempunyai pelbagai ragam kepercayaan.

Kalau “church” atau “temple” boleh dipanggil sebagai “baytAllah” atau “masjid” tentulah kalut masyarakat Malaysia yang berbilang rumah peribadatan ini. Kalau “priest” pula boleh digelar sewenang-wenangnya sebagai “imam”, maka kita risau dan rakyat akan kacau yang mana satu topekong yang mana satu mufti.


Kristian Berpecah-Belah

Sebenarnya orang Kristian sendiri pun tidak bersatu dan berpecah-belah dalam penggunaan istilah “Allah” ini, sama ada di Eropah, di negara-negara Arab, ataupun di Indonesia.

Walaupun kolonialis dan misionaris Belanda yang memulakan salah-guna istilah Allah di alam Melayu, satu kaji-selidik masyarakat Kristian Belanda di pertengahan 2007 mendapati 92% daripada lebih 4,000 responden tidak bersetuju menggunakan “Allah” sebagai nama Tuhan (God) Kristian.

Ada responden yang menjawab, kalau God orang Kristian boleh dipanggil Allah, maka Gereja pun boleh dipanggil Masjid; sedangkan tiap-tiap satunya—Allah, God, Masjid, Gereja—ada identiti dan makna tersendiri. Justeru seorang paderi Katolik di Rom, Father Jonathan Morris, menegaskan bahawa ia perlu ditolak kerana ini adalah isu teologi dan bukan isu toleransi. Pertubuhan terbesar Katolik Belanda membantah cadangan tersebut dan menyatakan bahawa hanya orang-orang Katolik yang bengong sahaja (“addlepated Catholics”) yang akan melakukan perbuatan yang dianggap cuba mengampu agama lain ini. Apakah Pope Benedict XVI setuju Kristian Katolik memanggil Tuhan menggunakan nama “Allah”?

Apabila Dr Labib Mikhail, seorang ahli polemik Kristian Arab sendiri ditanya, “is Allah of the Muslims the God of Christians?” Beliau menjawab : I would say it can’t be that way…If we compare between the God of the Christians, and Allah of the Muslims and of the Qur’an, we will see a lot of differences…in the attributes…in the commandment…in the plan of salvation…the godhead.”

Di Indonesia, ramai orang Kristian sendiri mengakui bahawa meminjam istilah Allah untuk terjemahan God, dan memaksakan memberinya makna baru yang berbeda dari nama khas, adalah kekacauan bahasa yang sangat-sangat membingungkan mereka.

Rujuk, contohnya, tulisan-tulisan seorang Kristian Indonesia, Petrus Wijayanto “Allah hanya milik Islam”; “Nama Allah yang diperdebatkan”; “Siapa yang Anda Sembah” dan sebagainya.

Dalam sepuluh tahun terakhir ini juga Indonesia rancak dengan gerakan kelompok Kristian yang ingin menggunakan nama Yahweh dan bukan Allah, hingga menerbitkan empat versi lain terjemahan Bible.

Khabarnya terdapat sekitar 200 Gereja dan sangat ramai tokoh Kristian di Indonesia yang tidak mau lagi menggunakan istilah Allah kerana mereka sendiri berasa keliru.

Kesimpulan

Kesilapan yang ada di pihak Kristian sememangnya boleh diperbetulkan secara yang sangat muhibbah meskipun bukan dalam tempoh sehari-dua. Lebih cepat ini diakui, lebih pantas kita boleh menyusun langkah wajar yang seterusnya.

Sementara itu, hala-tuju umat Islam cuma ada satu. Iaitu, ke arah penggunaan nama “Allah” yang khas hanya milik Tuhan Yang secara mutlak Maha Esa. Istilah “Allah” tidak boleh digunakan untuk ramai atau banyak perkara; ia menafikan Triniti. Ini mandat yang diamanahkan daripada Kalam-Nya

*Artikel ini adalah dari Dr Mohd Sani Badron (Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, IKIM)*

Sumber Rausyanfikir

20 Januari 2010

Islam Liberal & Pluralisme Agama : PAS dan UMNO berkongsi ancaman sama

Ancaman liberalisme semenjak terjadinya tragedi pasca 9 September sememangnya mempunyai arus cukup kuat seolah tidak mampu dibendung lagi. Hari ini orang-orang Islam semakin takut untuk memperjuangkan hak yang dimiliki kerana dikhuatiri wujudnya persepsi mempunyai imej tertutup, bersifat ekslusif dan tidak terbuka.

Gerakan liberalisme ini seolah-olah cuba membawa pemikiran supaya orang islam supaya menerima keterbukaan termasuk mencakupi hak ehwal agama dan sesungguhnya ia membawa cabaran besar kepada umat islam untuk mempertahankan akidah yang dianuti selama ini.

Atas nama kebebasan juga sebarang hak perlindungan walaupun ia dibenarkan oleh islam ia akan diangkat sebagai suatu rejim yang ketinggalan zaman dan dikaitkan dengan ketamadunan kuno oleh kelompok ini.

Di Malaysia, masyarakat islam disaran mengikuti rakan terdekat Indonesia yang dikatakan oleh sesetengah pejuang hak kebebasan seperti Anwar dan kelompok alirannya yang keliru. Pada golongan ini negara Indonesia adalah contoh terbaik negara yang mempunyai tahap kebebasan bersuara selepas pasca reformsi yang menyaksikan runtuhnya system Orde baru di Republik tersebut.

Walhal antara Malaysia dan Indonesia sebenarnya mempunyai perbezaan yang ketara dari segi perlembagaan, Indonesia tidak menjadikan agama islam sebagai agama rasmi sebagai pegangan utama sebaliknya kedudukan Pancasila diangkat sebagai ideologi utama.

Dan ini jauh berbeza sama sekali dengan kedudukan institusi Islam di Malaysia, semenjak tertubuhnya system bernegara pasca merdeka agama islam telah diletakkan di kedudukkan tertinggi sebagai agama rasmi di Malaysia.

Selepas itu barulah hadir Rukun Negara sebagai medan untuk menyatukan kepelbagaian warna kehidupan di Malaysia selepas peristiwa 13 Mei 1969, namun sesekali ia tidak merendahkan martabat agama islam dengan agama lain di Malaysia.

Oleh itu mana mungkin kita boleh mendengar hujah yang dibawah oleh Anwar dan rakan sepermainannya yang begitu keliru atau buat-buat keliru akan persoalan ini.

Pada satu masa difahamkan Parti Islam Semalaysia (PAS) tidak dapat bersatu atas satu pendapat berkaitan isu pengunaan nama Allah hingga akhirnya difahamkan Dr. Harun Din tokoh dikagumi umat islam di Malaysia yang juga merupakan Timbalan Mursyidul Am Parti Islam Malaysia dikatakan telah dilarang mengeluarkan pendapat atas nama parti tersebut mengenai perebutan nama Allah.

Sebelum ini, beliau ada mengeluarkan pandangan mengenai kufur sekiranya ada pandangan yang mewajarkan pengunaaan nama Allah ekoran keputusan Mahkmah Tinggi membenarkan pihak gereja Khatolik mengunakan perkataan tersebut pada akhbar terbitannya.

Tindakan beberapa pihak didalam PAS yang mengambil sikap sambil lewa berkaitan isu tersebut telah meyebabkan timbul satu persoalan di kalangan penyokong-pendokong islam di Malaysia apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan saat ini selepas banyak pihak tidak lagi berminat untuk mempertahankan islam.

Sedangkan semua parti di Malaysia termasuk PAS mengambil tindakkan selamat bagi mengelakkan wujud rasa kurang senang pada parti tersebut oleh sekutu di dalam Pakatan Rakyat.

Yang menyedihkan lagi terdapat satu kumpulan pula melalui PKR di mana Pemimpin tertingginya adalah manusia yang mengaku beragama islam cuba menjadi juara isu ini dengan mempertahankan keputusan Mahkamah tersebut.

Isu ancaman liberalisme agama ini sebenarnya bukanlah difahami sepenuhnya oleh penyokong UMNO namun sebagai umat islam yang berpegang kepada prinsip fundamental (yang berpegang kepada nilai2 asas) nenek moyang, dalam kes isu kalimah Allah mereka (tidak termasuk sesetengah pemimpin) mengambil tindakan tepat sama dengan apa yang terjadi kepada kes Natrah di Singapura dalam isu perebutan wanita yang melibatkan akidah hingga berlakunya rusuhan sewaktu ketika dahulu.

Namun anehnya ia tidak berlaku kepada PAS, hanya disebabkan ada di kalangan penyokong UMNO mengambil tindakkan membantah isu tersebut mereka terpaksa tarik hand break kerana tidak mahu dikatakan sama dengan UMNO.

Sedangkan rata-rata kelompok didalam PAS mengetahui isu Kalimah Allah itu adalah lebih dari perebutan nama Kalimah Allah, namun demi ijtihad yang dikatakan untuk memudahkan berdakwah kepada penganut kristian seperti dimaklumkan oleh beberapa tokoh erdorgan PAS seperti Hanida Maidin dan Khalid Samad, isu ini dianggap perkara remeh dan tidak perlu diperbesarkan.

Katakanlah pemimpin UMNO dan penyokongnya mengambil tindakkan sama seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim menyokong pengunaan kalimah Allah itu, timbul persoalan bagaimana agaknya reaksi PAS pada tempoh tersebut.

Inilah padahnya apabila semua perkara dipoltikkan, sebenarnya seperti kata Faisal Tehrani, ancaman terbesar PAS dan UMNO adalah ancaman liberaslime yang menyerang kedua-dua parti tersebut.

Tanpa disedari kelompok liberalisme islam dalam sayap kedua-dua parti tersebut kian membesar hingga menyebabkan kesukaran pucuk pimpinan parti membuat keputusan terbaik untuk umat islam.

Kalau dahulunya kelompok ini cuba berakar umbi didalam UMNO tetapi selepas mereka melihat tunjang mereka telah mewujudkan platfom baru iaitu Parti Keadilan Nasional kini PKR kelompok ini turut sama telah berhijrah kedalam parti tersebut, dan yang akhir sekali melengkapi perjuangan kelompok ini ialah pemimpin Zaid Ibrahim.

Itulah sarang terbaru kelompok Neo Liberalisme di Malaysia, dengan mengunakan pelbagai nama dan pendekatan baru mereka cuba untuk membawa pemikiran baru supaya umat islam berkongsi segalanya dengan bukan islam demi mewujudkan masyarakat pluralisme yang merentas agama dan budaya.

Hari ini pengajian Pluralisme Agama semakin membesar dan mendapat tempat di Universiti ternama di barat dan melalui universti tersebut telah lahir ramai produk untuk melebarkan fahaman tersebut, salah seorang graduannya ialah Dr. Nur Manuty yang menjaga biro agama Parti Keadilan Rakyat.

Sama juga seperti Anwar Ibrahim yang didoktrinkan dengan fahaman ini melalui university John Hopkin dan bimbingan Syed Hossien Nasr di George Town University semakin hari gagasan fahaman ini semakin melebar di Malaysia.

Dengan didokong media baru yang mendapat tajaan dan hubungan dengan NED seperti Malaysiakini fahaman ini semakin hari semakin menular dikalangan umat islam di Malaysia.

Semoga suatu hari nanti di negara kita tidak akan wujud institusi seperti Wahid Intitut dan Jaringan Islam Liberal (JIL) seperti di Indonesia yang memainkan peranan secara agresif dan nyata mempromosi fahaman ini.

08 Januari 2010

Allah For ALL; gerakan terancang Pluralisme Agama oleh Anwar


Bagaimana respon kita sekiranya tuhan umat islam juga diperlekehkan seperti ini.

Isu Allah nampaknya membuatkan Parti Islam Semalaysia tersepit, dari parti yang dahulunya dianggap benteng terakhir umat islam di Malaysia, hari ini parti yang bertunjangkan ulama tersebut seakan terpaksa berhati-hati mengeluarkan pandangan mengenai isu Allah.

Walaupun hakikatnya diperingkat akar umbi, ramai mempersoalkan kenapa PAS tidak bersunguh-sungguh memperjuangkan isu ini hingga kumpulan lain dilihat mendahului PAS dalam isu ini.

Jika dahulunya PAS dianggap sentiasa menjuarai isu berkaitan islam disusuli dengan pelbagai bantahan. Namun tindakan PAS hari ini yang memilih jalan selamat selamat sewaktu menyiarkan kenyataan medianya mengenai isu kalimah Allah ini memperlihatkan PAS terpaksa tunduk dengan kehendak Anwar.

Anwar dengan konsistennya mempersetujui langkah Mahkamah Tinggi tersebut melalui Dr. Nur Manuty dan ditulis oleh Anwar Ibrahim di laman blognya PKR tetap dengan pendirian Allah tidak lagi eksklusif untuk umat islam sahaja. DAP melalui Lim Kit Siang telah menjadi nasi tambah dengan menyokong tindakkan Anwar dan Mahkamah tersebut.

Suatu ketika dahulu sewaktu Anwar menjadi pemimpin ABIM dan berada didalam Kerajaan, beliau selalu mengingatkan umat islam dengan ancaman gerakan Kristian di kepulauan Melayu.

Dari tindakannya itu sehingga ke hari ini difahamkan orang Kristian masih lagi sedar Anwarlah orang yang ketika dahulu banyak mengunakan sentimen agama untuk meraih sokongan dan memburukkan agama Kristian.

Namun hari ini kita melihat kata-kata Anwar sudah menjadi terbalik 360 darjah dari yang pernah diperkatakannya, punca kenapa Anwar berubah itu yang dipersoalkan oleh banyak umum.

Dahulunya beliau sering mengambil tokoh-tokoh gerakan ihkwan muslimin sebagai sumber rujukkan, malah dalam siri ceramahnnya seringkali dikod kan ayat-ayat dari tokoh tertentu dari gerakkan ihwan Muslimin.

Namun hari ini kita melihat Anwar telah mempelbagaikan sumber rujukkannya berkaitan isu Islam. Tokoh-tokoh seperti Yusuf Qardawi hanya dipergunakan untuk kepentingan dirinya sahaja. Sebaliknya Anwar lebih mengemari tokoh-tokoh islam yang lebih kontemporari pendapat dan pandangannya.

Semenjak mengenali islam Amerika dan seterusnya mengenali Tokoh Pluralisme Agama dunia, Syed Hosein Nasr Anwar telah mula terpengaruh dengan idea dan tokoh ini. Buktinya dilaman blognya beliau pernah menggangap Syed Hossein Nasr sebagai tokoh ilmuan islam yang hebat dan Anwar begitu berbangga dapat bertemu dengannya. Klik Sini

Di Iran bumi kelahiran Syed Hossein Nasr, idea dan tubuh badannya ditolak oleh kerajaan dan rakyat Republik Islam Iran kerana pemikirannya yang membawa islam Amerika. Sila baca sini dan sini untuk mengetahui kisah tokoh Pluralisme agama dunia tersebut dan kenapa dia ditolak dunia islam.

Selepas kejatuhan kerajaan Iran yang Pro Amerika Shah Reza Pahlavi, Nasr telah berhijrah ke bumi Amerika kerana mengetahui dirinya tidak diterima oleh kerajaan baru yang dipimpin Ayatullah Khameini.

Kini di Universiti George Washington Nasr giat menggerakkan usaha kerja-kerja Pluralisme Agama. Dan Anwar Ibrahim setiap tahun akan pergi ke program anjuran Nasr untuk berkongsi idea dan strategi memperkukuhkan gerakan Pluralisme Agama diseluruh dunia.

Antara matlamat akhir Pluralisme agama ialah menyatukan agama-agama di seluruh dunia, dan menganggap Tuhan bagi seluruh umat manusia ini adalah sama. Bagi kelompok ini mereka menggangap tiada agama yang betul2 lengkap dan semuan agama mempunyai matlamat yang sama.

Konsep Allah untuk semua seperti yang dibawa oleh Anwar hari ini adalah sebahagian projek Pluralisme Agama yang dikenadalikan oleh Nasr.

Selepas berjaya memperkenalkan dan meletakkan batu asas islam Liberal dan Pluralisme Agama di Indonesia, fahaman itu kini bertapak kukuh di seluruh Indonesia.

Hari ini fahaman itu sudah mula menyerap masuk ke bumi Malaysia dan isu perebutan kalimah Allah ini adalah antara impak penyebaran fahaman ini.

Dan kini gerakkan Islam seperti PAS pun seperti sudah terperangkap dengan mainan kelompok fahaman ini yang sebenarnya memang begitu licik. Di Indonesia hampir kesemua gerakkan islam dan parti politik islam dibayangi oleh pengaruh Jaringan Islam Liberal (JIL) termasuk juga Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang sedikit sebanyak mempunyai bau dengan pimpinan JIL.

Usah dikira Parti Demokratik yang menguasai Pemerintahan Indonesia, kelompok JIL melalui pengaruhnya telah berjaya meletakan Boediono sebagai wakil mereka ditempat no 2 sturktur pemerintahan Kerajaan Indonesia.

UMNO yang terkenal dengan golongan fundamental pun dilihat tidak mampu melawan arus golongan Islam Liberal dan hanya mampu memerhati sahaja kerana masih bingung dengan serangan dan arus yang dibawa oleh kelompok islam Liberal dan Pluralisme Agama ini.

Samada Islam ala Amerika ini berjaya menguasai bumi Malaysia suatu hari nanti, ianya terpulang kepada sejauh mana momentum yang dibawa oleh Anwar berjaya mempengaruhi umat islam di Malaysia.

Seharusnya PAS sebagai gerakkan islam melihat ancaman fahaman ini sebagai serius dan bersyukur kerana UMNO hari ini menentang sama pengunaan nama Allah di pihak gereja Kristian.

Sekiranya UMNO mengambil jalan dan tindakkan yang sama seperti dilakukkan oleh PKR, ia bermakna strategi gerakkan fahaman itu untuk menguasai kepulauan Melayu sudah berjaya dan sudah tentu usaha untuk menawan seluruh dunia islam akan menjadi lebih mudah selepas ini.

Namun beberapa hari ini kita melihat PAS masih lagi dalam kebingunggan mengenai isu ini, hanya memerhatikan sahaja isu tersebut. Kerana bimbang ia akan menjejaskan dari sudut sokongan politik bukan Melayu kepada parti tersebut.

Ungkapan Allah for All memang menarik dan indah untuk didengar namun timbul persoalan adakah tuhan yang disembah oleh umat islam sama dengan Tuhan yang di sembah oleh umat kristian. Adakah konsep Tuhan Yang Esa sama dengan konsep Triniti dalam agama kristian.
Sesungguhnya umat islam ataupun Kristian seharusnya memahami implikasi pengunaan istilah ini untuk mengelakkan bencana pada masa akan datang. Jika Vatican pernah menolak pengunaan nama Allah bagi umat Kristian kenapa akhbar Herald ingin mengunakan nama tersebut.



Allah for ALL :satu gerakan Pluralisme Agama terancang oleh Anwar

Isu Allah nampaknya membuatkan Parti Islam Semalaysia tersepit, dari parti yang dahulunya dianggap benteng terakhir umat islam di Malaysia. Hari ini parti yang bertunjangkan ulama tersebut seakan terpaksa berhati-hati mengeluarkan pandangan mengenai isu Allah.

Walaupun hakikatnya diperingkat akar umbi, ramai mempersoalkan kenapa PAS tidak bersunguh-sungguh memperjuangkan isu ini hingga kumpulan Pro UMNO dilihat mendahului PAS dalam isu ini.

Jika dahulunya PAS dianggap sentiasa menjuarai isu berkaitan islam disusuli dengan pelbagai bantahan. Namun tindakan PAS hari ini yang memilih jalan selamat selamat sewaktu menyiarkan kenyataan medianya mengenai isu kalimah Allah ini memperlihatkan PAS terpaksa tunduk dengan kehendak Anwar.

Anwar dengan konsistennya mempersetujui langkah Mahkamah Tinggi tersebut melalui Dr. Nur Manuty dan ditulis oleh Anwar Ibrahim di laman blognya PKR tetap dengan pendirian Allah tidak lagi ekslusif untuk umat islam sahaja. Dap melaui Lim Kit Siang menjadi nasi tambah dengan menyokong tindakkan Mahkamah tersebut.

Suatu ketika dahulu sewaktu Anwar menjadi pemimpin ABIM dan berada didalam Kerajaan, beliau selalu mengingatkan umat islam dengan ancaman gerakan Kristian di kepulauan Melayu.

Dari tindakannya itu sehingga ke hari ini difahamkan orang Kristian masih lagi sedar Anwarlah orang yang ketika dahulu banyak mengunakan sentimen agama untuk meraih sokongan dan memburukkan agama Kristian.

Namun hari ini kita melihat kata-kata Anwar sudah menjadi terbalik 360 darjah dari yang pernah diperkatakannya. Kenapa Anwar berubah itu yang dipersoalkan oleh banyak umum.

Dahulunya beliau sering mengambil tokoh-tokoh gerakan ihkwan muslimin sebagai sumber rujukkan, malah dalam siri ceramahnnya seringkali dikod kan ayat-ayat dari tokoh tertentu dari gerakkan ihwan Muslimin.

Namun hari ini kita melihat Anwar telah mempelbagaikan sumber rujukkannya berkaitan isu Islam. Tokoh-tokoh seperti Yusuf Qardawi hanya dipergunakan untuk kepentingan dirinya sahaja.Sebaliknya Anwar lebih mengemari tokoh-tokoh islam yang lebih kontemporari pendapat dan pandangannya.

Semenjak mengenali islam Amerika dan seterusnya mengenali Tokoh Pluralisme Agama dunia, Syed Hosein Nasr Anwar telah mula terpengaruh dengan idea dan tokoh ini. Buktinya dilaman blognya beliau pernah menggangap Syed Hossein Nasr sebagai tokoh ilmuan islam yang hebat dan Anwar begitu berbangga dapat bertemu dengannya. Klik Sini

Di Iran bumi kelahiran Syed Hossein Nasr, idea dan tubuh badannya ditolak oleh kerajaan dan rakyat Republik Islam Iran kerana pemikirannya yang membawa islam Amerika.

Selepas kejatuhan kerajaan Iran yang Pro Amerika Shah Reza Pahlavi, Nasr telah berhijrah ke bumi Amerika kerana mengetahui dirinya tidak diterima oleh kerajaan baru yang dipimpin Ayatullah Khameini.

Kini di Universiti George Washington Nasr giat menggerakkan usaha kerja-kerja Pluralisme Agama. Dan Anwar Ibrahim setiap tahun akan pergi ke program anjuran Nasr untuk berkongsi idea dan strategi memperkukuhkan gerakan Pluralisme Agama diseluruh dunia.

Antara matlamat akhir Pluralisme agama ialah menyatukan agama-agama di seluruh dunia, dan menganggap Tuhan bagi seluruh umat manusia ini adalah 1.Bagi kelompok ini mereka menggangap tiada agama yang betul2 perfek dan semuan agama mempunyai matlamat yang sama.

Konsep Allah untuk semua seperti yang dibawa oleh Anwar hari ini adalah sebahagian projek Pluralisme Agama yang dikenadalikan oleh Nasr.

Selepas berjaya memperkenalkan dan meletakkan batu asas islam liberal dan Pluralisme Agama di Indonesia, fahaman itu kini bertapak kukuh di seluruh Indonesia.

Hari ini fahaman itu sudah mula menyerap masuk ke bumi Malaysia dan isu perebutan kalimah Allah ini adalah antara impak penyebaran fahaman ini.

Dan kini gerakkan Islam seperti PAS pun seperti sudah terperangkap dengan mainan kelompok fahaman ini yang sebenarnya memang begitu licik. Di Indonesia hampir kesemua gerakkan islam dan parti politik islam dibayangi oleh pengaruh Jaringan Islam Liberal (JIL) termasuk juga Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang sedikit sebanyak mempunyai bau dengan pimpinan JIL.

Usah dikira Parti Demokratik yang menguasai Pemerintahan Indonesia, kelompok JIL melalui pengaruhnya telah berjaya meletakan Boediono sebagai wakil mereka ditempat no 2 sturktur pemerintahan Kerajaan Indonesia.

UMNO yang terkenal dengan golongan fundamental pun dilihat tidak mampu melawan arus golongan Islam Liberal dan hanya mampu memerhati sahaja kerana masih bingung dengan serangan dan arus yang dibawa oleh kelompok islam Liberal dan Pluralisme Agama ini.

Samada Islam ala Amerika ini berjaya menguasai bumi Malaysia suatu hari nanti, ianya terpulang kepada sejauh mana momentum yang dibawa oleh Anwar berjaya mempengaruhi umat islam di Malaysia.

Seharusnya PAS sebagai gerakkan islam melihat ancaman fahaman ini sebagai serius dan bersyukur kerana UMNO hari ini menentang sama pengunaan nama Allah di pihak gereja Kristian.

Sekiranya UMNO mengambil jalan dan tindakkan yang sama seperti dilakukkan oleh PKR, ia bermakna strategi gerakkan fahaman itu untuk menguasai kepulauan Melayu sudah berjaya dan sudah tentu usaha untuk menawan seluruh dunia islam akan menjadi lebih mudah selepas ini.

Namun beberapa hari ini kita melihat PAS masih lagi dalam kebingunggan mengenai isu ini, hanya memerhatikan sahaja isu tersebut. Kerana bimbang ia akan menjejaskan dari sudut sokongan politik.


07 Januari 2010

Gus Dur ; Islam Liberal, Pemikiran Barat dan Pluralisme Agama


Pada Tahun 1973, Nahdatul Ulama bersama 3 parti islam lain telah dipaksa bersatu menjadi Partai Persatuan Pembangunan (PPP) yang bersimbolkan kaabah dan bedasarkan islam. Namun selepas itu atas arahan Suharto, PPP hanya memegang konsep pancasila untuk diikuti.

Selepas itu Nahdatul Ulama keluar dari politik dan menjadi pertubuhan sosial, pendidikan dan keagamaan, di ketika inilah Abdulrahman Ad Dakhil Wahid atau Gus Dur dipilih menjadi pengerusi (Ketua Umum) pusat NU bersama Kiyai Haji Ahmad Sidiq sebagai Ketua Dewan Syuriah (berkaitan dengan Syariah) Ahmad Sidiq kemudian menyebutkan sikap dan pemikiran NU dalam berpolitik dan bernegara; pancasila sebagai dasar negara adalah final dan muktamad.

Gusdur dengan pemikirannya yang aneh (nyeleneg kata orang Jawa) mengatakan sebaiknya Assalamualaikum diganti dengan Selamat Pagi, Selamat Siang atau Selamat Petang dan Quran pun banyak mengandungi ayat-ayat lucah (berkaitan dengan hubungan Suami dan isteri).

Ucapan Gusdur ini membuat marah banyak orang, termasuk Mustayar (Penasihat Utama) NU masa itu KH As’ad Syamsul Arifin, menyatakan mufaraqah dengan NU dan Gus Dur, malahan sikap Gus Dur ini juga membuat pendukung NU terbelah, antara pro dan kontra, bahkan adik bungsu KH Yusuf Hashim dan adik kandungnya IR KH Salahudin Wahid ikut mengkritiknya, namun itulah Gus Dur dia mana kisah.

Bahkan semasa menjadi Presiden dia mengatakan orang islam ingin berjihad ke Ambon dan ke Palestin disebutnya bukan berjihad tetapi ingin berjahat,malahan beberapa waktu setelah reformasi ada beberapa geraja dibakar Gus Dur bukan main marah, tetapi apabila masjid dibakar dia hanya diam.

Dan paling menyedihkan adalah dia menyebut Tel Aviv adalah tanag perdamaian dan Israel adalah negara yang cinta damai.

Beberapa kali dia berkunjung ke Israel tanpa merasakan sensitivity umat islam, akhirnya diberi hadiah Shimon Perez Award, dan ada juga keinginan semasa menjadi Presiden Indonesia untuk membuka hubungan diplomatic antara Indonesia dengan Israel.

Rancangannya ini dikecam hebat, oleh banyak pihak bahkan penulis ditanya oleh beberapa pemimpin gerakan islam di Malaysia pada tahun 2000, bagaimana ini “Pak Gus Dur” saya jawab “Laisa Minna”, mereka akhirnya faham.
Gus Dur adalah tokoh kontroversi, yang melontarkan ide-ide yang tidak dijangka dan adakalanya tidak perlu ditanggapi, memang sangat berbeda datuknya KH Hasyim As’ary, bahkan dengan bakpaknya sendiri Kh Abdul Wahid Hashim, yang keduanya dikenal tawaduk dan zuhud serta sangat menjaga persoalan asas dan keluhuran syariah.

Agaknya kepandaiannya semasa di Mesir dan Iraq, masa belajar dulu yang tidak selesai, digunakan untuk menelan bulat-bulat novel-novel dan pemikiran barat.

Tiga persoalan yang menjadi masalah dengan Islam Liberal ini adalah;

1. Syariat islam, dilakukan dengan perubahan metodologi ijtihad.
2. Al-Quran dan tafsir AlQuran, dengan penghakisan konsep wahyu dalam islam dan penggunaan metode hermeneutika, yang tidak ada dalam tradisi islam.
3. Akidah islam, dengan merosak dasar dan pengertiannya, pada masa yang sama mereka menyebarkan Pluralisme Agama, yang menjadikan islam sama sahaja dengan agama lain.
Ini Pemikiran jahat salah dan harus terus menerus dilawan dengan hujah dan kebenaran yang pasti dengan kelompok ini, pada masa yang sama terus memberikan ilmu dan pengertian yang mendalam kepada umat islam.

Yang jelas bagi umat islam di Indonesia, yang mengerti soal ilmu dan pemikiran islam, Gus Dur berada dalam kutub pemikiran Islam Liberal, ini diperjelas lagi bila namanya termasuk dalam buku 50 Tokoh Islam liberal di Indonesia yang cukup laris di Indonesia dan Malaysia.

NU dan Muhamadiyah yang disedari atau tidak, secara perlahan sudah dimasuki oleh virus-virus liberal dalam gerakkannya, akankah pada muktamarnya tahun ini, adiknya Gus Dur, Ir Salahudin Wahid terpiliha menjadi Ketua Umum NU.

Figur ini dianggap peribadi yang baik penerus sikap dan keistiqamahan Hasyim Asyary dan Wahid Hasyim, dia berhadapan dengan beberapa pencabar salah satunya Ulil Abshar Abdalla, watak utama Jaringan Islam Liberal di Indonesia.

# Artikel ini disunting dari tulisan Ahmad Muhajir yang tersiar di akhbar Harakah F15/BIL 1503.

06 Januari 2010

Isu kalimah Allah: Anwar berpandu strategi Abdullah bin Ubai si Yahudi Munafik


PKR melalui Dr. Nur Manuty telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan isu Kalimah Allah dan secara nyata mereka konsisten menyokong keputusan Mahkamah.

Sementara itu Parti Islam Semalaysia pula dengan nada lebih diplomatik seolah mengelak dan tidak mahu terperangkap dengan isu itu sewaktu mengeluarkan kenyataan akhbar kepada media.

Kekecohan isu kalimah Allah lantaran keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kalimah tersebut digunakan oleh pihak gereja dalam akhbar terbitannya telah membuatkan emosi sesetengah orang islam tergangu dan agak sukar ingin menghalang kemarahan orang islam berkaitan isu ini.

Malah Dr. Harun Din Timbalan Mursyidul Am Pas secara jelas menyatakan kufur jika menyokong keputusan Mahkamah tersebut.
Portal Malaysiakini secara halus cuba melaga-lagakan pemimpin agama dalam isu ini, dengan mengupas isu Kalimah Allah dengan mempunyai agenda tersirat.

Keharmonian kehidupan beragama di Malaysia selama ini seakan sedikit tergugat dengan munculnya isu ini.

Namun dalam sedar atau tidak sebenarnya orang islam sudah seakan terperangkap dengan mainan licik Anwar Ibrahim. Seharusnya kita mengenalpasti sejauh mana penglibatan Anwar dalam isu kalimah Allah ini.

Anwar sememangnya mengetahui bagaimana rapatnya orang Melayu dengan apa sahaja simbol dan perkara berkaitan islam. Malah sebelum ini beliau mengakui hubungan islam dan orang Melayu tidak dapat dipisahkan.

Dari situ ada kemungkinan Anwar sengaja bermain wayang isu ini untuk menghuru-hara dan mengugat kestabilan politik Malaysia, demi memborong keuntungan politik.

Adalah wajar kita mengetahui sejauh mana hubungan Anwar dengan akhbar Herad Chatolik Weekly dan hubungan anwar dengan ketua Paderi yang membawa isu ini ke Mahkamah, adakah benar wujud dakwaan mengatakan tangan hitam permainan ini adalah berpunca dari Anwar Ibrahim dan suku sakatnya di dalam Pakatan Rakyat seperti Elizabeth Wong, Tian Chua dan beberapa pemimpin DAP ?

Kerana Anwar mengetahui untuk mendapat sokongan rakyat Sabah dan Sarawak, PKR dan pembangkang harus mendapat sokongan dari penduduk Sabah dan Sarawak yang rata-rata beragama Kristian.

Semua ini adalah tidak mustahil Grand Design oleh Anwar dan sekutunya untuk meraih sokongan, setelah beliau melihat seakan sukar untuk menembusi Sabah dan Sarawak.

Hakikatnya Gereja Khatolik sudah mengetahui akan hakikat perlembagaan Malaysia, adalah sesuatu yang pelik jika pihak mereka meneruskan niat tersebut jika tidak didalangi oleh pihak lain.

Tentu kita masih ingat bagaimana isu Kuil Hindu dulu wujud, siapakah yang mencetuskan isu tersebut? Tanpa di sangka-sangka pertubuhan haram HINDRAF wujud dan Anwar menyokong dari belakang.

Tuntutan Hindraf seperti mana isu kalimah Allah juga sedikit sebanyak telah membuatkan orang Islam terbakar perasaan mereka, banyak tuntutan HINDRAF adalah tidak logic untuk diterima oleh pihak kerajaan.

Begitu juga dengan dakwaan kaum Cina dengan mengatakan bahawa kerajaan adalah rasis dan bersifat perkauman, walaupun secara hakikatnya orang Melayu islam semenjak zaman kesultanan Melayu Melaka begitu banyak bertoleransi dengan bukan Melayu di Malaysia, sesuai dengan apa yang diinginkan oleh islam.

Dengan itu adalah didapati sebenarnya ada tangan lain yang menghasut golongan India dan Cina di Malaysia membenci kerajaan. Anwar sebelum ini ada menyatakan sepanjang beliau di dalam penjara beliau banyak membaca buku mengenai budaya orang cina, India dan membaca kitab Bible untuk memahami golongan tersebut.

Oleh itu adalah tidak mustahil apabila telah keluar dari penjara beliau telah mempraktikkan apa yang telah difahami untuk meraih sokongan bukan Melayu dan penganut bukan islam.

Hari ini didapati wujud segelintir beberapa pihak mengambil tindakan ektsrim memaki hamun keseluruhan orang Kristian untuk melontarkan kemarahan. Walaupun kita mengetahui tidak semua orang Kristian di Malaysia mempersetujui tindakan gereja tersebut seperti yang diperkatakan oleh seorang blogger Hirbert yang beragama Kristian dari Sarawak.

Seharusnya kita mengunakan saluran yang sesuai bagi mengambarkan ketertiban orang islam dan jangan sesekali terperangkap dengan permainan Anwar.

Selain untuk mencetuskan suasana tidak stabil di Malaysia, strategi ini juga digunakan Anwar untuk memperkukuhkan cengkaman dan pengaruh Anwar di dalam PAS. Anwar sengaja memasang jerat ini agar kepimpinan PAS tidak dapat menangani isu ini, hingga memberi ruang kepada pemimpin yang pro kepadanya didalam PAS mengambil alih pucuk pimpinan Parti.

Ada kemungkinan benda ini telah dapat dihidu oleh Haji Hadi Awang, atas alasan itu pihak pucuk pimpinan PAS telah mengambil jalan selamat berkaitan isu ini. Walaupun sebelum ini kita mengetahui Timbalan Mursyidul Am Pas dan Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin serta Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan kegusaran dan bantahan berkaitan isu berkenaan.

Jesteru itu, janganlah kita bertindak diluar batasan hingga mencemarkan imej dan maruah umat islam sendiri, sesungguhnya islam meganjurkan perdamaian bukan permusuhan.

Amat khuatir melihat sesetengah blog menghentam membuta tuli agama Kristian lantaran isu tersebut, walhal itu bukanlah ajaran yang dituntut oleh islam.

Islam menganjurkan kita bermusyawarah, lantaran itu gunakan fakta dan hujah yang baik jika membantah keputusan mahkamah tersebut. Keadaan politik dunia hari ini yang tidak menyebelahi umat islam juga seharusnya dijadikan indikator dan petunjuk oleh kita untuk melakukan tindakan.

Apa yang dilakukan oleh Anwar sekarang ini tidak ubah seperti peranan munafik Abdullah bin Ubai di dalam sirah islam yang bersikap talam dua muka kerana dendam dan ingin memperoleh kuasa.





03 Januari 2010

Anwar Atarturk :Isu nama Allah, perancangan Zionis dan barat untuk menyesatkan umat islam


Isu penggunaan nama Allah di kalangan bukan islam kembali hangat apabila Mahkamah Tinggi melalui Hakim Lau Bee Lau memutuskan pihak gereja Khatolik dibenarkan menggunakan nama Allah pada akhbar Herald Chatolic Weekly.

Dengan keputusan itu, Allah kini bukan sahaja milik orang islam malah orang bukan islam pun boleh menggunakan nama tersebut untuk tujuan keagamaan dan penyebaran.

Sebenarnya kisah perebutan nama Allah seperti yang diperjuangkan sesetengah kelompok Kristian di Malaysia bukan perkara baru, tahun 1844 Mirza Ali Muhamad seorang Yahudi juga pernah menyarankan agar penganut agama Kristian, Yahudi dan Islam meninggalkan agama masing-masing dan bersatu dibawah agama Bahaiyah untuk menyembah Allah.

Seruan itu dilakukan adalah bagi usaha untuk menyatukan agama (international Religion). Sama seperti usaha yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dalam mencari kesamaan antara agama. Kelompok ini ingin mengunakan nama Allah kerana bertujuan mengelakkan permusuhan yang selalu wujud diantara agama tersebut. Dalam konteks Malaysia ia dilakukan bagi meleraikan beberapa isu antara agama khususnya islam dan kristian.

Di Malaysia antara beberapa pihak yang menyokong tindakkan Mahkamah ini ialah Anwar Ibrahim dan juga Khalid Samad. Dengan bersandarkan kepada beberapa dalil yang diputarbelitkan adalah nyata kedua mereka ini merupakan golongan penyambung lidah kepada puak pluralis agama dan Yahudi di seluruh dunia.

Bagi golongan ini hanya penyatuan agama sahaja yang dapat menyatukan dan menyelesaikan permasalahan yang wujud.

Dalam surah Al-Quran jelas menunjukkan bahawa terdapat beberapa ayat yang menyatakan hanya agama islam diiterima oleh Allah Swt.

Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya agama pada sisi Allah ialah agama islam” surah al-imran ayat -19

“ Dan barangsiapa yang memeluk selain daripada agama islam, maka Allah tidak menerima agamanya itu diakhirat ia termasuk didalam golongan orang-orang yang rugi.” Surat al-imran ayat- 85.

Disini adalah jelas Allah tidak mengatakan agama nasrani dan yahudi sebagai pilihan sebaliknya islam.

Oleh itu keputusan mahkamah itu dikhuatiri akan menyebabkan kekeliruan dikalangan umat islam.

Bagi Anwar Atarturk dan Khalid Samad keputusan mahkamah itu akan melonjakkan nama mereka di kalangan bukan islam. Dan misi mereka untuk mengerakkan pluralisme agama di Malaysia nampaknya berjalan lancar.

Mainan untuk menyesatkan umat islam ini sebenarnya merupakan perancangan halus pihak zionis kristian untuk melemahkan islam dan institusinya. Lantaran itu sebarang usaha harus dilakukan bagi menyesatkan dan memecahkan umat nabi Muhamad.

02 Januari 2010

2010 tiba Anwar Atarturk semakin terdesak

Selamat datang Tahun baru 2010 dan selamat tinggal 2009, kisah ragam politik tahun 2009 begitu mendebarkan, dari runtuhnya kerajaan pakatan rakyat di Perak hinggalah kepada BN hampir tewas angkara tipu muslihat Anwar dalam pengundian Bajet di Dewan Rakyat.

Kisah Anwar di sepanjang tahun 2009 juga tidak lekang dari pelbagai isu kontroversi, bermula dari tindakkannya seakan menyokong DAP menghina Sultan Perak berkaitan krisis di Perak hinggalah kepada tindakkannya hadir dan melakukan upacara sembah kepada Teoh Beng Hock yang mati terjatuh dari bangunan Plaza Masalam selepas disiasat SPRM.

Kisah Anwar dan Saiful juga banyak kali menarik perhatian umum, dari tindakan Anwar cuba menangguhkan perbicaraan kes liwat hinggalah kepada usahanya untuk mendapat bahan bukti dari pihak berkuasa.

Sesungguhnya tahun 2009 juga menampakkan Anwar semakin terdesak untuk menjaga reputasi dirinya, dengan sokongan orang Melayu dan India semakin merosot kepada dirinya dan pergolakkan dalaman parti PKR yang diterajuinya. Anwar sedaya upaya untuk mengatakan bahawa dirinya masih seperti dahulu seorang pemimpin islam dan masih berada didalam lingkungan jemaah islam.

Walaubagaimanapun jika dilihat kepada realiti beliau sebenarnya semakin banyak mendedahkan dirinya dengan menghadiri dan melibatkan diri dengan badan-badan tajaan Yahudi dan Amerika.

Antaranya ialah menghadiri Persidangan di Qatar di mana beliau berkongsi pentas bersama dengan Madeline Albright bercakap mengenai Demokrasi di dunia islam.

Di Amerika pula beliau menghadiri sidang mengenai Islam dan Barat di Universiti Georgetown, program yang ditunjangi oleh Syed Hoseein Nasr tokoh pluralisme dunia islam Anwar telah berkongsi pendapat dengan Tony Blair bagaimana untuk mempraktikan kesamaaan agama di seluruh dunia.

Puluhan program dan forum tajaan Jabatan Luar Amerika yang disertainya menyerlahkan Anwar membawa misi khas seolah diplomat Amerika untuk melobi demokrasi dilaksanakan di dunia islam.

Amerika kini menggunakan racun Demokrasi dan Kebebasan untuk menyeludup masuk kesetiap negara yang dianggap mempunyai potensi kepada negaranya.

Dari Cuba dan Vanezuala disebelah benua Amerika hinggalah ke China dan Iran di sebelah timur gula-gula demokrasi dan kebebasan dijaja pelobi-pelobi tajaan Amerika, seperti yang dilakukan oleh Anwar di dunia islam hari ini.

Di dalam kelompok bukan Melayu di Malaysia Anwar seakan ingin menonjolkan dirinya seumpama Gus Dur di Indonesia, dengan menghadiri dan menawarkan pelbagai janji sekiranya dia dipilih sebagai pemimpin no 1 di Malaysia.

Jika dilihat susuk pelakuannya dihadapan bukan Melayu beliau begitu ingin memperolehi gelaran Bapak Pluralisme Malaysia sama seperti gelaran Bapak Plaralisme Indonesia yang diperolehi kawan baiknya Gus Dur yang baru sahaja dijemput pencipta ke alam kekal beberapa hari lalu.

Namun apabila salah satu video tersebar di dalam alam siber dia pernah mengucapkan perkataan pendatang kepada kaum bukan Melayu di Malaysia, Anwar terkedu seketika kerana rahsia yang disimpan selama ini semakin terbongkar.

Tahun 2010 baru sahaja beberapa hari tiba, kata Saiful Bahari mangsa liwat Anwar yang terbaru, tahun baru masehi ini merupakan tahun kebenaran.

Mungkin Kebenaran yang dimaksudkan Saiful itu untuk mendedahkan siapa Anwar sebenarnya, kebenaran untuk mencungkil rahsia peribadi Anwar yang tersembunyi selama ini dan kebenaran disebalik hinaan Anwar kepada musuh politiknya.

Semoga saudara Saiful Bakhari dipermudahkan urusannya oleh Allah Swt, dan tabah meniti hidup sebagai mangsa cemuhan Anwar dan kumpulannya.

Sesunguhnya tidak selama-lamanya kejahatan dapat memenangi pertarungan, tiba saatnya kejahatan itu tersembam sendiri tanpa diserang oleh pihak lain.

Selamat Tahun Baru 2010.