20 Februari 2010

Dari mana Anwar mendapat pembiayaan mewah



Berapakah kos yang perlu dibayar Anwar untuk membawa dan mendapatkan perkhidmatan Pakar DNA, Dr Brian Leslie McDonald dari Sydney, Australia, dan dua pakar forensik, Prof Dr C. Damodaran dari Chennai, India dan Prof Madya David Lawrence Noel Wells dari Melbourne, Australia.Dari mana sumber kewangan Anwar ?


Persepsi Anwar ‘banyak duit’ mungkin boleh diyakini oleh orang seperti Yong Teck Lee atau orang-orang yang didakwa Anwar akan melompat parti pada 16 September. Kalu tidak masakan Teck Lee sanggup mengekori bontot Anwar di Singapura dan Hong Kong. Anwar bukan ahli parlimen pun ketika itu, beliau hanya pemimpin de facto PKR, tetapi beliau diyakini seorang yang mempunyai ‘lubuk duit’.

Malah untuk melambangkan dirinya sebagai ‘kilang duit’, Anwar mensasarkan perundingan untuk lompat parti akan dilakukan di luar negara. Pilih sahaja sama ada di Singapura, Abu Dhabi atau Hong Kong. Barangkali maksud Anwar bernada sinis..setakat berunding di Malaysia, tak main lah. Apa barang berunding di Malaysia..

Anwar juga mencitra dirinya seorang yang mewah sesuai dengan status bakal PM, Anwar berpindah rumah dari Damansara ke Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur pada awal Januari 2007.

Rumah lama di Damansara hanya berharga RM 2 juta. Sebab itu rumah itu dijual dan dibeli rumah baru Bukit Segambut Dalam yang berharga RM 7 Juta. Ada yang mengatakan rumah baru itu seumpama ‘mahligai’, bertingkat-tingkat yang memang sesuai untuk seorang yang bakal bergelar bakal PM.

Lagipun ‘mahligai’ baru Anwar itu dikelilingi pagar, dipenuhi CCTV dan mempunyai pegawal keselamatan yang bertugas menjaga keselamatan 24 jam.

Namun begitu, di sebalik penonjolan gaya ‘berstatuskan PM’ itu, ada juga yang mempersoalkan dari mana Anwar mendapat sumber kewangan untuk membeli ‘mahligai itu’ sedangkan Anwar bukan lagi TPM atau Menteri Kewangan.

Ada berpendapat, kalau sekadar menjadi pensyarah pelawat di John Hopkins Universiti dan Georgetown Universiti, dua institusi pngajian di Amerika, Anwar belum layak mempamerkan gaya hidup semewah itu.

Nama lagi pensyarah pelawat yang hanya diikat kontrak secara tahunan, gaya seperti dipamerkan ‘mahligainya’ tidak sepadan dengan pendapatannya. Kecuali Anwar hanya bertopengkan ‘pensyarah pelawat’ tetapi mempunyai pendapatan sampingan lain yang lebih lumayan pendapatannya.

Di sinilah mula timbul persoalan, adakah benar Anwar hanya bekerja ‘pensyarah pelawat’ atau seorang missionary yang melaksanakan tugas-tugas yang diperintah oleh Presiden Amerika?

Anwar pernah menjadi Pengerusi dan Presiden satu yayasan yang diragui matlamatnya. Yayasan itu dinamakan Foundation For The Future (FFF). Anwar menafikan yayasan itu ditaja oleh Amerika Syarikat sebaliknya mendakwa mendapat kewangan dari Timur Tengah.

Tetapi apabila skandal hubungan Paul Wolfowitz dan Shaha Ali Riza terbongkar di media antarabangsa telah turut mengaitkan nama Anwar sebagai orang bertanggungjawab menulis surat memindahkan Shaha Ali Riza dari Bank Dunia ke yayasan yang dipengerusinya. Apabila rahsia yayasan itu dibongkar sebagai alat Amerika untuk menguasai negara-negara Islam di Timur Tengah,

Anwar segera meletakkan kedua-dua jawatan yang pernah disandangnya dalam yayasan itu. Sandra O Conor, bekas Hakim Persekutuan Amerika yang menjadi salah seorang ahli jawatankuasa yayasan itu. Beliau dikatakan pro-Yahudi.

Tuduhan missionary itu berasaskan penglibatannya dalam beberapa pertubuhan Amerika yang diragui iaitu Foundation For The Future (FFF), Council on Foreign Relations (CFR), International Crisis Group (ICG) dan lain-lain.

KAF, FNF & American Jewish Committee (AJC)

Kalau di Malaysia, Anwar dan PKR lebih menonjolkan penaja-penajanya dari yayasan luar negara. Antaranya yang paling popular Konrad Adenauer Foundation (KAF) dan Friedrich Naumann Foundation (FNF) yang kedua-duanya berasal dari Jerman.
Dalam bahasa Jerman, yayasan dipanggil ‘Stiftung’, sebab itu kadangkala, KAF turut dikenali sebagai ‘Konrad Adenauer Stiftung’ (KAS). Begitu juga dengan FNF dikenali sebagai ‘Friedrich Naumann Stiftung’(FNS).

Sama ada Foundation atau Stiftung, kedua-dua yayasan ini merupakan think tank parti di Jerman menawarkan penajaan di seluruh dunia sebagai mematuhi perjanjian damai antara Israel dengan Jerman.

Kumpulan Israel paling berpengaruh berada di Amerika yang dikenali sebagai American Jewish Committee (AJC).
Dalam perjanjian itu, kerajaan Jerman bersetuju menubuhkan yayasan seperti KAF & FNF sebagai ‘menebus dosa’ pembunuhan beramai-ramai orang-orang Yahudi semasa pemerintahan Nazi,atau dikenali sebagai ‘holocaust’.

Bermakna munculnya yayasan ini sebagai pampasan pembunuhan Yahudi yang sudah berkurun lamanya. Menurut yahudi dengan adanya yayasan-yayasan ini ke seluruh dunia, sekurang-kurang kematian ‘holocaust’itu tertebus.

Di Malaysia, KAF sering menaja badan pemikir Anwar yang dikenali sebagai Institut kajian Dasar (IKD) dan Middle Eastern Graduate Center (MEGC).
Penajaannya dalam bentuk pembiayaan program dan penerbitan buku khususnya berkenaan mengembangkan usaha Pluralisme Agama (Persamaan antara agama) di Malaysia. Pluralisme ini adalah asas kepada Interfaith Council atau Interfaith Commission atau ringkasnya IFC yang menjadi ancaman kepada Islam di Malaysia.

Walaupun bekas Setiausaha Akhbar Anwar, Khalid Jaafar, yang juga pengarah IKD menamakan projek kerjasama antara IKD & KAF sebagai ‘Islam Tanwiri’, tetapi bau hamis ‘pluralisme’ dan ‘IFC’, masih belum dapat ditimbus.

Manakala FNF pula menumpukan kepada bengkel dan penajaan penulis media internatif (khususnya internet) khususnya membantu karier Anwar.

Yayasan itu memberi dana kepada Anwar Ibrahim Club (AIC) telah mengadakan bengkel melatih penulis-penulis muda di internet serta membayar elaun bulanan kepada penulis internet pro-Anwar seperti Faisal Mustaffa (blog merpati jingga), Jeff Ooi dan Raja Petra Raja Kamaruddin (Malaysia-today).

Matlamat utama penajaan FNF adalah untuk mewujudkan konsep liberalisme di Malaysia. Aktivis PKR termasuk Jonson Chong, Dr Zaliha Mustafa, Cheah Kah Peng, Beh Lih Yi (Malaysiakini) turut ditaja oleh FNF untuk menjayakan konsep ini.

Kehadiran Beh Lih Yi mewakili Malaysiakini telah mengesahkan kaitan Anwar, PKR dan Malaysiakini berasaskan sumber penajaan yang sama. Portal itu sendiri dalam artikelnya “Malaysiakini: Free or pay?” mengakui bahawa Malaysiakini ditaja oleh FNF, Asia Foundation dan Open Society Institute (OSI), milik George Soros.

Malah satu lagi projek rangkaian Malaysiakini iaitu Asia247.tv (Malaysian Internet TV channel) merupakan projek tajaan FNF. Jeremiah Foo, Sam Hui team video Malaysiakini juga merupakan team video Asia247.tv. Malah team tajaan FNF ini berusaha mencari pelapis-pelapis baru dengan menaja bengkel pembikinan video dengan bekerjasama Youth for Change (Y4C).

Forum kebebasan dan demokrasi di Malaysia anjuran PKR dengan kerjasama Friedrich Naumann Foundation (FNF). Akrabnya hubungan Anwar dan PKR dengan yayasan Nasrani dari Jerman itu, hingga wakil FNF Malaysia dibenarkan berada di barisan hadapan bersama dengan kepimpinan tertinggi PKR. Persoalannya apakah agenda tersirat yayasan asing menaja sebuah parti pembangkang di Malaysia?

Untuk mencapai hasrat ini FNF telah menaja Anwar dan program-program PKR kerana dasar Anwar dan parti itu selaras dengan dasar yayasan nasrani itu.


SPF & Asia Foundatioan
Namun sejak kebelakangan ini Anwar dan think tanknya, IKD lebih gemar menggunakan dana Sasakawa Peace Foundation (SPF) kerana untuk mengelakkan daripada dituduh mendapat tajaan Barat. Walaupun pada dasarnya yayasan ini berpusat di Jepun, tetapi hakikatnya yayasan ini berkait rapat dengan Amerika Syarikat kerana pengasasnya ” Ryoichi Sasakawa adalah sekutu Amerika.

Selepas perang dunia kedua, Jepun telah menjalankan dasar berbaik-baik (Japan Lobby) dengan Amerika melalui penubuhan The Japan Foundation. Hasil kerjasama The Japan Foundation dengan the United States, ditubuhkan pula The Nippon Foundation atau Sasakawa Peace Foundation (SPF) pada 1980-an yang mempunyai dua ofis iaitu di Jepun dan Amerika Syarikat.


Salah seorang bekas panel IKD dan pengarang Suara Keadilan, Fathi Aris Omar, telah mendapat tajaan The Nippon Foundation atau Sasakawa Peace Foundation melanjutkan pengajian di Jakarta pada 2004.

Menariknya SPF bersedia menaja Fathi Aris kerana beliau membuat kajian di Komunitas Utan Kayu, Jakarta, kepunyaan Goenawan Mohamad yang lebih dikenali sebagai pusat Jaringan Islam Liberal (JIL). JIL pula ditaja oleh The Asia Foundation, sebuah yayasan yang berpengkalan di San Francisco, Amerika.

Lebih menarik lagi Fathi Aris pernah menjadi kolumnis kanan, Malaysiakini dan pengasas Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). KSJT adalah cabang seni tajaan think tank Anwar (IKD). Guru Fathi Aris adalah Goenawan Mohamad, pemilik majalah Tempo dan kawan baik Anwar. Fathi dan Anwar pula ditaja oleh SPF dan Goenawan serta majalah Tempo pula ditaja Asia Foundation.

Bermakna terdapat lingkaran yang samar-samar tetapi bercantum dengan dua penaja dari Amerika iaitu SPF dan Asia Foundation menyusup masuk menaja Anwar, think tanknya, (IKD, KSJT) dan portal Malaysiakini.

Sebab itu, kawan baik Anwar di Indonesia, Goenawan Mohamad, berusaha mempromosi imej positif Anwar di Indonesia melalui majalahnya kerana Anwar dan Goenawan mendapat tajaan sama iaitu The Asia Foundation yang berhasrat mewujudkan rangkaian Islam Liberal di Indonesia dan Malaysia.

Hujah ini diperkuatkan dengan Fathi Aris Omar dan Goenawan Mohamad termasuk dalam kumpulan The Reading Group (RG), yang mendapat tajaan Asia Foundation. Malah nama Al-Mustaqeem Mahmod Radhi,pemilik Middle Eastern Graduates Center (MEGC) iaitu sekutu pemikir Anwar di IKD juga turut disenaraikan.

Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, panel pemikir IKD ini merupakan antara tunjang utama pendokong ‘Islam Liberal Malaysia’ dengan penerbitan buku-buku Pluralisme Agama(sama rata dalam agama)di Malaysia.

Penaja utama Anwar adalah NED
Sudah dikupas tentang penaja-penaja Anwar dan PKR di dalam negara, termasuk KAF, FNF SPF dan Asia Foundation, sekarang timbul persoalan apakah pula penaja terbesar Anwar?

Penaja utama Anwar adalah The National Endowment For Democracy (NED).
NED ditubuhkan pada 1983 semasa pemerintahan Ronald Reagen (Presiden Amerika Syarikat) sebagai “Project Democracy” dengan suntikan dana awal berjumlah USD $65 juta, berpengkalan di 1101 Fifteenth Street, New York, Suite 700 Washington, DC.

Presiden NED ialah kawan baik Anwar bernama Carl Gershman, berbangsa Yahudi, memegang jawatan itu sejak April 1984 hingga sekarang. Selain Paul Wolfowitz, Anwar juga baik dengan Carl Gershman. Menariknya kedua-dua watak ini adalah Yahudi Amerika yang dikenali sebagai rangkaian kumpulan neo-konservatif.

Kumpulan Yahudi Neo-Konservatif terdiri daripada Paul Wolfowitz, Carl Gershman, Doug Feith, Richard Perle, Elliott Abrams, I. Lewis Libby, Robert Zoellick dan lain-lain. Menariknya sebahagian besar daripada senarai itu telah telah ditemui oleh Anwar sama ada perbincangan bersemuka atau berkelompok. Lebih menarik lagi senarai Yahudi ini merupakan pemain di sebalik tabir dalam menentukan dasar-dasar pemerintahan Presiden Bush.

Anwar sering bertemu dan berbincang dengan kumpulan Yahudi Neo-Konservatif itu kerana mereka menguasai dana dan dasar-dasar luar Amerika. Mereka menguasai CFR, ICJ, NED, NDI, CIA, USAID dan pelbagai dana antarabangsa Amerika yang Anwar juga turut terlibat.

Hubungan Anwar dan Carl Gershman
Perkenalan Anwar dan Carl Greshman bukanlah baru, sebaliknya sudah terjalin sejak tahun 90-an lagi. Pada 15 April 1998 , Anwar sebagai TPM telah menyampaikan ucapan mengenai ‘The Asian : Economic & Political Implications’ di Washington, tajaan NED.

Pada 19 Mei 1998, Anwar turut menghadiri forum ‘Democracy : Is It Everyone?’ yang dihadiri oleh Carl Gershman (Founder & Presiden NED), Fareed Zakaria (Managing Editor, Foreign Affairs) dan John M. Ollin (Director Institute for Strategic Studies).

Selepas Anwar dibebaskan dari penjara Malaysia, beliau bertemu lagi dalam The Center for the Study of Islam and Democracy (CSID). Anwar merupakan aktivis CSID manakala Carl Gerhmann merupakan penaja utama badan itu.

Pada 22 hingga 23 April 2005, mereka turut berbincang lagi dalam Persidangan Tahunan CSID Kali Keenam ‘Democracy and Development Challenges for the Islamic World’ yang diadakan di Marriott Wardman Park Hotel, Washington.

Anwar menerima gelaran tokoh “Muslim Democrat of the Year Award 2005″ anjuran CSID. Semua penggerak CSID yang berpengkalan di Amerika. Maksud “Muslim Democrate” adalah golongan muslim yang menolak sistem perundangan Islam dan matlamat menubuhkan Negara Islam.

Pada hari yang sama, Anwar dianugerah ‘Muslim Democrat of the Year’ yang disampaikan oleh Radwan Masmoudi (President CSID). Turut hadir sama adalah Andrew Natsios (Pegawai Tadbir USAID) dan Lorne Craner (Presiden International Republican Institute-IRI).
Dalam program itu Gershman turut menyampaikan ucapan bertajuk ‘Why Muslims Want Democracy’.

Pada 6 September 2005, Anwar dan Gershman menghadiri persidangan ‘From Islamism to Muslim Democracy : The Challenges of Political Inclusion in Muslim Countries’ yang dianjurkan oleh NED dengan kerjasama Woodrow Wilson International Center for Scholars.
Pada 1 Disember 2005, NED menjemput Anwar untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Future of Muslim Democracy’ di New York Democracy Forum.

Ceramah Anwar dalam forum NED itu amat menarik kerana beliau secara terbuka mengecam kerajaan Malaysia sebagai tidak demokratik dan mempelawa Carl dan NED datang sendiri memantau memantau proses pilihan raya yang didakwa beliau tidak adil.

Pada 2 Mac 2006, Anwar bersama Carl menyampaikan syarahan bertajuk ‘Democracy in the Muslim World Priorities and Syarahan Bulanan CSID di Washington DC.
Pada 2 hingga 5 April 2006, NED sekali lagi jemput Anwar berdiskusi dalam persidangan Fourth Assembly of the World Movement for Democracy, di Istanbul, Turki. Diskusi bertajuk ‘Advancing Democracy : Justice, Pluralism and Participation’

Pada 7 Jun 2006 pula mereka berdua berdiskusi di Madison Buliding of the Library, Washington sempena 25th Anniversary of Reagen’s Westminster Address.
Tajuk perbincangan adalah ‘The Legacy of Westminster : Democracy Assistance Since the Founding of NED and the Challenges Ahead’.

Berdasarkan tarikh-tarikh pertemuan seperti di atas, jelaslah hubungan Anwar dan Carl Gershman sangat akrab, bahkah tidak melampau jika dikatakan Carl Gershman menjadikan Anwar sebagai penceramah utama NED dalam menyampaikan tajuk berkaitan Islam dan Demokrasi selaras dengan kehendak Amerika.

Bantuan NED kepada NGO Malaysia
Pada tahun 2004, NED telah membelanjakan USD $325 493 atau RM 1.2 juta untuk bantuan NGO dan pelbagai program di Malaysia.
Bantuan NED itu disalurkan kepada Asian Network for Free & Fair Elections (ANFREL); Asian Human Rights Commission (AHRC), diketuai Mr Basli Fernando; Center for Independent (CIJ) diketuai Sonia Randhawa; Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), diketuai Kavi Chongkittavorn (Thai Journalist Association); Malaysian For Free Election (MAFREL) diketuai Abdul Malek Hussin; Open Dialogue Centre (ODC) diketuai Nurul Mu’az Omar; Malaysiakini.com , diketuai Steven Gan dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) diketuai Yap Swee Seng.

Menariknya semua NGO itu menyokong Anwar Ibrahim. ODC adalah salah satu think tank Anwar yang baru ditubuhkan sebagai alternatif kepada IKD.

ODC dikawal sepenuhnya oleh bekas pegawai khas Anwar iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad. MAFREL pula sering memberi maklumat-maklumat sulit mengenai data-data pilihanraya Malaysia kepada Anwar. Malah, pengerusinya Abd Malek Hussin telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Wan Azizah Wan Ismail.

Malah kecondongan semua NGO ini menyokong Anwar terlalu jelas. Misalnya bekas aktivis SUARAM, Chang Lih Kang, menjadi YB PKR di Perak.

Pada 18 Februari 2006, ODC telah menganjurkan dialog ‘Agenda Ekonomi Baru’ di Pusat Konvensyen KLCC.
Penceramah utama program ODC itu adalah Anwar yang telah menggesa Dasar Ekonomi Baru (DEB) dimansuhkan dengan diganti kepada ‘Agenda Ekonomi Baru’ (AEB). Dasar penolakkan DEB dan diganti dengan AEB merupakan salah satu menifesto yang diperjuangkan oleh PKR.
NED bantu Anwar kuasai Malaysia

Menurut Hernando Calvo Ospina, penulis buku, “Bacardi: the Hidden War” NED merupakan alat instrumen kerajaan Amerika untuk menguasai dunia menggunakan slogan ‘Demokrasi’.
Penulis merumuskan, “Alat ini (NED) mempunyai tujuan yang sama seperti CIA iaitu untuk menimbulkan suasana huru hara kerajaan yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dengan memberikan pembiayaan kewangan kepada pihak pembangkang” .

Sebelum wujudnya NED, peranan itu dimainkan oleh Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID). CIA berwajah ‘hitam’ kerana dikaitkan dengan keganasan dan taktik kotor, manakala USAID berwajah ‘kelabu’ kerana boleh menggunakan taktik kotor dan menjadi berwatak putih sebagai penyumbang derma.

Oleh kerana CIA dan USAID telah dilabelkan sebagai konspirator dunia, berwatak ‘hitam’ dan ‘kelabu’ maka tindakannya sudah tidak berkesan. Pada tahun 1983Presiden Amerika, Ronald Reagan telah menubuhkan NED, yang kelihatan berwatak ‘putih’.

Sejak NED ditubuhkan, badan itu sering digunakan untuk menaja program-program demokrasi di sesebuah negara yang ditarget oleh Amerika. Anggota CIA dan USAID akan berselindung di sebalik tabir NED.

Di Haiti, dalam pilihanraya 1990, NED telah melaburkan $36 juta untuk calon pilihannya iaitu Marc Bazin, bekas pegawai bank Dunia. Walaupun Jean-Bertrand Aristide dipilih oleh rakyat, tetapi kempen media yang ditaja oleh NED dan USAID telah berjaya menggulingkannya pada 1991. Seterusnya NED telah mengangkat calon tajaannya Marc Bazin menjadi Presiden.

NED dilaporkan telah berusaha mencatur pemimpin boneka Amerika di Venezuela, Cuba, Afganistan, Iraq dan lain-lain. Boleh dikatakan hampir semua negara yang tidak menyokong Amerika sebagai super power tunggal akan digulingkan NED dengan bantuan dananya.

Di Malaysia, Amerika telah mensasarkan Anwar Ibrahim sebagai bonekanya kerana hubungan intim Anwar dan Amerika bermula sejak tahun 90-an lagi. Sebab itu, selepas Anwar dibebaskan dari penjara, pada 2004, NED telah membina semula imej Anwar dan menaja secara agresif menjadi penceramah Amerika di peringkat antarabangsa sejak 2005

Dalam PRU ke 12, tiga insrumen Amerika telah terlibat secara langsung dalam membantu Anwar di Malaysia. Tiga instrumen Amerika itu adalah NED, NDI dan IRI. Hasilnya Anwar berjaya mengurangkan majoriti 2/3 kerajaan pada pilihanraya 2008. Serentak dengan itu juga media kawalan Amerika di peringkat antarabangsa telah melabelkan Anwar sebagai ‘key maker’ dan Ketua Pakatan Rakyat.

Kempen media di peringkat antarabangsa masih diteruskan untuk menobatkan Anwar sebagai PM. Dalang Amerika, Israel, telah melobi Anwar “Bakal Perdana Menteri Malaysia” dalam akhbar terbitannya “The Jerusalem Post”.

Teknik melobi nama Anwar di media antarabangsa ini seumpama teknik yang telah digunakan ke atas Marc Bazin di Haiti. Hasil lobi antarabangsa, Marc Bazin telah berjaya dinobatkan Amerika sebagai Presiden Haiti, walaupun pada awalnya beliau telah tewas.

Artikel ini disunting kembali dari artikel bertajuk Where Anwar Gets His Fund By Selling Our Country Klik Armand

16 Februari 2010

Michael Danby, Yahudi, Pejuang Gay yang menyokong Anwar


Bagi menyelamatkan karier politik yang semakin menjunam dan mengekalkan sokongan penyokong parti kepada dirinya, Anwar Atarturk cuba meraih sokongan antarabangsa bagi menunjukkan bahawa dirinya menjadi mangsa fitnah.Akhir-akhir ini di laman blognya setiap hari di siarkan sokongan dan simpati dari pihak luar ke atas dirinya dalam menghadapi kes liwat dengan Saiful Bukhari Azlan.

Semua surat dan sokongan tersebut memberi mesej bahawa Anwar menjadi mangsa konspirasi politik. Namun yang anehnya hampir kesemua penyokong-penyokong Anwar di luar negara tersebut terbabit dalam lingkaran memperjuangkan hak kebebasan gay / lesbian dan mempromosi pluralisme agama di seluruh dunia.


Kini dilaporkan 50 ahli Parlimen Australia telah mengesa kerajaan Malaysia menggugurkan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim, dengan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby kumpulan ini cuba mengajar Malaysia tentang demokrasi dan kebebasan seperti yang di amalkan di negara mereka.Tindakan Michael Danby dan ahli Parlimen Australia itu menyebabkan Anwar dan penyokong tegarnya termasuk di dalam PAS memperbesarkan gesaan ahli Parlimen tersebut, seolah-olah Anwar mendapat sokongan luar biasa dari pihak luar . Klik Sini dan sini.

Menjadi persolan siapa sebenarnya Michael Danby yang cuba diangkat hero baru yang membela Anwar ini, menurut laman wikipedia Michael David Danby merupakan seorang ahli politik Australia dari Parti Buruh Australia semenjak Oktober 1998, yang mewakili kawasan mengundi Port Melbourne, Victoria. kawasan itu merupakan antara kawasan yang mempunyai bilangan pengundi dari kelompok gay lesbian dan Yahudi tertinggi di Australia.Danby lahir di Melbourne, Victoria dan melanjutkan pengajian di Melbourne University.



Pernah menjadi presiden Presiden Mahasiswa Universiti Melbourne dan juga sebagai Presiden Kesatuan Mahasiswa Yahudi Australia.Pernah menjadi Penolong Setiausaha Peribadi Barry Cohen, seorang menteri dalam kerajaan Bob Hawke 1983-84, dan Editor akhbar Australia-Israel Review pada 1986-93.Pernah menjadi penasihat menteri Alan Griffiths, Menteri Perindustrian dalam kerajaan Paul Keating, 1993-94.

Beliau dikatakan banyak memberi dorongan kepada Paul Keating dan Bob Hawke untuk menyerang Mantan Perdana Menteri Malaysia sewaktu itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed disebabkan tindakan Tun Dr. Mahathir yang banyak membela Palestin dan mengecam Israel.Danby merupakan satu-satunya ahli Parlimen Australia dari kelompok Yahudi sehingga tahun 2007 apabila semakin ramai orang Yahudi Australia dipilih sebagai pewakilan seperti Mark Dreyfus.Beliau sering bercakap dan memperjuangkan sokongan kepada Israel dan menengtang tindakan Anti semitik.

Tahun 2005, apabila terdapat jurnalis , Antony Loewenstein, yang memperlekeh dan kritikal terhadap komuniti Yahudi Australia, Danby telah mengambil tindakan menyatukan komuniti Yahudi di Australia memboikot pernerbit buku tersebut iaitu Melbourne University Press. Beliau menggangap sikap penulis tersebut dalam membincangkan isu konflik Israel-Palestin lebih kepada propaganda anti Israel.

Dalam ucapan beliau di Parlimen Persekutuan pada Disember 2008, ekoran terjadinya peristiwa serangan Mumbai November 2008, Danby menyatakan adalah penting untuk mengingati nama-nama mangsa dan kematian Rabi Gavriel Noach Holtzberg, Rivka Holtzberg dan yang lainnya kerana mereka adalah Yahudi."saya bangun bersuara di dewan parlimen ini dan memuji memori kematian orang-orang tidak berdosa yang terkorban di di Mumbai Ch hanya kerana mereka adalah orang Yahudi” kata Danby sewaktu sidang Parlimen tersebut.

Ketaksuban beliau terhadap agama Yahudi menyebabkan majlis perkahwinan Yahudi diadakan buat pertama kalinya di bangunan Parlimen Australia.Di Australia beliau dan Mike Kelly dianggap sebagai orang yang bertangungjawab melobi Kerajaan Australia agar memberikan sokongan kepada Israel dan Zionis. klik sini

Melalui lobi-lobi Yahudi yang diusahakan oleh Danby dan Kelly dan termasuk La Gilladine orang Yahudi di Australia dapat mengawal politik Australia mengikit apa yang diingin zionis, begitu juga dengan dasar luar negeri Australia. Klik sini. Danby juga banyak memberi dokongan dan sokongan keatas tindakan kekejaman Israel kepada Palestin di Gaza.

Selain tokoh kepada kumpulan Yahudi Danby juga merupakan tokoh yang memperjuangkan keadilan kepada golongan gay/lesbian di Australia.Banyak usaha telah dilakukan oleh Danby untuk memperjuangkan hak kelompok homoseksual di Australia.

Pada Disember 2003, Danby pernah mengkritik kerajaan Howard kerana melakukan dikriminasi keapada kelompok gay, disebabkan Howard gagal memperjuangkan hak golongan Gay dalam beberapa isu menyebabkan kumpulan gay/lesbian di Australia mengambil tindakan menyokong Danby dan parti buruh dalam pilihanraya Australia.

Disebabkan Danby juga Jawatankuasa Hak Asasi Manusia (PBB ) pernah mendapati bahawa Australia berada dalam keadaan pelanggaran hak asasi manusia antarabangsa kerana kerajaan Australia mewujudkan peraturan pasangan Gay tidak boleh menerima pencen daripada pasangan mereka yang meninggal dunia. Rujuk kepada kes Edward Young, seorang gay dari Sydney Australia yang merupakan veteran perang dunia ke II .





Dia telah meminta kerajaan meluluskan pencen dari pasangannya yang telah gagal diberikan oleh pihak kerajaan.Michael Danby lancarkan Tahun 2003 bagi menunjukkan sokongannya kepada kelompok hubungan Gay/lesbian beliau telah melancarkan RainbowAwards, majlis anugerah khusus untuk kelompok gay/lesbian di Australia.



Bagi menunjukkan beliau komited memperjuangkan nasib kelompok Gay Australia beliau telah melantik seorang wartawan dan aktivis dari kelompok gay sebagai pegawai pembantunya."Saya gembira Adam sudi berkerjasama dengan saya bagi pemilihan akan datang,

”"saya tahu bahawa komuniti gay dan lesbian merupakan kelompok penting daripada bilangan pengundi di Melbourne Port, dan Adam mempunyai pengalaman hebat dalam memperjuangkanhak-hak gay dan lesbian, dan saya percara dia akan dapat membantu membantu saya mewakili komuniti lebih berkesan. " kata Michael Danby.

Adam Carr telah menjadi aktivis gay dan wartawan sejak akhir tahun 1970. Pernah menjadi editor majalah homoseksual Australia. Bagi memenangi kelompok Gay di Australia, Danby juga pernah mengambil bahagian dalam perarakakan gay di Sydney dan Melbourne, bagi mendesak masyarakat mengiktiraf kelompok tersebut dalam masyarakat.

Berdasarkan fakta ini sebenarnya adalah tidak menjanggalkan jika ahli Parlimen Australia mengambil tindakan membuat bantahan terhadap kerajaan Malaysia kerana mendakwa Anwar Ibrahim.

Anwar dan Danby sebenarnya saling mengenali, sewaktu dialog antara agama di Australia Disember 2009 sebelum ini yang membincangkan pentingnya pluralisme agama, kedua tokoh ini sempat berbincang dan bersua muka antara satu sama lain.

Bukanlah suatu yang janggal sebenarnya apabila seorang pejuang gay dan Yahudi membela Anwar Ibrahim, tetapi adalah suatu yang janggal jika ada kelompok masyarakat islam sanggup bersama-sama bertakbir membela keburukan yang dilakukan Anwar Ibrahim.

01 Februari 2010

Anwar dianggap pemimpin Pro kuasa barat - American muslim

Politik dalam negeri di Malaysia agak tegang dengan beberapa kejadian yang mengangu gugat keharmonian beragama, dari peristiwa pembakaran Gereja hingalah beberapa kejadian lain yang dianggap dunia global sebagai melanggar hak kebebasan beragama.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan salah seorang pemimpin yang dianggap pro kuasa barat oleh masyarakat dunia dan membawa islam versi baru kepada umat islam yang tidak inginkan pendekatan fundamental.

Selain itu beliau juga merupakan eminensia abu-abu di belakang parti pembangkang utama, melalui Parti Keadilan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat - PKR) yang diterajuinya.

Sesungguhnya Anwar telah menggunakan sentimen pembakaran gereja sebagai isu profil quality untuk menyalahkan pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak .


Baik Anwar dan Najib, keduanya menghadapi dilema dalam negara bahawa majoriti Malaysia adalah Muslim yang ingin mengekalkan kuasa yang dimiliki, namun kaum minoriti terutamanya Cina yang sebahagian besar Kristian, juga perlu didekati untuk memenangi pilihanraya umum.

Cara untuk menarik kumpulan ini adalah dengan menyalahkan etnik lain dengan menimbulkan persepsi kekerasan dan penindasan antara satu sama lain.

Sebagai ketua parti yang memerintah, kerajaan Malaysia melalui Najib telah mengambil usaha memperkenal konsep pemerintahan bersama dengan memperkenal slogan 1Malaysia untuk mengatasi persaingan etnik, terutama untuk menghalang atau mengurangkan eksploitasi agama sebagai senjata oleh pihak pembangkang.

Anwar sehingga hari ini seringkali mendakwa kerajaan melakukan penindasan. Saat ini antara konflik yang paling panas di Malaysia ialah isu melarang orang Kristian dari mengunakan perkataan kalimah Allah sebagai Tuhan orang Kristian.
Mahkamah Persekutuan mengangap keadaan itu sebagai inkonstitusional penolakan kebebasan beragama di Malaysia, melalui keputusan Hakim Lau Bee Lan baru baru ini.

Di Malaysia orang Melayu secara formal adalah sebagai muslim, sama seperti juga keadaan orang Bosnia, seperti yang dibahas dalam tulisan-tulisan dan pidato-pidato awam pada awal dan pertengahan 1990-an. Dari situ keadaan orang Melayu dan Bosnia seakan sama, sesunguhnya hubungan etnik dan agama tidak dapat dipisahkan.

Ini menjadikan kedudukan agama menjadi begitu kuat di sisi perlmbagan, namun ia boleh di manipulasi bagi tujuan politik

Samada dari sebelah parti pemerintah atau pun pembangkang pimpinan Anwar, kedua pihak akan saling bersaing untuk memperolehi keuntungan politik, walaupun cara yang dilakukan adalah lari daripada nilai normal masyarakat.

Di peringkat global keadaan yang sama juga terjadi, isu umat islam pengganas selalu disebut dan dijaja. Namun adalah tidak mustahil sebenarnya orang islam hanya dijadikan kambing hitam oleh pihak lain demi kepentingan politik.

Hari ini pihak barat selalu menyalahkan orang islam sekiranya sesuatu perkara negatif terjadi dan perang dunia keempat ciptaan barat sebenarnya telah bermula pecisan apinya melalui ungkapan teroris kepada umat islam, Afganistan dan Iraq merupakan tapak latihan perang ini oleh Amerika dan barat.

Jika Malaysia negara yang kaya dan antara paling maju di kalangan negara islam boleh runtuh suatu hari nanti, tentu ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Ada kemungkinan Al-Qaeda akan memainkan peranan di Asia Tenggara selepas ini untuk membolehkan Amerika menguasai Asia Tenggara, walaupun tidak jelas siapa pengatur sebenarnya, namun yang pasti keadaan itu akan berlarutan.

#Artikel ini ditulis dan disunting semula dari tulisan Dr Robert D. Crane yang tersiar di American Muslim.