27 Mac 2010

Anwar di LSE ; Pluralisme Agama, murtad dan kebebasan beragama.

Anwar Ibrahim sewaktu berucap di London School of Economics, pada 18 Mac 2010 lalu dengan yakin telah memprmomosi Pluralisme Agama sebagai satu method untuk menyatukan krisis yang wujud ekoran kepelbagaian agama di dunia.

Dalam ucapan yang bertajuk Religion and Pluralism in a Divided World, Anwar telah memulakan ucapan dengan mengkritik kelompok agama yang pada anggapannya terlalu jumud dengan pemikiran yang konservatif.

Menariknya ucapan Anwar di London kali ini ialah Anwar dengan berani mengeluarkan pandangan bahawa Pluralisme Agama merupakan jalan penyelesaian kepada kepelbagaian agama di seluruh dunia. Sebelum ini dimana-mana forum yang membincangkan isu timur dan barat sama ada di Ausratalia, Doha mahupun di Amerika, Anwar agak berlapik melontarkan pandangannya mengenai Pluralisme Agama.

Pandangan Anwar mengenai Pluralisme Agama ini kalau kita amati adalah selaras dengan apa yang pernah diangkat oleh pemikiran Syed Hosien Nasr seorang tokoh Pluralisme Agama yang kini mengabdikan diri di George Town Universiti, Amerika Syarikat.

September tahun lepas Anwar pernah berkesempatan bertemu dengan Syed Hossein Nasr, hingga ada di catit dilaman blognya bahawa dia begitu teruja dapat bertemu dan memperolehi buku dari orang yang melontarkan idea Pluralisme Agama tersebut. Klik sini dan sini .

Disebabkan kepercayaan Anwar kepada idea Pluralisme Agama ini, sewaktu ucapannya di London beliau telah mengkritik umat islam yang takut dengan idea Pluralisme Agama.


“Sebagai umat Islam, ia akan terus menjadi masalah orang-orang yang menolak nilai kebebasan bercakap, kebebasan berpesatuan, demokrasi, dan kebebasan hati nurani. Mereka melihat budaya pluralisme agama sebagai sebahagian daripada konspirasi besar oleh 'orang lain' terutama orang Kristian untuk memurtad dan menukarkan akidah kelompok Muslim. Pluralisme juga merupakan taktik penyeludupan demokrasi gaya Barat melalui pintu belakang.” Kata Anwar dalam ucapan tersebut.

Anwar seperti ucapan dimana-mana forum demokrasi di dunia islam sebelum ini juga sekali lagi memuji Turki dan Indonesia kerana mengamalkan kebebasan seperti yang dikehendaki negara barat.
Ketaksuban Anwar kepada dua negara ini tidaklah mengejutkan kerana dua negara ini sememangnya berkiblatkan Amerika, malah di Indonesia sewaktu Abdul Rahman Wahid dilantik menjadi Presiden, beliau dan kelompoknya yang bertanggungjawab mengangkat islam Liberal dan Pluralisme agama dipraktikkan di seluruh Indonesia.

Kini perbagai pertubuhan islam liberal dan Pluralisme Agama berkembang pesat menyebarkan ideologi mereka di Indonesia seperti Wahid Institut dan Islib, malah jaringan islam liberal menyusup masuk ke hampir seluruh organ politik dan institusi di Indonesia. Lantaran itu sememangnya Allah bisa digunakan diseluruh Indonesia kerana ia mendapat dokongan dari pemerintah dan parti politik yang diperanguhi oleh kelompok islam liberal. Manakala kelompok Gay dan Lesbian dibenarkan menyuarakan pandangan oleh pemerintah. Klik sini


Manakala di Turki , barat telah melabelkan pemimpin Turki Erdorgan sebagai pemimpin islam Moderate, kerana sanggup berpaksikan kepada Amerika dari berpaksikan kepada islam sebenar. Buktinya sehingga atas nama kebebasan pertubuhan gay dan lesbian aktif dibiarkan di seluruh Turki, manakala polisi dasar luar negara yang digubal Erdorgan lebih pro kepada Amerika, dan jauh berbeza dengan apa yang pernah dipraktikan oleh pemimpin Islam Erbakan (yang Pro negara islam berbanding Amerika) dari parti Kebajikan yang pernah memerintah Turki suatu ketika dahulu, (sebelum dijatuhkan oleh tentera).

Teks ucapan Anwar yang mempromosi Pluralisme Agama boleh dibaca melalui sini.

Sewaktu sesi soal jawab pula Anwar telah ditanya beberapa pandangan antaranya ;

apa yang Anwar akan dilakukan jika dia berkuasa. Adakah ia membenarkan umat Islam untuk meninggalkan Islam?

Anwar denggan yakin mengatakan, bahawa isu tersebut bertentangan dengan asas kebebasan beragama dalam Islam bahawa setiap orang akan dipaksa untuk tetap muslim ketika dia atau dia tidak percaya, kerana ia akan melahirkan kemunafikan dalam masyarakat.

Anwar kemudiannya melemparkan beberapa nama, ulama Islam yang seharusnya diikuti sejajar kehendak Maqasid Syariah (namun gagal untuk menyebutkan bahawa tiada seorang pun tokoh islam yang menentang hukum murtad).

Soalan berikutnya Anwar ditanya apakah perlembagaan harus diubah untuk membenarkan kebebasan beragama.

Dia menjawab bahawa bahawa kebebasan beragama itu diabadikan dalam perlembagaan, tetapi memperakui Islam adalah agama rasmi persekutuan. Oleh kerana itu masalah adalah penolakan hak. Oleh itu pada Anwar ketetapan bahawa semua Melayu adalah Muslim merupakan penyebab kontradiksi atau wujudnya masalah. Situasi itu menurut Anwar, ia hanyalah politik dan tidak mencerminkan keyakinan sebenar dalam Islam.
Anwar kemudiannya mengubah perbicangan dengan mengatakan orang Malayu yang paling ramai terlibat dalam rasuah sehingga Islam dianggap hanya budaya dan kepura-puraan.

Seterusnya Anwar ditanya bagaimana Anwar akan menyelesaikan permasalahan pendekatan hukuman syariah dan pandangan fundamentalis yang dipegang oleh PAS.
Anwar mengatakan bahawa beliau sangat tidak bersetuju bahawa PAS sebuah parti fundamentalis. Kerana menurut Anwar dalam isu masalah Allah, PAS menentang keputusan untuk mengehadkan penggunaan kata Allah untuk umat Islam sendiri. Malah Anwar kemudian menyatakan bahawa PAS telah benar-benar melupakan isu berkaitan penubuhan negara Islam.

Itu antara soalan dan perbicangan yang dikemukakan sewaktu sesi dialog tersebut, Apa yang boleh dikatakan pandangan Anwar ketika menjawab isu-isu tersebut sememangnya membawa maksud Anwar ingin melaksanakan agenda yang besar untuk Malaysia, sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Gus Dur di Indonesia selepas pasca reformasi 1998. Klik sini dan sini untuk ikuti perihal Gus Dur

Dari soal kebebasan beragama, isu kalimah Allah hinggalah peraturan hukuman Syariah, Anwar telah memanipulasikan Maqasid Syariah untuk menunjukkan bahawa idea yang dilontarkannya adalah selari dengan tuntutan islam. Walhal hakikatnya ucapan Anwar di London School Of Economics (LSE) itu telah membuktikan bahawa beliau merupakan pemimpin islam Moderate yang dibentuk untuk agenda Amerika melalui projek Rand Corporatian, Amerika Syarikat.

#Artikel ini dihasilkan berdasarkan sumber yang boleh di dapati di Sini, sini dan sini.

19 Mac 2010

Anwar, Jeremy Conby dan Paul Martin adalah pejuang LGBT ( Lesbian, GAY, Transgender)


Apa yang diperjuangkan Paul Martin, Anwar dan dan Jeremy Conby adalah selari, jesteru itu tidak menjangalkan sekiranya mereka saling memberi sokongan antara satu sama lain.

Anwar Ibrahim di dalam blognya memaparkan bahawa seorang lagi pemimpin barat iaitu Jeremy Cornby telah menyokongnya dalam isu membabitkan perbicaraan liwat.

Melalui House of Commons Jeremy telah mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan kes terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta menghentikan usaha menekan dan mendakwa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Usul yang dikenali sebagai "Early Day Motion" tersebut di bawa oleh Jeremy Corbyn, Ahli Parlimen Islington North daripada Parti Buruh Isnin lalu.

Sebelum ini, Anwar juga difahamkan telah mendapat simpati dari bekas telah Perdana Menteri Kanada Paul Martin. Menurut Paul Martin “Sebagai sebuah negara demokratik yang menghormati hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa, Anwar juga harus diberikan kebebasan untuk melaksanakan visinya,” kata bekas Perdana Menteri Kanada tersebut di dalam :The Globe and Mail:, sebuah portal berita di negara di Amerika utara itu.

Di Australia pula melalui Michael Danby, sekumpulan ahli Parlimen Australia mendesak kerajaan Malaysia mengugurkan kes liwat yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari, dan kita telah mengetahui kisah sokongan Danby ini melalui artikel sebelum ini.

Tindakan Anwar yang sanggup meminta pertolongan asing sewaktu berdepan kes liwatnya menimbulkan tanda-tanya di perkiraan kita. Lebih-pebih lagi rangkaian Anwar, meminta kes perbicaraan liwat tersebut digugurkan.

Cuba kita teliti siapa sebenarnya yang sedang membela Anwar saat ini, dan membuat analisis mengapa Anwar mempunyai hubungan yang akrab dengan mereka.
Jeremy Corby yang dikatakan mendesak kerajaan Malaysia mengugurkan kes liwat merupakan seorang pejuang hak kaum minority di Britain.

Juga merupakan ahli Parlimen dari parti buruh yang cenderung menyokong hak kaum gay dan lesbian di Britain.

Pada tahun 1998, sewaktu pengundian Pindaan untuk memberi hak kesamarataan kepada kelompok gay dan lesbian, Jeremy merupakan penyokong utama pindaan tersebut di Parlimen Britain. Klik sini dan sini

Jeremy juga secara konsisten di Parlimen Britain menentang tindakan Iran yang menyekat hak golongan gay dan lesbian mengamalkan cara hidup mereka dan tindakan Presiden Ahmedinejad yang menyekat kebebasan media di Iran.

Bagi memberi ruang kepada kumpulan gay Iran menikmati kehidupan, melalui UK Lesbian and Gay Immigration Group (UKLGIG) masyarakat Gay Iran telah diberi pertolongan untuk berhijrah ke Iran dan memperolehi kebebasan sebagai kumpulan masyarakat minority.Klik sini .

Parti Buruh yang menjadi tempat Anwar meminta simpati ahli Parlimennya pula telah memberi ruang besar kepada kelompok Gay untuk diangkat menjadi ahli parlimen, malah kumpulan khas dibentuk bagi member tempat kepada kumpulan ini yang diberi nama LBGT Labour. klik sini.
Malah parti buruh telah pernah mengambil alih acara perarakan Gay bagi membuktikan mereka memperjuangkan hak kaum sejenis di Britain. klik sini.

Berdasarkan senario ini apakah yang pelik sangat sekiranya Ahli parlimen dari Parti Buruh dan mewakili kawasan Islington Utara ini mengambil tindakan menyokong Anwar dan mendesak digugurkan kes liwatnya. Kerana sememangnya dia begitu prihatin jika seorang pengamal hubungan sejenis terlibat dengan dikriminasi pada perkiraanya.

Jeremy juga merupakan kawan baik dan penyokong kepada Ayodeji Oyebade seorang aktivis gay kulit hitam di United Kingdom yang juga merupakan pejuang semarataraan gay kulit hitam di Britain. klik sini.
Itu kisah Anwar yang mendapat simpati di Britain, di Kanada pula dihebohkan oleh penyokong Anwar bahawa bekas Perdana Menteri Kanada itu juga membela Anwar. Cuba kita teliti apakah maksud yang diucapkan Paul Martin sewaktu membela Anwar ini :

“Anwar juga harus diberikan kebebasan untuk melaksanakan visinya,”

Sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Kanada, Paul Martin telah melaksanakan rang undang-undang yang membenarkan perkahwinan sesama sejenis mengikut undang-undang sivil. Baca sini teks ucapan Paul Martin saat dia melobi kepada pewakilan di Parlimen Kanada agar menyokong usahanya untuk mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Ekoran tindakan Paul Martin ia telah menyebabkan berlaku perdebatan hangat di kalangan ahli politik di Kanada malah pihak gereja pun mengkritik keras tindakan kerajaan Kanada tersebut.

Gordon Young, seorang Pastor The First Assembly of God Church in St. John’s, Newfoundland, mengatakan bahawa beliau amat kecewa dengan tindakan Paul Martin melaksanakan rang undang-undang perkahwinan sejenis tersebut.

"Ini hari yang menyedihkan bagi negara kita, Kami percaya bahawa menukar definisi perkahwinan adalah menentang kehendak pencipta" kata Young kepada TV CBC meluahkan kekecewaan tindakan kerajaan Kanada semasa itu.

Jesteru itu, apakah maksud Paul Martin yang meminta pihak berkuasa di Malaysia menghormati visi Anwar seperti yang dikatakannya.

Adakah Paul Martin memahami bahawa Anwar juga ingin melaksanakan perkara yang sama di Malaysia, sebab itu dibelanya Anwar habis-habisan. Lebih lebih lagi akhir-akhir ini Anwar selalu melaungkan perkataan kebebasan dan hak asasi.

Suatu kesamaan diantara rantaian yang dimiliki oleh Anwar dan kelompoknya ialah mereka sangup mengenepikan kumpuan agama bagi mencapai matlamat sebenar agenda mereka. Jika di kanada Paul Martin sanggup mengenepikan pendapat golongan gereja berkaitan isu perkahwinan sejenis.

Di Malaysia Anwar juga melakukan perkara sama dalam isu kalimah Allah, dan tidak mustahil beliau akan melakukan perkara yang lebih dasyat lagi sekiranya kuasa memerintah ditangannya.

09 Mac 2010

Anwar Ibrahim, Aminah Wadud dan kebebasan Wanita


Menurut laman Era muslim pada hari Ahad lepas sekumpulan perempuan Muslim di Amerika telah mencuba untuk melaksanakan solat di ruang solat utama yang kebiasaanya menjadi tempat solat kaum lelaki- di masjid Agung Islamic Center Washington.

Salah seorang perempuan yang mencuba solat di ruang utama Masjid tersebut bernama Fatma Thompson yang telah memeluk Islam semenjak 18 tahun lalu mengatakan: "Kami ingin menghilangkan halangan dan membolehkan para perempuan dapat solat di belakang laki-laki di ruang solat utama masjid.

Fatma juga mengatakan: "Kami menentang pemisahan atas dasar jenis jantina, kerana hal tersebut tidak sihat dan tidak mencerminkan masyarakat kita," katanya.

Ini merupakan cubaan kali kedua kaum perempuan mencuba melaksanakan solat di ruang utama masjid Agung Islamic Center Washington, pada bulan Februari lalu sekitar dua puluh orang perempuan telah melakukan tindakan yang sama di dewan solat utama yang biasanya khusus untuk lelaki.

Tindakan kumpulan islam di Amerika ini melakukan perkara yang diluar kebiasaan umat islam lakukan sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini telah wujud kontoversi membabitkan Amina Wadud, seorang Profesor Pengajian Islam di Virginia Commonhealth University, yang mengimami solat Jumaat pada tahun 2005 yang dilakukan di Synod House, Gereja Katedral St. John, Manhattan, New York.

Kumpulan Islam liberal di Amerika ini sesunguhnya begitu aktif melakukan ijtihad supaya apa yang diperjuangkan mereka ini adalah selari dengan ajaran islam.

Pada mereka islam yang ada sekarang terlalu konservatif dan seakan menindas hak perempuan.

Anwar Ibrahim sewaktu menjadi Presiden UIA pernah memberi ruang yang besar kepada kelompok ini untuk menyebarkan ideologinya apabila telah membawa masuk tokoh-tokoh islam ala Amerika seperti Amina Wadud dari IIIT Virgina Amerika Syarikat.

Amina sememangnya seorang tokoh Islam Liberal dari Amerika Syarikat yang telah diambil kontrak mengajar dari tahun 1989 hingga 1993 di Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya.

Sila klik sini untuk memahami kenapa semenjak dilantik sebagai Presiden UIA pada 1998, Anwar membawa masuk tokoh-tokoh islam yang lebih cenderung kepada islam Ala Amerika (islam Liberal ) ke Malaysia.

07 Mac 2010

Anwar, NED dan Ahmad Awang - Siapa pengaruhi siapa?




Runtuhnya World Trade centre pada 11 September 2001 menyaksikan dunia di momokkan islam merupakan agama yang menganjurkan keganasan. Tragedi kecelakaan itu menyebabkan Amerika dan barat menyerang sejauh mungkin agama islam hingga imej orang islam tercemar di seluruh dunia.

Sesiapa yang mempunyai kaitan dengan islam samada nama atau pelauan akan menghadapi tindakan dikriminasi dan syak wasangka dari pelbagai pihak di dunia barat, dalam tempoh ini pelbagai penyesuaian dilakukan negara islam bagi membuktikan bahawa mereka bukan tergolong dan pendokong kumpulan pengganas islam seperti di bawa oleh barat.

Bermula tarikh itu juga barat seakan menjadikan ia sebab untuk merangka pelan menguasai dunia islam kerana menyedari idealis sosialisme /komunis telah lebur di tangan komspirasi barat dan tidak lagi mampu menjadi ancaman.

Bermula dari titik tersebut islam telah dilabelkan dengan pelbagai nama seperti kumpulan garis keras dan garis lembut. Suatu istilah yang tidak pernah wujudpun sebelum ini dalam penakrifan islam. Tatkala dari situ juga barat secara diam-diam telah mewujudkan kumpulan garis tengah yang bermatlamat membawa islam liberal atau moderate muslim kepada ruang yang lebih besar didunia islam.

Modus operandi rahsia ini dilaksanakan sepenuhnya dibawah agensi yang ada kaitan dengan institusi tajaan Amerika, ditunjangi oleh National Endowment for Democracy (NED) sebuah agensi yang mengambil alih peranan CIA bagi mengaburi mata musuh Amerika.


Melalui NED Istilah Demokrasi telah dijadikan senjata utama kumpulan ini untuk menguasai dunia islam seperti kaedah kapitalis yang digunakan Amerika untuk menghancurkan idelogoli komunis/sosialis di eropah Timur dan Kesatuan Soviet.

Menurut Philip Philip Agee atau nama sebenarnya Philip Burnett Franklin Agee merupakan seorang bekas pegawai CIA mulai tahun 1957 dan meninggalkan agensi perisikan itu pada tahun 1968. Klik sini

Menurut Agee lagi, CIA telah menghulurkan wang kepada NED untuk menjalankan kerja-kerja yang pernah dimainkan oleh CIA semasa tahun 70-an. NED hari ini menurut beliau dikenali sebagai CIA wajah baru yang banyak menjalankan operasi-operasi sulit di luar negara dengan bertopengkan "Projek Demokrasi".

Di NED mereka telah membentuk Kumpulan moderate muslim dari kalangan tokoh-tokoh islam yang menepati criteria mereka, lingkungan peminpin ini sekiranya ingin dilihat secara mudah berada di konsvesyen-konvesyen yang dihadiri Anwar Ibrahim seperti sidang islam dan barat dihadiri Anwar di Doha Qatar, Perth dan Amerika Syarikat.

Kesemua tokoh-tokoh ini sekiranya dinilai satu persatu berpaksikan kepada fahaman islam liberal dan kebiasaannya mendokong prinsip demokrasi barat dan sepadu dengan pemahaman hak asasi anjuran barat dan bersifat pro pluralisme agama. Tokoh intelektual islam seperti Syed Hossien Nasr dianggap orang penting kumpulan ini untuk mengerakkan agenda islam ala Amerika.

Amerika dan barat melalui media yang berada dibawah kekuasaannya akan mempromosi tokoh2 yang wujud melalui kumpulan ini untuk diangkat sebagai hero baru umat islam dengan matlamat akhir tokoh tersebut mampu diangkat sebagai ketua kerajaan di negara islam.

Melalui NED dan lingkarannya tajaan diaturkan dengan pelbagai program untuk membantu kelompok ini mendapat tempat di dunia islam. Di Malaysia cuba kita perhatikan siapa yang menaja Institut kajian Dasar milik Khalid Jaafar yang menjadi kumpulan pemikir kepada Anwar, begitu juga dengan Anwar Ibrahim Club (AIC) kumpulan yang menjadikan Anwar sebagai Idola. Adalah jelas kedua kumpulan ini dibiayai oleh dua buah yayasan Jerman yang memainkan peranan yang sama dengan apa yang dilakukan oleh NED di Amerika.

Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan tokoh islam yang berada diluar lingkungan muslim moderate ini akan di anggap sebagai kumpulan garis keras dan musuh kepada barat dan Amerika.

Lantaran itu ia menyebabkan ramai tokoh islam mengambil tindakan yang di lihat selari dengan apa dilakukan oleh kelompok muslim moderate kecuali beberapa pihak seperti Iran yang begitu berani melawan agenda Amerika. Di Malaysia apa yang berlaku terhadap PAS ia tidak terkecuali, sedikit demi sedikit muslim moderate mula menguasai.

Sehari dua ini apabila bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Ustaz Ahmad Awang mengecam Ahli Parlimen Bagan Serai kerana keluar dari parti kerana tidak sependapat dengan isu kalimah Allah yang diperjuangkan Anwar. Difahamkan Ahmad Awang sanggup solat hajat ke atas YB Mohsin kerana dikatakan telah khianat perjuangan, oleh itu kita dapati Ahmad Awang sanggup membela kebobrokan yang dilakukan Anwar dalam isu kalimah Allah berbanding menyatakan yang hakiki seperti dilakukan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato Haron Din.

Timbul satu tanda tanya adakah Ahmad Awang juga menyokong apa yang dilakukan oleh NED dan Amerika ke atas dunia islam, kerana Anwar merupakan tokoh yang diljaja oleh NED untuk mempromosi demokrasi di dunia islam atau Ahmad begitu takutkan barat kerana isu label terroris cetusan barat hingga terpaksa mengambil perkiraan politik yang salah dengan mengikut apa yang dilakukan Anwar Ibrahim.

Adalah mustahil tokoh agama itu tidak mengetahui NED dan segala gerak geri perjalanan Anwar ke NED, kerana Persatuan Ulama Malaysia organisasi yang pernah dipimpinannya begitu tegas memerangi islam liberal di Malaysia.

Tidak guna jika Ahmad dan PUM hanya berani menghentam Sister in Islam tetapi Godfather islam liberal di Malaysia sedikit pun tidak ditentang apa lagi disentuh.

Adakah Ahmad Awang sedang bermain politik demi menyelamatkan kawan baiknya?


03 Mac 2010

Gempa bumi dalam PKR kerana adanya Anwar?


Kota Pompeii merupakan kota yang dikatakan maju dan makmur yang pernah wujud sewaktu peradaban Romawi . Ia menjadi kota yang sangat diminati golongan pemerintah dan kelompok bangsawan. Namun akhirnya kota yang sangat indah itu menjadi kota penuh kemaksiatan. Setiap pelosok kota istimewa itu dikatakan penuh dengan pelacur dan budak lelaki yang disediakan untuk di liwat.

Cara hidup kemaksiatan penghuni dan pengunjung kota Pompeii turut terawet dalam batuan gunung berapi dan beberapa perbuatan perzinaan dan homoseksual turut terakam di celah batuan.

Kerana amalan songsang pemimpin dan penghuni kota tersebut akhirnya ia ditimpa malapetaka gunung berapi yang maha dasyat. Orang Romawi memanggil gunung berapi tersebut Vesuvius yang meletup pada tahun 79 Masihi dan menghancurkan seluruh kota Pompeii itu sebagai Gunung Peringatan (The Mountain of Warning) kerana dipercayai ia merupakan peringatan dan balasan dari Tuhan.


Pada masa itu dikatakan gempa bumi yang kuat berlaku hingga meruntuhkan bangunan-bangunan yang dibina oleh tamadun pada masa tersebut.

Dalam al-Quran, Injil dan Taurat secara tekstualnya menyebut malapetaka yang amat dahsyat telah menimpa kaum Nabi Lut yang tinggal di kota Sodom (as-Sadum) kerana kegiatan homoseksual yang dilakukan mereka.


Keengganan mereka mengikut dan engkar arahan Nabi Lut akhirnya menyebabkan Kota Tersebut diterbalikan menjadi air laut

Kini kota Sodom tenggelam dalam Laut Mati yang kini terletak di wilayah antara Jordan dan Israel akibat balasan Tuhan terhadap maksiat dan perkara yang keji yang dilaksanakan oleh penduduk Kota tersebut.

Gempa bumi yang dahsyat dikatakan berlaku pada masa itu dan diikuti dengan gelombang tsunami dari Laut Mati yang menyapu kawasan pesisir pantai dan menenggelamkan beberapa bahagiannya termasuk kota Sodom.

kisah Kaum Lut ini disebut dalam ayat al-Quran termasuk: (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). Ketika saudara mereka Nabi Lut, berkata kepada mereka:

Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku. Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia.


Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)! Mereka menjawab: Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!

Nabi Lut berkata: Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu. (Nabi Lut berdoa): Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu.

Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya (semuanya);

Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.

Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).

Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.

Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. (Surah asy-Syu'ara'a: 160-174)

Banyak lagi contoh malapetaka yang menimpa selepas diberi amaran oleh Tuhan melalui nabi atau rasul-Nya seperti yang tertimpa kaum Nabi Nuh, kaum Thamud, Kaum Aad dan sebagainya.

Pemahanan terhadap agama ini menyebabkan ramai ahli agama dalam semua agama melihat malapetaka tsunami yang berlaku di laut Andaman hingga Acheh yang telah mengorbankan lebih 100,000 jiwa merupakan peringatan Tuhan.

Sejurus tsunami di Acheh belaku Reuters pada masa itu melaporkan ketua paderi Israel, Shlomo Amar berkata: ``Ia (malapetaka tsunami) merupakan ekspresi kemarahan amat sangat Tuhan terhadap dunia.''

Manakala Azizan Abdul Razak, kini meruapakan Menteri Besar Kedah turut diambil pandangan oleh Reuters mengatakan malapetaka itu merupakan peringatan daripada Tuhan bahawa Ia yang mencipta dunia dan Ia mampu memusnahkannya.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dalam surat takziah kepada empat rakan sejawatnya di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis turut menyebut maksud ayat 40 daripada surah al-Ankabut yang bermaksud:

Maka tiap-tiap (mereka itu) Kami seksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu dan di antara mereka yang ditimpa tempikkan suara keras yang menggunturkan, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiayai mereka, akan tetapi merekalah yang menganiayai diri mereka sendiri.

Ayat al-Quran yang digunakan Datuk Nik Aziz itu merupakan ayat yang menceritakan tentang kaum Lut yang dihukum kerana maksiat homoseksual yang bermaharajalela dalam masyarakat.
Secara kebetulan jika diperhatikan kawasan yang dilanda tsunami ketika itu mempunyai pelbagai masalah seperti perpecahan umat islam dan perang saudara yang serius di Acheh , berlakunya aktiviti maksiat dan homoseksual seperti di Pulau Phuket, Pulau Pinang dan kepulauan Andaman.


Sememangnya Allah sentiasa memperingatkan kepada umatnya agar menjauhkan diri dari kelakukan songsang ini. Kisah pemimpin yang terlibat dengan hubungan sejenis terlampau ini bukanlah luar biasa kerana sudah banyak sejarah merekodkan.
Saat ini, salah satu parti di Malaysia iaitu PKR juga turut dilanda gempa bumi, goncangan didalam parti tersebut seakan mampu menghancurkan struktur parti. Sehari dua ini berlaku perselisihan dalaman yang serius hingga mengakibatkan beberapa ahli Parlimen parti tersebut mengambil tindakan keluar parti.


Secara kebetulan konflik dalaman yang serius ini muncul sesudah parti itu diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang saat ini sedang berhadapan dengan perbicaraan mahkamah melibatkan tuduhan meliwat seorang anak muda bernama Saiful Bukhari .


Sesungguhnya jika seseorang mukmin soleh ditimpa musibah, nescaya dia akan semakin menghampiri bantuan pencipta dan mendapat nasihat ulama, namun dalam kes Anwar Ibrahim, beliau lebih sanggup meminta sokongan pejuang-pejuang Gay sedunia dan pemimpin yang menghalalkan pelakuan seks sejenis. Dari Amerika hinga Australia dikutip oleh Anwar untuk membela kesalahannya. Bukanlah lebih manis jika beliau sujud di depan kaabah ketika ini bagi memohon petunjuk.


Semoga pemimpin yang pernah dianugerahkan tokoh muslim moderate oleh Amerika ini dijauhkan menjadi Perdana Menteri Malaysia dikhuatiri malapetaka akan menimpa seperti mana berlaku kepada PKR yang diketuainya hari ini.