26 April 2010

pemimpin islam Liberal kalah di Hulu Selangor


Adalah sebaiknya orang islam bertanya pada diri, kenapa doa dan solat jahat Tok Guru yang ingin memohon kemenangan kepada Zaid Ibrahim tidak dimakbulkan pencipta. Lupakah kita bahawa Zaid ialah pemimpin yang secara jelas ingin menyokong tuntutan IFC dan mengaplikasikan pendekatan islam liberal di Malaysia.


Selepas tersebar berita calon PKR kalah dengan 1725 undi malam tadi, pochong di hubungi oleh seorang rakan yang baru balik bertugas di Hulu Selangor dan mengajak minum. Sebagai kenalan lama dan penyokong tegar parti PAS, riak muka beliau cukup letih dan kecewa dengan apa yang berlaku di Hulu Selangor.


Menurutnya beliau tidak ralat dengan kekalahan Zaid Ibrahim yang mewakili Pakatan Rakyat, setiap pertandingan ada kalah dan menang katanya dan setiap kejadian ada sebab musabab yang hanya Allah SAW sahaja mengetahuinya.


Namun dirinya culup ralat dengan tindakan Anwar Ibrahim yang membuat keputusan menamakan Zaid Ibrahim sebagai calon untuk diangkat sebagai calon bagi rakyat Hulu Selangor yang majoritinya adalah Melayu Islam. Menurutnya Zaid Ibrahim ni kalau letak kerusi Seputeh atau Kepong tak berkempen pun akan menang PKR.


Sebagai seorang yang di didik dengan dengan politik islam di dalam PAS, beliau serba salah berkempen untuk Zaid Ibrahim. Walaupun ada hujah yang seolah membenarkan Zaid Ibrahim di sokong oleh pimpinan parti, namun dalam hati ramai petugas yang teragak-agak melaksanakan kerja dan memberi sokongan kepada Zaid Ibrahim 100 peratus. Ditambah lagi dengan jentera PKR sendiri yang lesu dan tidak bermaya ekoran keluarnya Dr. Halili Rahmat.


Menurut rakan ini, pesanan Tok Guru pun tak laku di Hulu Selangor gara-gara Zaid Ibrahim dan beliau berdoa agar pemimpin PAS mengkaji kembali kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat.


Pewatakan islam liberal yang dibawa oleh Zaid Ibrahim benar-benar menyusahkan jentera PAS untuk berkempen. Di tambah lagi tiada reaksi perubahan yang dilakukannya semenjak keluar berhijrah ke dalam PKR.


Menurut beliau lagi, dia agak bimbang jika keadaan di dalam PKR tidak di tangani pada pilihanraya yang akan datang pengundi Muslim di seluruh Malaysia akan menolak PAS gara-gara bertengek dengan puak islam liberal di dalam PKR.


Pochong hanya tersenyum mendengar keluhan sahabat baik ini, dan secara halus Pochong mengatakan seharusnya pemimpin-pemimpin PAS sudah lama patut sedar mereka sekarang ini berpeluk dengan orang yang ingin mengubah agama islam.


Nakal dan lagho pemimpin UMNO sekalipun mereka tidak mengusik agama islam tetapi PKR di bawah Anwar mereka ingin mengubah agama islam yang telah sedia cantik. Kata Pochong lagi, perhatikanlah kenapa beberapa tokoh islam yang dahulunya jauh dengan UMNO kini semakin dekat dengan UMNO gara-gara PAS duk bertengek dengan Islam Liberal. (merujuk kepada Ustaz Ridzuan Tee Abdullah)


Kawan Pochong tersebut hanya terdiam tanpa mengulas, mungkin dia pun menyesal bercerita pada orang yang salah.


Sila baca balik artikel hasil Ustaz Hafiz Nordin bekas Ketua PAS Pulau Pinang klik di sini bagi menjelaskan siapa Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim, nasib baik Khalid Ibrahim belum termasuk list lagi - ada kemungkinan MB Selangor tu pun lebih kurang sama dengan anak Pak Ibrahim lain .

19 April 2010

Zaid Ibrahim dan Anwar adalah pemimpin islam Liberal- Pemuda PAS


Keistimewaan yang ada pada bangsa Melayu di Malaysia adalah aqidah Islam yang telah sedia ada pada mereka. Kebanyakan orang Melayu dilahirkan dalam agama Islam. Keistimewaan ini malah termaktub dan diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan yang antara lain membawa maksud bahawa orang-orang Melayu adalah Islam, selagi seorang itu berbangsa Melayu, dia adalah seorang beragama Islam.[3]

Ancaman liberal di Malaysia dan hakikatnya[4].

Setiap tamadun di dunia ini selalunya menjadikan agama sebagai substensi atau materi utama bagi pengisian yang menjadi tonggak utama kemandirin tamadun tersebut. Unsur mistik dan teologis-metos banyak digunapakai. Kata Marvin Perry,

“Religion lay at the center of Mesopotamian life. Every human activity-political, military, social, legal, literary, artistic-was generally subordinated to an overriding religious purpose”[5]

Pada asasnya sekularisasi umat Kristian di barat adalah punca berlakunya budaya liberalisme. Tokoh-tokoh sosial-ekonomis seperti John Locke, Rouueau, Thomas Hobbes dan Descartes (ahli matematik) bersepakat dalam melegitimasikan sekular sebagai penyelesai kongkongan gereja dan monarki beraja.

Pada asalnya liberalisme hanya diperkata dalam hal ekonomi kerana tokoh falsafah barat tersenarai di atas telah mengasaskan satu paradigma baru iaitu kapitalisme. Kapitalisme adalah suatu permikiran yang bertunjangkan liberal (bebas dari kongkongan kerajaan dan gereja). Bermula juga peperangan terhadap budaya lama, ekonomi lama, politik lama, cara beragama yang lama serta mengkritik beberapa warisan tradisi mereka sendiri. Pada asalnya hanya memandang budaya perhambaan sebagai suatu yang keji, mereka terus mengorak langkah berlebihan iaitu terus memerangi sebarang warisan nenek moyang mereka termasuk agama. Bagi mereka sekular adalah positif. Tokoh Kristian Indonesia Tom Jacobs SJ berkata,

“ Revolusi Perancis bererti mendirikan negara sekular. Seluruh proses ini khususnya sekitar proses revolusi, tidak hanya terang bersifat anti gereja, tetapi juga anti agama. Namun begitu usaha ke arah sekularisasi belum bererti sesuatu yang negatif”.[6]

Di Malaysia mungkin belum lagi menjadi seperti di Indonesia yang jelas bertuhankan Islam Liberal. Barat mengklasifikasikan ajaran Abdurrahman Wahid dan Nurkholish Madjid sebagai ajaran yang akomondasionisme, Pembaharuan Islam, progresif dan Liberal. Maka muncullah satu aliran rangkaian penganut Islam munafiq yang berteraskan liberalisme.

Ada penulis atau pemikir tertentu yang menentang sistem kapitalis dan ajaran liberalisme agama atas nama menentang liberal sebaliknya seolah mengajak masyarakat ke arah sistem komunis, sosialis dan seumpamanya. Tokoh ala syiah yang pro komunis ditampilkan, tokoh ekonomis haluan kiri dipamerkan. Sedar atau tidak mereka sebenarnya mempromosikan liberalisme! Komunis dan sosialis juga adalah golongan liberal malahan lebih dahsyat lagi. Mereka kononnya tidak liberal dalam ekonomi kerana menjaga ekonomi dan hak rakyat, sebaliknya mereka menentang agama, kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dunia, serta bertuhankan akal!

Faktor – Faktor Utama Permasalahan Aqidah Melayu di Malaysia

Penjajah yang berjaya meninggalkan kesan ideologi sekular dalam minda kebanyakan masyarakat Melayu di zaman penjajahan dahulu.

Tuntutan kemerdekaan yang dibuat atas dasar mengikut telunjuk penjajah yang mengekalkan sistem penjajah.

Pengekalan sistem pelajaran yang berteraskan sistem sekular yang memisahkan pelajaran dengan agama Islam itu sendiri.

Majoriti masyarakat Melayu menuntut ilmu di sekolah-sekolah kerajaan yang mengamalkan sistem pelajaran sekular ini yang jelas mengabaikan penekanan dari aspek ketuhanan, aqidah tauhid dan kerohanian.

Akibat dari sistem pelajaran yang asasnya sekular ini, masyarakat Melayu tidak mantap aqidahnya.

Serangan Pemikiran Islam Liberal Yang Berjaya Menembusi Otak Pemikiran Masyarakat Melayu

Ianya bermula dengan tumpasnya orang-orang Melayu Indonesia terhadap ajaran Islam liberal ini. Di Indonesia, gerakan Islam liberal diperjuangkan oleh para sarjana yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam malah berkhidmat di Institusi Pengajian Islam. Akhirnya pemikiran yang sesat ini berjaya berenang ke Malaysia.

Di Malaysia, penjajah bersama unsur-unsur penyelewengan pemikiran yang dibuat kuasa barat telah berjaya memasukkan fahaman kebendaan, fikiran bebas (free thinking), sekularisme, pemisahan agama dari cara hidup, yang sekaligus membawa kepada pembebasan diri dari hidup beragama atau liberal.[7]

Akibatnya ramai dikalangan masyarakat Melayu suka hidup bebas dari kongkongan agama kononnya dan diketika itulah fahaman Islam liberal berjaya mengambil tempat dalam hati segolongan masyarakat Melayu di Negara ini.

Meskipun kumpulan Islam liberal yang masih minoriti di Malaysia ini, tidak berani membuat pengishtiharan terbuka seperti di Indonesia yang secara terang-terangan menamakan diri mereka sebagai Jaringan Islam Liberal (JIL), namun cukup untuk menggambarkan keberadaan mereka di Malaysia apabila mereka begitu lantang dalam menyuarakan anutan mereka, umpamanya, al Quran mesti ditafsir semula agar sesuai dengan zaman semasa, al Quran kebanyakannya ditafsirkan lelaki, sebab itu berlakunya penindasan ke atas kaum wanita. Wanita mesti menafsirkan al Quran mengikut cara berfikir wanita.[8] Bagi mereka, hak kebebasan beragama adalah orang Islam berhak samada untuk mengikut ajaran Islam atau mengabaikannya.

Mereka juga menentang poligami habis-habisan, hukum faraid di dalam al Quran perlu kepada tafsiran yang baru kerana hukum itu terlalu berpihak kepada lelaki dan kepentingan lelaki. Undang-undang Keluarga Islam menzalimi kaum wanita, Al Quran mesti dibaca dengan kritis, jangan kita ikut semua yang terdapat dalam al Quran, kita boleh mengkritik al Quran, mereka juga menentang kewujudan Mahkamah Syariah dan usaha ke arah penubuhan Negara Islam.

Hak kebebasan murtad[9] hendaklah diberi kepada masyarakat Melayu agar mereka juga bebas memilih agama mereka sendiri, malah mereka juga meragui peribadi RasuluLLAH SAW. Ayat-ayat al Quran yang berkaitan dengan hukum hudud disifatkan sebagai metafora dalam al Quran. Islam bukanlah satu-satunya agama yang benar, semua agama adalah sama,[10] semuanya masuk syurga. Golongan ini juga menuntut agar penggunaan nama Allah di benarkan kepada agama –agama selain Islam khasnya agama Kristian.

Jejak-Jejak Liberalis di Malaysia

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Faiza Tamby Chik, dalam keputusannya menolak permohonan seorang wanita yang bernama Azlina Jailani (Lina Joy) untuk menggugurkan perkataan Islam[11] dalam kad pengenalannya telah memberi alasan bahawa, sebagai seorang Melayu dia tidak boleh meninggalkan agama Islam.[12]

Mereka berani mengadakan Forum terbuka mempertikai peruntukan Artikel 121(1A). Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) pernah menyokong tindakan Pemuda UMNO Johor dan PAS Johor yang lantang membantah penganjuran forum awam anjuran kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Article 11..PUMPP sama sekali tidak dapat menerima kenyataan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah yang menyatakan bahawa penganjuran forum tersebut adalah bertujuan mengadakan perbincangan mengenai perlembagaan dan memberi nafas kepada perlembagaan. PUMPP berpendapat kenyataan adalah suatu pembohongan semata-mata dan kumpulan Artikel 11 berselindung di atas nama perundangan perlembagaan membawa agenda dan kempen yang secara langsung menghina Islam dan Syariah dan menyentuh sensitiviti masyarakat Islam[13].


Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya; Majlis Peguam (Bar Council) Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha & Sikh. Malaysian Women Power Organization , National Council of Women Organization All Women Action Society , Sister in Islam ,Women Health Organization Women Council of Change Women Developmen for Change, Pergerakan Hak Asasi Rakyat Malaysia (Suaram)[14].

Satu Forum berat sebelah berkaitan mencabar Mahkamah Syariah dilakukan di Armada Hotel PJ Tarikh: 7 Jun 2007 Masa: 7.30am
Panelis YB Lim Kit Siang – DAP Tan Sri Khalid Ibrahim – PKR Lim Guan Eng – DAP Ambiga Sreenavasan – Bar Council Yusri Muhammad – ABIM
Leonard Teoh – Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism PM Dr Azmi Sharom – Pensyarah Undang-undang UM, Pengerusi forum ialah Tony Pua DAP.

Dokongan Moral Dan Material

Golongan liberal ini mendapat dokongan moral dari pelbagai individu sehingga ada dikalangan pemimpin-pemimpin politik yang sealiran dengan mereka menyokong kuat gerakan liberal ini. Mereka juga mendapat dokongan material seperti dokongan yang dibuat antaranya oleh Konrad Adenauer Foundation (KAF), Asia Foundation, Beckerd Fund, USIA dan USAID.

Tokoh-Tokoh Liberal Melayu

Zainah Anwar (Bekas Pengerusi Eksekutif Sisters In Islam-SIS), Nik Noraini (SIS) Zaitun Kassim (Toni), Hishamudin Rais, Marina Mahathir, Anwar Ibrahim, Mustaqim (Middle Eastern Graduate Centre), Chandra Muzaffar (JUST), Khalid Jaafar (IKD), Haris Ibrahim (Peguam-Majlis Peguam), Zaid Ibrahim (bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri), Malik Imtiaz Sarwar (Peguam Bela- Kahar Mengaku Nabi), Farish A Nor (Penulis), Kassim Ahmad (IQRA’-Anti Hadith), Yasmin Ahmad (Pengarah Filem-antaranya GUBRA).

Meskipun demikian kita mesti berhati-hati dengan mereka yang tersenarai ini, kerana jarang sekali mereka mengakui bahawa mereka menganut fahaman liberal.

Perjuangan liberal banyak menjerat banyak organisasi Islam[15]

Tahukah kita, di mana-mana negara umat Islam berlaku banyak gerakan hak asasi dan keadilan-sosialistik yang aktif sebenarnya membawa agenda liberalisme. Kadangkala jamaah Islam mahupun badan-badan dakwah umumnya telah bekerjasama dengan mereka demi memperjuang hak kemanusiaan dan menentang kezaliman. Antara slogan dan tema perjuangan mereka adalah;

Free media (pembebasan hak media massa)
Free women (emansipasi gender)
Free press (liberalisasi media cetak)
Free religion (menyamaratakan antara agama, asas perjuangan sekularisme barat).
Free politic (politik ala anarki, haluan kiri yang lebih bersifat kritikal dan radikal).

Mungkin hal ini smua menjadi dilema gerakan Islam juga di Malaysia. Pentingnya pendokong gerakan Islam untuk berhati-hati agar strategi melawan kezaliman dan himpitan tirani bertukar menjadi penggadaian nilai agama satu demi satu.

Hari ini mereka bertindak seperti ahli a’dli yang ingin mengadilkan sistem yang ada dalam Islam serta menentukan yang mana cocok yang mana yang tidak releven diaplikasi dalam negara ini. Mereka mampu bekerjasama dengan golongan bukan Islam untuk mengadili sistem agama Islam kita.

Perang psikologi dalam peperangan liberal.

Barat akan terus melancarkan serangan melalui liberalisasi norma dan minda umat Islam[16]. Mereka menanam minda inferior ke dalam lubuk hati umat Islam. Umat Islam Malaysia akanrasa tidak yakin dengan sistem Islam, aqidah Islam, rasa tidak logik dan terkongkong. Antara doktrin yang berjaya mereka tanamkan;

Rasa ortodoks jika beramal dengan syiar Islam seperti pakaian ala muslim yang menutup aurat.
Rasa konservatif jika pendapat kelihatan tegar dan tidak pragmatif apabila berhadapan dengan isu liberal seperti bayi tabung uji, pengklonan dan sebagainya.
Rasa sistem feudal beraja di Malaysia adalah mengongkong dan ketinggalan zaman. Raja yang menjadi simbol dan kubu agama Islam dianggap sebagai tugu sahaja.
Ekonomi beradab dianggap ketinggalan zaman sebaliknya sistem kapitalisme dianggap sebagai rukun ekonomi baru.


Politik haluan kiri dikatakan ubat untuk melawan doktrin lama yang ala kapitalisme. Akhirnya mereka membawa idea liberal agama yang lebih buruk lagi.
Akhirnya mereka menanam rasa benci kepada ulama’, pemikir Islam, sistem pengajian Islam dianaktirikan, buku agama dipinggirkan di pasaran, Al quran diselewengkan, ajaran Islam Hadhari yang bertopengkan liberalisme dipamerkan. Daripada liberalisasi norma dan nilai, bertukar kepada liberalisasi aqidah di Malaysia.

Khitamah

Musuh-musuh Islam tidak akan berdiam diri. Langkah mereka untuk mengadakan forum sensitif terbuka berkaitan memeluk Islam akan terus dilakukan kerana perencanaan sebegini adalah perencanaan sedunia dan bersepadu. Umat Islam perlu bersatu atas nama aqidah untuk membenteras dan mempertahankan sistem syariah kita.

Justeru usaha seumpama ini mestilah di perhebatkan dari masa ke semasa agar kita berjaya memahami serangan pemikiran dari pihak musuh serta menyusun gerak kerja agar musuh-musuh Islam ini dapat ditewaskan.

#Artikel ini di petik dari artikel bertajuk JEJAK-JEJAK ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA SERTA CABARANNYA TERHADAP UMAT ISLAM yang dihasilkan oleh Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin, beliau merupakan Pengerusi Badan Anti iFC (BADAi) dan bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang. Klik sini

12 April 2010

Adyan Husaini gesa islam Malaysia berhati hati dengan Slogan demokrasi dan Hak asasi, belajar kejatuhan Cordova


Saya berkesempatan menghadiri Muktamar Tahunan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Kuala Lumpur. Panitia seminar Muktamar ABIM meminta saya membentangkan sebuah makalah tentang perbandingan posisi Islam di Indonesia dan Malaysia.

Tema tentang posisi Islam dalam negara senantiasa merupakan masalah yang sangat menarik dan menjadi perdebatan hangat di antara ilmuwan maupun para negarawan, baik di Indonesia maupun di Malaysia. Hingga kini, meskipun konstitusi di Malaysia menetapkan Islam sebagai agama rasmi.

Pertanyaan yang masih hangat di Malaysia adalah "apakah Malaysia merupakan negara Islam atau negara sekular?" Sebagian pemimpin Malaysia menyatakan, bahwa Malaysia adalah negara Islam dan bukan negara sekular. Tetapi, sebagian lain menyatakan, bahwa Malaysia bukanlah negara Islam, tetapi juga bukan negara sekular.


Dalam makalahnya yang berjudul "Is Malaysia a Secular State? Certainly It is Not", Pawancheek Marican menegaskan, bahwa dari segi peraturan perundang-undangan memang Malaysia bukan negara sekular. Jauh sebelum merdeka tahun 1957, Malaysia telah menerapkan hukum Islam. Mahkamah Agung Malaysia, tahun 1993, menegaskan, bahwa memang Muslim di Malaysia diatur dengan hukum keluarga Islam. Hukum ini telah eksis di Malaysia sejak abad ke-15.

Bahkan, faktanya, Islam telah bertapak secara formal di Malaysia tepatnya pada tahun 1136, ketika Raja Hindu Kedah, Merong Maha Wangsa masuk Islam dan mengganti namanya menjadi Sultan Muzaffar Syah. Karena itu, pasal 3 (1) Konstitusi Malaysia yang menyatakan, bahwa Islam adalah agama resmi negara, merupakan aspirasi kaum Melayu/Muslim sejak wilayah itu menjadi Muslim, beberapa abad sebelum masuknya penjajah Inggris, Portugis, dan Belanda.

Guru besar di Universitas Islam Internasional, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari menjelaskan, menilik hukum perlembagaan di Malaysia, maka bisa dikatakan bahwa negara Malaysia sebenarnya "telah disyahadatkan" .

Lebih jauh, Prof. Abdul Aziz Bari menulis: "Jika kita fahami perlembagaan secara harfiah kita boleh mengatakan bahawa negara ini telah disyahadatkan. Dengan itu terpulanglah kepada kita untuk mengisi kerangka itu dengan apa yang dituntut oleh Islam. Dan kita sebagai rakyat negara ini berhak untuk mentafsirkan `agama persekutuan' itu mengikut Islam kerana agama yang dimaksudkan ialah agama Islam.

Adalah ganjil jika ia ditafsirkan mengikut agama lain. Lagipun negara ini asalnya memang negara Islam: negara ini adalah lanjutan dan penerusan kepada sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang perlembagaannya, yakni Kanun Undang-undang Melaka, berdasarkan hukum Islam."

Prof. Aziz Bari juga menjelaskan, bahwa dalam sejarahnya, kedudukanIslam dalam sistem undang-undang di Malaysia, memang disingkirkan dengan cara yang tidak beradab. Ini bermula ketika Inggris melaksanakan undang-undang mereka di Pulau Pinang yang mereka klaim sebagai "tidak berpenghuni" . Padahal, Pulau tersebut adalah merupakan wilayah Kesultanan Kedah yang menerapkan hukum Islam. Pemakaian undang-undang Inggris itu kemudian diperluas ke negeri-negeri Melayu.

Semula, Inggris hanya berhak memberi nasehat kepada Sultan dalam soal pemerintahan. Tetapi, dalam beberapa kasus, penjajah juga campur tangan dalam soal Islam.

Betapa pun asal mulanya merupakan tipu daya penjajah, tetapi menurut Prof. Aziz Bari, umat Islam sendiri yang kemudian merasa sudah terbiasa dengan sistem dan undang-undang penjajah. Orang-orang Muslim sendiri kemudian lebih paham dan lebih mahir dalam soal hukum penjajah. Kata Prof. Aziz Bari:

"Tetapi oleh kerana kita sendiri yang kemudian bergantung kepada sistem tersebut maka setelah British tidak ada lagi pun kita masih tidak dapat berbuat apa-apa. Dan buat masa ini kita terpaksa pula berdebat dengan kaum-kaum yang dibawa masuk oleh British ke tanah air ini."

Yang jelas, menurut para pembicara dalam seminar ABIM tersebut, Malaysia memang bukan negara sekular. Sifat sekular yang didakwakan oleh sejumlah kalangan di Malaysia saat ini, menurut Prof. Aziz Bari, sebenarnya bukan jatidiri dan ciri asal dari negara Malaysia.

Sebab, negeri Malaysia sejak semula memang merupakan kelanjutan kesultanan Melayu Islam. Dan di dalam sistem perundang-undangan Malaysia, saat ini pun, Islam dijadikan sebagai agama resmi negara dan pemerintah berkewajiban melindungi akidah Islam. Dalam situs pemerintah Malaysia dikatakan:

"Kerajaan tidak pernah bersikap sambil lewa dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah umat Islam. Segala pendekatan dan saluran digunakan secara bersepadu dan terancang bermula dari pendidikan hinggalah ke penguatkuasaan undang-undang semata-mata untuk melihat akidah umat Islam terpelihara di bumi Malaysia".
[http://www.islam. gov.my/e- rujukan/islammas .html]

Di tengah berbagai problema tersebut, bisa dikatakan, Malaysia adalah sebuah negara Muslim yang telah selesai menegaskan jatidirinya sebagai kelanjutan peradaban Melayu Islam. Identitas nasionalnya jelas, meskipun jumlah umat Islam hanya sekitar 55 persen.


Betapa pun perekonomian negeri itu sebagian besar juga dikuasai oleh warga keturunan China, tetapi keberpihakan pemerintah dalam melindungi bangsa Melayu/Islam telah turut menjadi penyeimbang kekuatan antara-etnis di Malaysia.

Pada kesempatan seminar tersebut, saya mengimbau saudara-saudara kita di Malaysia, agar berhati-hati dalam menggelorakan semangat demokrasi dan kebebasan yang berusaha merontokkan seluruh hak-hak istimewa dan kelembagaan kaum Muslim. Kebebasan yang kebablasan akan memberikan kesempatan kepada para pemilik modal untuk menguasai seluruh aset ekonomi dan politik, yang ujung-ujungnya akan menimbulkan kesulitan besar bagi kaum miskin – yang mayoritasnya adalah kaum Muslim.

Sebagian kalangan di Malaysia kini memimpikan kebebasan 'ala Indonesia'. Semua pilihan tentu ada plus-minusnya. Dan itu harus dihitung dengan matang, untung ruginya buat Malaysia sendiri. Akhir-akhir ini, kedudukan Islam di Malaysia memang sedang banyak digugat. Malaysia sering dituduh sebagai negara yang tidak menghormati HAM karena memberikan hak-hak istimewa kepada kaum Melayu.

Tidak ada hak murtad bagi orang yang Muslim. Padahal, dalam pandangan HAM Barat, setiap orang harus dijamin hak-haknya untuk memeluk agama apa pun, termasuk hak untuk murtad. Semua aturan Islam yang dianggap bertentangan dengan HAM dan kepentingan kaum non-Muslim di Malaysia terus-menerus digugat.

Pada kondisi seperti ini, harusnya kaum Melayu menyadari tantangan besar yang mereka hadapi di Malaysia. Jumlah mereka yang hanya sekitar 55 persen dari seluruh penduduk Malaysia seharusnya membuka mata dan hati mereka untuk tidak bertikai satu sama lain. Mereka adalah Muslim.

Dan mereka akan senantiasa dilihat dan diperlakukan sebagai Muslim. Apapun partai politik mereka. Kaum Melayu di Malaysia harusnya bisa belajar dari sejarah, bagaimana hancurnya kekuatan Muslim di Andalusia yang salah satu faktor utamanya adalah perpecahan di antara mereka.

Sejumlah penguasa lebih senang bersekutu dengan kaum Kristen untuk memerangi sesama Muslim. Akibatnya, ketika secara total Andalusia jatuh ke tangan kaum Kristen pada tahun 1492, maka semua Muslim, tanpa pandang bulu diberi ultimatum untuk masuk Kristen, pergi meninggalkan Andalusia, atau dijatuhi hukuman mati.

Yang juga memilukan adalah soal hubungan kaum Melayu dan Muslim di Indonesia. Secara umum, rasa persaudaraan itu terasa menyedihkan.

Banyak kaum Melayu di Malaysia yang belum mengenal Indonesia dengan baik dan sama sekali tidak merasa sebagai bagian dari saudaranya sesama Muslim. Dari segi bahasa, terjadi kesenjangan yang semakin menjauh antara bahasa Indonesia dengan bahasa Malaysia.

Padahal, potensi Muslim Indonesia yang sekitar 170 juta jiwa sangatlah besar. Seharusnya, pemerintah Indonesia dan Malaysia mengedepankan semangat ke-Islaman dan ke-Melayuan dalam segala urusan antara kedua negara, seperti penanganan masalah TKI dan sebagainya.

Potensi kaum Muslim di wilayah Melayu Nusantara yang jumlahnya sekitar 200 juta jiwa ini perlu ditata dan digalang untuk menghasilkan sebuah bangunan peradaban Melayu yang tinggi dan agung.

Bagi kita, kaum Muslim di Indonesia, perdebatan tentang negara sekular atau negara Islam di Malaysia itu bisa menjadi pelajaran berharga. Dalam sejarah Indonesia, hingga kini, perdebatan tentang identitas nasional Indonesia, masih belum tuntas. Ada tiga peradaban yang berpengaruh dalam perumusan identitas nasional, yaitu peradaban Islam, peradaban Hindu, dan peradaban Barat. Meskipun bahasa Indonesia yang berasal dari bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa nasional, tetapi banyak istilah-istilah Sansekerta yang ditetapkan dalam kehidupan berbangsa dan bernegara, seperti Bhinneka Tunggal Ika, Tut Wuri Handayani, dan sebagainya.

Jauh sebelum kemerdekaan, para tokoh Islam telah mengusulkan suatu bentuk negara agama (bukan teokrasi); di mana Islam ditempatkan sebagai dasar negara; setidaknya Islam menjadi agama resmi negara.

Pihak lain, yang dikenal sebagai golongan nasionalis-sekular menolak usulan itu. Pihak Komunis dan minoritas lainnya, tidak secara resmi mengemukakan pandangan dan pendiriannya. Akhirnya, setelah melalui perdebatan yang sangat keras, pada 22 Juni 1945, disepakatilah rumusan Dasar Negara Indonesia yang kemudian dikenal dengan nama "Piagam Jakarta".

Salah satu isinya yang penting adalah poin pertama dari Pancasila yang berbunyi: "Ketuhanan, dengan kewajiban menjalankan syariat Islam bagi pemeluk-pemeluknya. "

Kita tahu, Piagam Jakarta itu kemudian juga digagalkan pada 18 Agustus 1945. Toh, para tokoh Islam tidak pernah menyerah untuk memperjuangkan Islam dan meyakinkan seluruh kaum Muslim Indonesia, khususnya para elitenya, untuk memahami dan menerima Islam sebagai pandangan hidup mereka. Berbagai jalan dakwah senantiasa ditempuh, apakah melalui jalan politik, pendidikan, dan sebagainya.

Dakwah senantiasa berjalan di negeri ini. Secara politik dan budaya telah banyak perubahan yang dicapai. Jika jilbab dulu dianggap sebagai barang haram di negeri ini, sekarang sudah begitu meluas penggunaannya di kalangan pejabat dan masyarakat umumnya. Banyak perundang-undangan yang secara tegas atau tersamar mengadopsi syariat Islam.

Dakwah adalah proses perjuangan yang terus menerus menuju pada kejayaan Islam. Para pejuang Islam dari dulu yakin, bahwa untuk menjadi umat dan bangsa yang mulia, mereka harus menjadikan Islam sebagai pedoman hidup mereka. Umat Islam memang harusnya menjadi umat yang mulia, khairu ummah, yang ciri-cirinya adalah aktif melakukan amar ma'ruf nahi munkar kepada umat manusia, dan beriman teguh kepada Allah (QS Ali Imran:110). Sebagai Muslim, kita yakin, bahwa kita akan menjadi hina, dunia dan akhirat, jika kita meninggalkan ajaran Islam.

"Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa yang murtad dari agama Allah, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, yang Allah mencintai mereka, dan merkapun mencintai Allah, mereka berkasih sayang kepada orang-orang mukmin, dan tidak menghinakan diri kepada orang-orang kafir, mereka berjihad di jalan Allah, dan mereka tidak takut pada celaan orang-orang yang suka mencela." (QS al-Maidah:54)

Karena itu, sebagai Muslim kita yakin, bahwa jika umat Islam Indonesia ingin menjadi bangsa besar yang disegani dunia, maka para elite negeri ini perlu membuat sebuah keputusan berani untuk mengambil Islam sebagai asas bengunan peradaban Indonesia di masa depan. Peradaban Islam yang telah ratusan tahun bertapak di wilayah Nusantara ini perlu diaktualkan kembali sesuai dengan watak dasar peradaban Islam yang sangat menghargai tradisi ilmu.

Sumber