31 Mei 2010

Anwar pernah iktiraf kejahatan Zionis Israel







Saat negara haram Zionis Israel menyerang pasukan bantuan kemanusiaan negara dari negara islam di atas sebuah kapal hingga menyebabkan 19 kematian Sukarelawan . Anwar pula sedaya upaya menyerang institusi kerajaan dan agama di Malaysia dengan niat memberi gambaran buruk kepada kerajaan yang memerintah.


Lagak Anwar tidak ubah seperti Zionis Yahudi yang mengatakan orang Palestin adalah jahat dan pengganas. Semenjak Anwar memperolehi sedikit kejayaan selepas PRK 2008, beliau dan konconya semakin galak mencabar institusi islam di Malaysia dengan pelbagai serangan dengan niat untuk meletakkan dirinya adalah pemimpin islam yang moden dan progresif di Malaysia. Walaupun hakikatnya beliaulah duri dalam daging kepada umat islam bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia islam.



Sedikitpun tidak mempunyai beza dengan Anwar Sadat dan Kamal Ataturk yang pernah mengkhianati orang islam di Palestin. Kedua pemimpinini bertanggungjawab meruntuhkan kerajaan yang anti kepada Zionis dan membentuk kumpulan yang pro kepada Zionis di negara masing-masing.


Rakyat Palestin sememangnya tertindas dibumi sendiri gara-gara permanainan licik Zionis Yahudi semenjak kejatuhan pemerintahan Uthmaniyah, malah mereka telah dihapuskan secara bersistematik oleh kerajaan Zionis Israel. Sekiranya hendak dibandingkan dakwaan Anwar dalam ceramah politiknya bahawa orang bukan Melayu di tindas di Malaysia boleh kita katakan ia langsung tidak masuk akal, jika kita lihat orang bukan islam di Malaysia.


Harus kita sedari Anwar Ibrahim sehingga kini tidak pernah mengambil tindakan menghentam rejim Zionis seperti yang dilakukannya sewaktu berada di dalam ABIM dahulu. Walaupun beliau selalu mendakwa mempunyai hubungan erat dengan pemimpin utama dunia, namun beliau tidak pernah memainkan peranan untuk mencela Zionis Israel, apatah lagi membela umat islam Palestin.Yang beliau tahu ialah mengada-adakan cerita bahawa orang bukan islam Malaysia di zalimi oleh orang islam (kerajaan Malaysia) demi meraih populariti politik.


Malah yang mengaibkan beliau pernah menandatangani surat sokongan perjanjian Annapolis Summit yang mengiktiraf kewujudan negara Haram Zionis Israel, sehingga kini Anwar tidak pernah mengulas dengan lebih tepat isu tersebut. Sehingga terpaksa menyalahkan BTN kerana ketelanjurannya menandatangani perjanjian tersebut untuk mendapatkan sokongan rejim Bush Wolfowitz sewaktu itu. Ini boleh kita lihat kembali hujah membela dirinya di laman blognya apabila ditanya oleh seorang pengunjung. Klik Sini untuk mengetahui bagaimana Anwar cuba membohongi rakyat Malaysia.



Lagak Anwar ini tidak ubah Anwar Sadat menandatangani perjanjian Camp David yang memberi ruang Israel diiktiraf oleh Mesir dan beberapa dunia sewaktu itu. Dengan adanya Annapolis Summit menurut pemimpin Iran iatelah menyebabkan semakin banyak negara mula mengiktiraf Israel dan pendudukan haram ke atas tanah rakyat Palestin.


Steven Clemons dalam The Washingtone Note juga melaporkan sewaktu Anwar menandatangani perjanjian tersebut nama beliau diletakkan sebaris dengan beberapanama yang mempunyai hubungan erat dengan badan perisikan negara tersebut.


Anwar sehingga hari ini jika kita amati corak serangan yang dilakukannya adalah hanya kepada serangan kepada Yahudi yang tidak bersama dengannya. Contohnya beliau pernah mengritik sebuah Firma konsultan APCO gara-gara digunakan oleh Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan kerja-kerja komunikasi pihak pemerintah.


Kalau kita amati beliau hanya mewujudkan sentimen membenci Yahudi namun tidak pernah mencela Zionis, sedangkan dalam persekitaran kelompok Yahudi, Yahudi yang mempunyai fahaman Zionis sebenarnya yang memporak-porandakan dunia umat islam.


Jesteru itu umat islam wajar mendesak Anwar memohon maaf kepada umat islam atas ketelanjurannya menandatangani perjanjian tersebut.



Kalau kita bandingkan peribadi Desmond Tutu dan Anwar Ibrahim dapat kita katakan Desmond Tutu yang pro kebebasan hak Gay lagi prihatin sebenarnya dengan nasib dan masa depan Rakyat Palestin berbanding Sheikh Anwar Ibrahim yang hanya tahu mencari populariti murahan sahaja.

25 Mei 2010

Anwar dan David Campbell pemimpin politik dua alam


Kedua pemimpin ini merupakan bekas menteri dua negara dan dikaitkan dengan aktiviti hubungan sejenis iaitu Gay. Namun yang membezakan antara keduanya David Campbell sanggup meletak jawatan, memohon maaf pada masyarakat dan mengaku menyembunyikan 25 tahun status dirinya sebenar. Namun Anwar dipaksa meletak jawatan dan enggan mengaku terlibat dengan kegiatan hubungan sejenis, walaupun pernah di sabitkan dengan beberapa kes tuduhan liwat.


Pada 20 Mei lalu, Menteri Pengangkutan New South Wales David Campbell telah mengambil keputuasan mengundurkan diri dan melatakan jawatan dari kabinet. Campbell, 52, membuat keputusan mengundurkan dirinya hanya beberapa jam sebelum Channel 7 New South Wales menyiarkan video yang menunjukkan beliau keluar dari kelab Sauna Gay di waktu malam.
Isu Cambel menjadi isu yang hangat di Australia kerana beliau telah mengunankan kereta menteri untuk mengunjungi kelab gay tersebut.


Walaupun gay dibenarkan di Australia dan dianggap hak peribadi namun beberapa media di Australia mempertikai beberapa tindakan bekas menteri tersebut yang di dakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk mengunjungi tempat tersebut.


Campbell berkhidmat sebagai ahli parlimen untuk kawasan Keira sejak tahun 1999 - dan selalu berkempen kuat untuk membela pengundi dikawasan tersebut. "Saya sentiasa mempunyai niat untuk terus berkhidmat kepada rakyat Keira," ucapan biasa dilontarkan kepada media.

Sewaktu sidang media tersebut selepas tersebar skandal dirinya kepada umum, Campbell, masih mengenakan cincin perkahwinannya, sekali sekala menyapu air mata, dan tenang memohon maaf.

"Saya telah membuat beberapa keputusan peribadi yang telah menyebabkan saya dan keluarga saya berada dalam situasi ini- saya memohon maaf kepada mereka kerana itu, saya telah meminta maaf kepada masyarakat dan saya menerima tanggung jawab atas situasi yang berlaku," kata Campbell dalam sidang akhbar ringkas yang diadakan tidak jauh dari rumahnya.

Premier Kristina Keneally ( Pemimpin Kerajaan di NSW) mengatakan Campbell telah menjalani kehidupan rahsia selama hampir hingga 25 tahun menyembunyikan identitinya seorang gay.

Dikatakan juga kegiatan Camphell telah lama diketahui dalam Kabinet bahawa beliau selalu mengunjungi Sauna dan bar gay selama bertahun-tahun ketika memegang jawatan MP.

"Tidak salah dia menjadi Gay tetapi tindakan beliau membohongi isterinya adalah satu tindakan yang tidak wajar, lebih-lebih lagi isterinya sedang berjuang dengan penyakit Kanser dan dia sekarang adalah pembohong.” Kata seorang MP Australia.

Kisah skandal Campbhell pada awal minggu ini telah menyebabkan ia menjadi isu hangat di Australia, namun tindakan bekas menteri Pengangkutan New South Walse memohon maaf kepada isteri, anak dan kepada pihak umum telah menyebabkan ia dapat diterima baik oleh masyarakat Australia.

Walaupun Camphell kini mengaku seorang Gay, namun tindakan beliau tidak menyokong perjuangan Michael Danby dalam membela Anwar Ibrahim menjadi persoalan. Klik Sini melihat senarai MP Australia yang menyokong Anwar dalam isu Liwat.

Adakah Cambhell mengetahui bahawa Anwar juga merupakan seorang hipokrit dan pembohong (Menyembunyikan identity kegiatan suka kan aktiviti gay) hingga menyebabkan beliau langsung tidak tertarik dengan perjuangan Anwar?

Ataupun Champbell bimbang sekiranya beliau menyertai kumpulan Danby menyebabkan aktiviti beliau dapat dihidu oleh isteri dan anak-anaknya bahawa beliau juga merupakan pengamal hubungan sejenis. Kerana berdasarkan senarai nama yang menyokong Anwar di dalam surat tersebut sebahagian besarnya adalah penyokong kumpulan Gay dan pengamal Gay dan Lesbian di Australia.
Artikel ini dihasilkan berdasarkan sumber berikut 1, 2. 3

19 Mei 2010

Sibu dan NED, siapa yang menang?


Blog Analisa Kumbang pernah mendedahkan bahawa International Republican institute telah menghantar seorang pegawai bernama John Fluharty untuk membantu gerak kerja parti pembangkang di Sarawak. Klik sini.

Antara bantuan yang diberikan oleh IRI ini ialah dari suduh bantuan dana, pemantauan pilihanraya, kajian sikap, strategi kempen pilihanraya, latihan kepada ahli-ahli parti dan pelbagai bantuan lain termasuk manipulasi dan kerja gerak saraf pilihanraya.

Selain parti pembangkang yang jelas diberi bantuan oleh IRI ini ialah MAFREl sebuah badan pemantau pilihanraya yang didakwa bebas oleh pihak pembangkang, baru-baru ini telah membuat pengakuan bahawa mereka juga memang dibiayai oleh IRI. Klik sini.

Di Sibu Datuk Seri Najib Perdana Menteri Malaysia secara terbuka menyatakan bahawa kempen DAP dan pembangkang jauhh lebih kreatif dan inovatif sehingga membuatkan strategi kempen BN ketinggalan di belakang. Slogan Sibu 4 Change benar-benar menengelamkan jentera BN yang masih terikut kaedah lama . Manakala pengunaan kaedah baru dalam Pys War jentera DAP telah berjaya menarik pengundi. klik sini.


Sementara itu sehari sebelum pengundian pusat bandar Sibu di selubungi penyokong DAP yang memakai baju merah sewaktu kempen malam terakhir di hadapan Hotel Paramount. Taktik DAP yang mengunakan taktik warna dalam perhimpunan ini walaupun dalam skala kecil menyamai apa yang dilakukan di dalam himpunan baju kuning Bersih di Kuala Lumpur sebelum pilihanraya lalu anjuran parti pembangkang dan ia memberi impak besar menarik sokongan pengundi. Malah kini samada PAS PKR ataupun DAP semakin galak melakukan perkara ini. klik sini.

Faisal Tehrani penerima Anugerah Seni Negara di dalam blognya menyatakan permainan warna ini adalah jelas dibelakangnya adalah NED.

“Inilah yang sedang dilakukan oleh NED di Malaysia dan Republik Islam Iran. Adalah tidak mengejutkan Kenneth Timmerman, salah seorang pemikir NED terlanjur mengatakan dalam ucapannya di sebuah majlis di Washington beberapa hari sebelum pengundian di Iran, berbunyi begini: “There’s the talk of a ‘green revolution’ in Tehran.” Gerakan hijau yang beliau maksudkan tidak lain tidak bukan ialah gerakan pembangkang atau reformis yang diketuai Mir Houssein Mousavi. Kempen Mousavi menggunakan warna hijau” kata Faisal Tehrani di blognya.





Sila rujuk sini juga pandangan faisal mengenai NED...

Di sebabkan kemenangan pembangkang di Sibu hasil bantuan dari tangan-tangan dan khidmat nasihat pegawai dari IRI yang juga sebenarnya merupakan antara badan yang berada dibawah NED selain NDI , CIPE dan ACILS. klik sini untuk memahami agensi ini.

Dapat kita rumuskan NED barat sebenarnya yang memperoleh kemenangan di Sibu, DAP dan pembangkang hanyalah pelaksana yang menjayakan misi kumpulan tersebut.

Di Bangkok pula jika kita perhatikan kumpulan baju merah di sana tulang belakangnya adalah jelas dibiayai oleh kumpulan Thaksin yang mendapat bantuan dari International Crisis Group ICG ( Anwar juga berada di dalam kumpulan ini) di mana pada akhirnya ia menuju juga kepada NED.

Samada ICG ataupun NED kumpulan ini amat komited untuk memperjuangkan kata-kata keramat hak asasi dan kebebasan.

Kumpulan hak asasi di barat inginkan Thailand turut berada di dalam lingkungan bebas dari tekanan raja dan pihak tentera. Selagi institusi istana mempunyai pengaruh terhadap politik ia akan dinamakan tiadanya demokrasi dan kebebasan di dalam sebebuah negara.

Sebagaimana di Malaysia, peranan institusi raja juga secara terancang cuba diperlekehkan secara perlahan-lahan oleh kumpulan ini, kerana mereka mengangap institusi tersebut sebagai penghalang kepada pelaksanaan agenda demokrasi dan kebebasan. Di Sarawak walaupun mereka tidak mempunyai raja namun Ketua Agama Islam masih di pegang oleh Yang Dipertuan Agong, manakala Yang Dipertua Negeri Sarawak merupakan symbol kepada pemerintahan YDP Agong. Oleh itu menjadi keinginan status quo tersebut dihapuskan dari perlembagaan negeri.

Oleh itu dapat kita lihat kumpulan ini cuba menghapuskan peranan yang dimainkan oleh isnstitusi raja dengan pelbagai cara dan kaedah agar rakyat Malaysia juga mempunyai keinginan untuk melakukan perkara sama. Bunga-bunga kebencian ditabur dengan pelbagai minuman propaganda kepada masyarakat.

Sementara itu di Iran mereka ingin menghapuskan institusi yang dimainkan oleh Ayatullah Iman Khemeini yang dianggap mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan dasar negara parsi tersebut.

Jesteru itu rasa gembira kumpulan yang mendakwa mewakili islam terhadap keputusan pilihanraya Sibu sebenarnya cukup memualkan jika kita perhatikan permainan licik puak liberalis dunia terhadap institusi politik Malaysia.

17 Mei 2010

Kamal Atartuk : Presiden Parti Rakyat Repulikan, Anwar Atartuk : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat



Adakah peringatan yang diberi oleh Mat Sabu di dalam akhbar Harakah beberapa mingu lepas bahawa pemimpin seperti Kamal Atarturk akan naik di Malaysia akan menjadi realiti akhirnya?Itulah yang dapat kita simpulkan bila memerhati situasi politik semasa di Malaysia.

Kelakuan DAP hari ini tidak ubah seperti pemimpin Yahudi dan Amenia di Turki sebelum kejatuhan kerajaan Uthamiyah dahulu yang selalu mendendangkan mereka tertindas, kerana secara tersiratnya mereka inginkan kuasa politik yang lebih di tangan mereka sebagaimana mereka menguasai ekonomi Malaysia.

Kelompok Yahudi dan Amenia dahulu mengadu dumba mereka tiada kebebasan di bumi Uthmaniyah dan kebebasan beragama tidak dibenarkan, walaupun hakikatnya pemerintah islam sewaktu itu telah banyak membantu mereka seperti menyelamatkan mereka selepas kejatuhan kerajaan islam Cordova, dan bantuan dari segi pembangunan pusat ibadah dan penempatan dikawasan yang didiami. Sehingga mereka menjadi bangsa peniaga dan menguasai bandar besar di Turki sewaktu itu dari aspek perniagaan.

Hari ini DAP pun melakukan perkara yang sama, mereka menafikan keterbukaan orang islam di Malaysia yang sanggup menerima mereka dan berkongsi tempat tinggal di bumi Malaysia.
Apa sahaja peristiwa yang ada diperbesar-besarkan seolah kerajaan yang memerintah adalah sezalim kerajaan yang ada.

Jika dahulu peranan di pihak orang islam menjatuhkan kerajaan pimpinan Sultan Abdul Hamid di mainkan oleh Mustafa Kamal Atarturk, di Malaysia kini juga hampir muncul watak yang sama iaitu dimilik oleh Anwar Ibrahim yang hari ini rasanya lebih layak digelar Anwar Atarturk.

Mustafa Kamal di bina imejnya oleh orang yahudi secara perlahan-lahan sewaktu menjadi pemimpin tentera dalam kerajaan Uhtmaniyah, kuasa barat dan Yahudi sewaktu itu sanggup mengorbankan tentera Greece bagi memberi imej yang tinggi kepada Mustafa Kamal, sehinggakan ramai ulama islam sewaktu itu terpedayan dengan hebatnya Mustafa Kamal.
Sampai ketika Mustafa berjaya mengumpul kekuatan dari salam Mustafa melancarakan strategi revolusi untuk menjatuhkan Sultan Abdul Hamid atas nama kebebasan .

Dengan berpakat dengan Yahudi Daunamah yang menginkan wilayah Palestin untuk dijadikan negara haram Israel dan bantuan dari pemimpin islam di Hijaz yang ingin berpisah dengan Khalifah Uthmaniyah akhirnya runtuhlah Kerajaan Uthamaniyah.

Secara sedar atau tidak pimpinan wahabi yang berkuasa di Hijaz semasa itu ingin bebas dari wilayah kekuasan Uthamaniyah hingga muncul gerakan nasionalis arab berpunca dari sikap kepuak-puakan kelompok wahabi .

Di Malaysia hari ini kumpulan islam yang sama hampir juga wujud, demi memperolehi kuasa dan politik kumpulan ini yang dipimpin tokoh yang pernah belajar di Pakistan dan terpengaruh dengan Muhamad Abduh ini juga melakukan perkata yang sama.
Perpaduan islam diketepikan atas alasan mereka lebih islam dari pihak yang lain tidak ubah seperti sikap keluarga Soud yang memerintah Arab Saudi hingga ke hari ini.

Kesultanan Melayu sebenarnya merupakan warisan dari kerajaan Uthamniyah,menurut sejarah ada dicatatkan masjid-masjid di Kelantan dan Terengganu pernah mendoakan kesejahteraan Sultan2 yang memerintah kerajaan Uthmaniyah. Manakala Maharaja Abu Bakar pernah singgah di Turki sewaktu perjalanan ke Britain sewaktu memerintah negeri Johor.

Dikatakan sewaktu itu pemerintah Uthmaniyah telah melebarkan hubungan yang terjalin dengan mengirimkan seorang berbangsa Turki untuk dibawa balik dan dikahwinkan dengan kerabat negeri Johor, dan hari ini keturunan Turki seperti Syed Naquib Al-Atas beranak pinak dan membesar menjadi sebahagian orang islam di Malaysia.

Selepas kejatuhan beberapa kesultanan Achen dan kerajaan islam lain diseluruh dunia, kita mendapati satu-satunya warisan Kesultanan Uthamaniyah di Malaysia berada di Malaysia.
Namun tidak mustahil jika warisan inipun akan hilang dan menjadi semacam negara Arab yang berpecah belah jika kelakuan Anwar Ibrahim hari ini tidak siapa yang dapat menghalangnya.
Antara Anwar dan Mustafa Kamal sebenarnya tiada satupun perbezaan, kedua-duanya menjadi kegilaan perempuan sewaktu berkuasa dan pada masa yang sama berminat dengan kaum sejenis, Kedua-duanya mempunyai aura untuk memukau khalayah dengan penampilan yang dikagumi ramai, kalau ada pun beza Mustafa selalu menjadikan lelaki muda sebagai anak angkat dan anwar pula selalu menjadikan anak muda sebagai adik angkat. Jika Anwar merupakan pemimpin Partikeadilan Rakyat , parti yang ingin mengunakan rakyat demi kepentingan peribadinya, Kamal Ataturk telah lama melaksanakannya apabila telah mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1923M, siapa tiru siapa?

Sememangnya kuasa barat dan Yahudi amat ingin system beraja di Malaysia dijatuhkan kerana status Quo islam akan terjaga selagi sultan atau raja berkuasa di Malaysia. Oleh itu mereka akan mengunakan pelbagai cara untuk menghapuskan system tersebut termasuk mengunakan orang islam yang mengaku islam seperti apa yang dilakukan Anwar Ibrahim.
Baca lagi di sini dan sini kenapa Anwar Atarturk layak digelar Kamal Atarturk moden.