31 Julai 2010

John R Mallot team terbaru Anwar hadapi kes liwat

Jun lalu Anwar Ibrahim dan pasukan peguambela kes liwatnya bertemu dan berbincang di Restoran Thai, Pacific Regency Hotel KL dengan John R Mallot bekas duta besar Amerika di Malaysia dan mencari strategi untuk menyelamatkan Anwar dalam kes liwat yang dihadapi.


Sebelum ini John Mallot pernah mengakui datang ke Malaysia semata-mata untuk meneliti kes dakwaan liwat terbaru Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari.

Perjumpaan yang diaturkan Anwar di Pacific Regency Hotel yang terletak berhampiran menara Kuala Lumpur itu turut dihadiri sama oleh Dato' Michael Bong dan beberapa peguambela kes liwat Anwar seperti Sankara Nair, Param Cumaraswamy, Faez Abdullah, dan Karpal Singh.

Selain itu pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng, Datin Paduka Tan Yee Kew, Mustafa Kamil Ayub, dan Dato' David Yeoh, bekas Senator Dewan Negara dikatakan turut hadir sama selain Steven Gan dari Malaysiakini.

Perjumpaan tersebut adalah jelas lebih kepada strategi yang diatur Anwar untuk menghadapi kes liwatnya.

John Mallot sejak menjadi Duta Besar Amerika di Malaysia dari 1995 hingga 1998 seringkali mencampur tugas rasmi sebagai wakil kerajaan Amerika di Malaysia dengan menjadi tukang baik pulih imej dan pengarah strategik secara tak rasmi untuk Anwar Ibrahim. Dari perjumpaan biasa dengan Anwar hinggala terlibat dengan Free Anwar campaign sewaktu Anwar sedang dipenjara adalah jelas peranan dimainkan oleh Mallot ini ke atas penasihat PKR tersebut.

Sehingga kini tugas tersebut masih dilaksanakan oleh Mallot walaupun kini dia sudah bersara sebagai pegawai kedutaan Amerika. Mallot yang mempunyai akses dengan ramai kenalan di CIA lantaran kedudukanya sebelum ini pernah banyak menjaga negara Asia yang menjadi sasaran Amerika seperti India, Pakistan, Vietnam serta Japun , begitu juga hubungannya dengan NED sebuah agensi yang kini memainkan peranan untuk CIA, hingga pernah dilantik oleh bekas Naib Presiden NED Charles Mannat untuk mengetuai sebuah konsultan ManattJones Global Strategies di rantau Asia Pacific.

Kunjungan beliau ke Malaysia juga sebenarnya diarahkan oleh rakan baik Anwar iaitu Al-Gore bekas Naib Presiden Amerika yang pernah menghina kerajaan Malaysia dalam satu persidangan di Kuala Lumpur sewaktu reformasi bawaan Anwar sedang memuncak.

Mallot yang merupakan wakil kerajaan Amerika di Malaysia sewaktu kunjungan Al Gore tersebut, sanggup mengeruhkan hubungan diplomatik Amerika dan Malaysia dengan membela tindak tanduk Al –Gore sewaktu itu dan sehingga kini tidak pernah meminta maaf kerana masuk campur dalam hak ehwal politik Malaysia. Klik sini kisah reformasi 1998/1999.

Tindakan Al-Gore dan Mallot sebenarnya tidak ubah seperti campur tangan Amerika di negara Iran, Sudan dan negara yang dianggap bukan sekutu rapat mereka.

Sebaik Mallot balik ke Amerika selepas pertemuan dengan pasukan liwat Anwar jun lalu, Mallot telah menghasilkan beberapa artikel dan dihantar kepada Malaysia kini dan akhbar Wall Street Journal. Dalam artikel tersebut Mallot cuba menyamakan kes liwat Anwar tahun 1998 dengan apa yang dihadapi Anwar dengan Saiful Bukhari.

Pada masa yang sama Al- Gore pun cuba membela Anwar dengan merayu Obama membantu Anwar Ibrahim suapaya menekan kerajaan Malaysia. Jelas Al Gore dalam blognya hanya Anwar mampu dipercayai oleh Amerika sekiranya ingin mewujudkan hubungan mesra antara Amerika dan Malaysia. Dan itu juga yang selalu dipuji oleh Mallot kepada Anwar Ibrahim.


Kedua manusia bernama Anwar ini, sanggup meletakan maruahnya di kaki Amerika apabila sanggup menjadi alat kepada Amerika untuk menguasai dunia islam.

Kalau kita perhatikan pemimpin dunia yang rapat dengan kepimpinan Amerika sebelum ini, mereka sebenarnya catur yang sedang dimainkan oleh kuasa jahat Amerika Zionis. Siapa tidak kenal dengan Anwar Sadat yang sanggup menjadi balaci Amerika dengan menandatangani perjanjian Camp David hingga menyebabkan negara Mesir seakan mengaku kalah kepada Israel dalam perang negara arab dengan Israel tahun 1978.

Adalah jelas perjanjian itu lebih menguntungkan Israel apabila buat pertama kali negara islam mengiktiraf negara tersebut.

Begitu juga dengan apa yang dilakukan oleh Kamal Atartuk, kenapa barat inginkan pemimpin tersebut yang kini dianggap idola terunggul rakyat Turki hingga menengelami kehebatan pemerintahan Sultan-Sultan dari Bani Uthmaniyah. Jawapannya mereka percaya bahawa Kamal akan mengikut telunjuk apa yang diarahkan.

Anwar Ibrahim walaupun belum pernah menguasai negara, namun hebatnya beliau atas mewakili kelompok muslim moderate seluruh dunia pernah melakukan tindakan sama apa yang di lakukan Anwar Sadat apabila sanggup menandatangani surat sokongan perjanjian Annapolis Summit yang jelas menyebabkan semakin banyak negara islam seperti Jordan mengiktiraf kewujudan negara terbabit.

Adalah jelas musuh Amerika dan Zionis lansung tidak boleh dipercayai namun Anwar sanggup menjadi jurucakap negara terbabit, serata dunia Anwar mengembara membawa agenda demokrasi Amerika.

Oleh itu janganlah kita terkejut dengan tindakan sedikit yang dilakukan Amerika CIA melalui Mallot kepada Anwar Ibrahim. Sesungguhnya Anwar tetap anak emas Amerika dan Zionis, mereka hanya menunggu masa untuk menuai emas setelah sekian banyak ditaburkan baja ke atas Anwar Ibrahim.

30 Julai 2010

Amerika biayai cubaan jatuhkan kerajaan Iran dan Malaysia


Ketua majlis badan pemantau Pilihanraya Iran Ayatollah Ahmad Jannati mendakwa Amerika telah membayar AS$1 bilion (RM3.2 bilion) untuk menumbangkan pemerintah Teheran dan menjanjikan tambahan AS$50 bilion lagi jika kerajaan pimpinan Ahmedinejad hilang kuasa dalam pilihanraya yang diakan pada tahun 2009, dakwa Ahmad Jannati kepada agensi berita IRNA.

Tambah Jannati lagi duit AS 1 bilion juga digunakan oleh pihak pembangkang pimpinan Mir Hossein Mousavi untuk menghuru-harakan situasi di Iran sehingga mewujudkan ketidakstabilan republic islam tersebut.

Selain itu dakwa beliau lagi rakyat Amerika juga telah membiayai 1 bilion dollar kepada pemimpin pembangkang Iran untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.

Kalau kita merujuk apa yang berlaku di Iran selepas pilihanraya 2009 dengan situasi di Malaysia pada tahun selepas PRU ke 12 pada Mac 2008, didapati situasi yang berlaku hampir sama. Mungkin jumlah kewangan yang telah dihulurkan kepada Anwar Ibrahim adalah sama dengan apa yang diperolehi Mousavi ataupun, ataupun lebih lagi memandangkan hubungan intim Anwar dengan Wolfowitz.


Di Iran permainan warna wujud oleh kumpulan Mir Hosein Mosauvi dan begitu juga di Malaysia permainan warna telah ditiupkan oleh kumpulan-kumpulan yang ada kaitan dengan Anwar Ibrahim.

Di Iran selepas pilihanraya 2009, parti pembangkang pimpian Mousavi dan Mehdi Karroubi enggan mengaku kalah , tetapi sebaliknya menyalahkan pimpinan Iran hingga mencetuskan ketidakstabilan di iran hingga menyebabkan berlakunya kematian seorang wanita yang sehingga kini tiada siapa yang tahu punca kematian wanita tersebut. Walaupun beberapa pandangan menyatakan wanita tersebut sebenarnya dibunuh oleh agen CIA dan menjadi korban kepada agenda demokrasi di Iran.

Di Malaysia selepas pasca Pru ke 12 juga menyaksikan perkembangan yang sama, Anwar yang sewaktu sebelum pilihanraya mendapat sokongan penuh dari Paul Wolfowitz dan termasuk pemimpin Neo Consevative Amerika George Bush yang menggunakan NED dan pelbagai agensi dibawah naungannya membantu Anwar.

Seebelum pilihanraya sekiranya diperhatikan wujud kumpulan baju kuning berdemonstrasi di Kuala Lumpur memprotes pimpinan kerajaan, dan di iran wujud pula kumpulan berbaju hijau.
Anwar Ibrahim selepas keputusan pilihanraya juga enggan mengakui di tolak rakyat Malaysia secara majority sebaliknya meneruskan agenda untuk menguasai kerajaan dengan impian membentuk kerajaan 16 September dengan sanggup menyediakan bajet untuk membeli ahli parlimen dari parti pemerintah.

Ke hulu dan ke hilir Anwar pusing seluruh dunia menyatakan bahawa dirinya akan menjadi PM dan membentuk kerajaan baru, hinggakan wujud ketidakstabilan politik, sosial dan ekonomi sewaktu itu.

Kebarangkalian Anwar dan Mousavi sebenarnya merupakan proksi Amerika tidak perlu dipersoalkan kerana keduanya tiada beda, mereka dibekalkan dengan fahaman demokrasi dan itulah yang ditiupkan kepada rakyat. Dan pada masa sama slogan demokrasi yang ditiup oleh Amerika ke seluruh negara islam, dan kita ketahui pelbagai badan democracy ditubuhkan Amerika melalui NED di pelbagai negara islam bagi mencapai visi mereka menguasai negara islam.

Di Iran Mousavi di anggap sebagai seorang reformis dan pemimpin moderate dalam konteks negaranya. Semasa pemerintahan Shah Iran lewat akhir tahun 70 - an, beliau pernah mengunjungi Amerika mengunakan visa pelajar untuk mengumpulkan rakyat Iran dan berdiskusi bagi menjatuhkan pemerintahan keluarga diraja Shah Iran.

23 Julai 2010

Anwar minta bantuan Al Gore dan John Mallot pulih kredibiliti


Pada persidangan Forum Ekonomi Asia Pacific ( APEC ) Oktober 1998, Naib Presiden Amerika sewaktu itu Al Gore telah membuat ucapan yang mengejutkan tetamu dan perwakilan dan melangar norma statusnya sebagai tetamu kepada sebuah kerajaan apabila secara terbuka menyokong perjuangan "Reformasi" alunan Anwar Ibrahim sewaktu majlis makan malam di adakan di PWTC.






Tatkala Al-Gore sedang cuba membantu Anwar , dirinya juga terbelit dengan dakwaan serangan seksual kepada tukang urut dan skandal sex.




Lantaran ucapan Al Gore tersebut, kebanyakan media Asia pada masa itu melihat Al gore dan Amerika cuba campur tangan hal ehwal negara lain. Lanjut isu tersebut ia meyebabkan hubungan Malaysia dengan Amerika mengalami masalah, lebih-lebih selepas bekas Duta Besar AS ke Malaysia John R. Mallot yang ketika itu aktif terlibat dengan gerakan “Free Anwar Campaign tampil mempertahankan apa yang dilakukan Al Gore.


Kalau diperhatikan sewaktu itulah juga hubungan diplomatik Malaysia dan Amerika menjadi tegang gara-gara banyak isu local pihak Amerika campur tangan.


Hari ini tatkala Anwar tersepit gara-gara siri memohon maaf kepada Yahudi sewaktu “Anwar Aplogy Tour “ Al Gore dan John R Mallot pun cuba melindungi Anwar dengan beberapa kenyataan balas kepada media .



Terbaru menerusi blognya Al Gore masih bertindak cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia apabila melalui tulisan di blognya yang seolah-olah meminta Kerajaan Amerika agar memberi tekanan kepada Malaysia.



Kenyataan di laman blognya jelas Al-Gore mengambarkan sistem kehakiman di Malaysia tidak adil seolah Anwar sudah dijatuhkan hukuman sebelum perbicaraan dilakukan.
Tindakan AL Gore ini tidak ubah seperti yang beliau lakukan satu ketika dahulu, dan yang peliknya pada masa yang sama bekas Duta Malaysia tahun 1995 hingga 1998 Jonh Mallot juga membuat kenyataan sama pada Malaysiakini dan terbaru di Wall Streets Journal di Amerika dengan menyatakan sepatutnya Amerika berdiri bersama dengan Anwar.


Sikap dan campurtangan Al gore dan Mallot ini sebenarnya sungguh pelik, sebelum ini mereka juga cuba menafikan perkaitan Anwar dengan CIA, setelah pandangan seorang Blogger Elaine Meinel Supkis dari Amerika melalui pemerhatiannya bahawa Anwar merupakan alat kepada CIA lantaran eratnya hubungan beliau dengan paul Wolfowitz.



Mallot yang mempunyai hubungan baik dengan George Soros, sejak menjadi Duta Amerika di Malaysia merupakan teman baik Anwar, perjuangan beliau dalam membela Anwar tidak terhenti walaupun selepas beliau bersara dari jawatannya sebagai Duta Besar di Kedutaan Amerika buktinya turut hadir dalam program Free Anwar Campain yang dianjurkan oleh pihak pembangkang di Malaysia. klik sini



Mallot sebelum berkhidmat sebagai Duta di Malaysia pernah berkhidmat sebagai pembantu wakil negara Amerika untuk Hal Asia Selatan. Sewaktu beliau berkhidmat di sana pernah beliau memberikan saranan kepada pucuk pimpinan Amerika agar Pakistan di isytiharkan sebagai negara Pengganas ekoran ketika itu Pakistan menjalinkan kerjasama ketenteraan dengan China.
Pada masa itu 1991 hingga 1992 Pakistan ditadbir oleh Perdana Menteri Nawaz Sharif. Dan ugutan itu ditarik balik apabila Pakistan diterajui oleh Benazhir Bhuto.


Tom Heneghan Ahli Perisikan Antarabangsa, yang mempunyai ratusan sumber yang boleh dipercayai di Amerika dan Eropah serta di Badan Perisikan INTERPOL, menyatakan Pembunuhan bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto adalah berkaitan dengan Mossad Israel Syndicate dan adanya penglibatan sindikit Bush Clinton.

Selepas Anwar mengecam Yahudi dan APCO, Anwar telah bertolak ke Amerikan Syarikat dalam siri memohon maaf kepada Yahudi Antarabangsa. Beberapa pihak mengatakan Anwar akhirnya akan menerima nasib yang sama seperti yang dialami oleh Benazir Butho, dan mungkin akhirnya mati di tangan CIA dan MOSSAD.


Persepsi itu wujud lantaran hubungannya dengan Yahudi dan CIA cukup hebat seperti mana Benazir Bhutho, Jika tidak bagaimana Wolfowitz sedaya upada cuba membela dan memberikan peluang sekali lagi kepada Anwar seperti dinyatakan kepada Jakson Diehl di dalam Washington Post.



"Wolfowitz IS pure CIA, any 'opposition leader' of any country that calls this gangster 'my friend' is now, ipso facto, part of the CIA machine. This machine runs on FRIENDSHIPS and SECRET MEETINGS and DOUBLE TALK by these friends who lie to even their own families!" - Anwar made his own bad choices during DC visit - EMSNEWS


Disebabkan Al- Gore dan Mallot merupakan kenalan rapat, mungkin keduanya sudah dapat mengagak nasib akhir yang diterima Anwar sekiranya masih gagal melaksanakan kehendak pihak Yahudi di Malaysia. Oleh sebab itu mereka cuba sedaya upaya untuk membantu Anwar dengan pelbagai cara agar nama Anwar sentiasa positif.


Menurut satu artikel di AIDCNews , merujuk kepada laporan Joshua Trevino dari wartawan dari New Ledger, misi Anwar memohon maaf kepada Yahudi telah berjaya mencapai matlamatnya.


Ekoran daripada deklarasi B'nai B'rith International yang mengecam Anwar kerana membuat ucapan anti-semitik di Malaysia, diikuti pula dengan misi lawatan Anwar memohon maaf, telah diterima positif oleh Jay Nordlinger, dari National Review Online", kata Joshua dalam tulisannya .

Jay Nordlinger menulis di National Review Online, 28 Jun 2010, Anwar sepatutnya dimaafkan kerana beliau telah menunjukkan kekesalan dan memohon maaf kepada rakyat Amerika Syarikat sendiri.


Sebaik Anwar balik dari Malaysia, John Mallot dan Al Gore terus memberikan komentar yang positif kepada Anwar, seolah ingin membantu membuktikan bahawa Anwar masih berguna kepada Amerika dan Yahudi.


Dan Malot sendiri mengakui dalam kenyataan terbarunya bahawa beliau sanggup datang ke Malaysia bulan lepas untuk meneliti kes Anwar dan memberi sokongan peribadi. Dari situ apakah yang dapat katakan mengenai penasihat PKR tersebut.


19 Julai 2010

Anwar Ibrahim, George Soros dan John R Mallot

Anwar Ibrahim, George Soros dan John R Mallot. John R Mallot mendapat pembiayaan untuk mengerakkan organisasi yang disertainya melalui dana dari syarikat yang dimiliki oleh Soros, Appolo Group dan Bank of Amerika , manakala Anwar pula dibantu oleh John R. Mallot untuk menafikan dirinya adalah talibarut CIA. Tahun 1995 hingga 1998 tatkala Anwar merupakan Timbalan Perdana Mneteri Malaysia dan mendapat layanan terbaik di Amerika Mallot adalah duta Besar Amerika di Malaysia.


Bekas Duta Besar Kedutaan Amerika di Malaysia menerusi portal Malaysiakini sekali lagi telah cuba menyelamatkan maruah Anwar Ibrahim apabila rahsia Anwar yang dijadikan alat oleh CIA tersebar kepada umum baru baru ini.

Kenyataan terbaru bekas pegawai diplomatic Amerika yang pernah berkenalan rapat dengan Anwar dari tahun 1995 hingga tahun 1998 itu mengatakan Anwar bukan ajen CIA. Sila rujuk sini dan sini.

Lantaran kenyataan John R Mallot tersebut secara tiba-tiba nama tersebut meletup dikalangan pendokong Pakatan Rakyat seolah seperti Isa Al Maseh sedang menyelamatkan umatnya dan sekaligus dapat memulihkan maruah pemimpin mereka Anwar Ibrahim yang tercalar gara-gara melutut kepada Yahudi Zionis sewaktu “ Anwar Apology Tour” di Amerika Syarikat dari 20 hingga 25 Jun.

Kenyataan Mallot ini dikatakan bukan kali pertama dilakukan, kerana tahun 2000 beliau dilaporkan pernah membuat kenyataan yang sama.

Satu perkara yang menjanggalkan mengenai Mallot ini ialah tatkala pemimpin berasal dari US lain berdiam diri, dirinya secara tiba-tiba muncul ingin membela Anwar Ibrahim, malah yang memelikkan lagi turut bersama dengan Anwar menyerang APCO seperti yang dilakukan oleh Anwar. Klik sini

Siapa John R Mallot

Merupakan bekas Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia dari tahun 1995 hingga 1998,( tahun 1997 hingga 1998 Malaysia mengalami musibah kewangan gara-gara permainan manipulator wang George Soros, dan Anwar Ibrahim telah disingkir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana skandal Rasuah dan isu Moral, Anwar juga pada masa tersebut lebih suka Malaysia mengikut polisi yang disediakan IMF).

Sebaik tamat perkhidmatan awam dan bersara dari jawatan tersebut beliau balik ke California pada 1999, Di California, beliau menjawat sebagai penasihat US-ASEAN Business Council, California-Asia Business Council, Asia Pasifik Media Center di UCLA, dan Asia Society's Southern California Center. Di samping merupakan ahli Majlis Dasar Antarabangsa Pasifik dalam tempoh tersebut.

Pada tahun 2000 hingga 2002 beliau dilantik Presiden World Affairs Council of Orange Country. World Affair Council dari Orange County adalah salah satu daripada 86 badan sedia ada di seluruh Amerika Syarikat.

Badan ini merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang melaksanakan pelbagai aktiviti seperti forum, perdebatan diskusi dan pendedahan dalam isu-isu kritikal yang melibatkan pembuat dasar, ahli perniagaan eksekutif, dermawan, ahli akademik, pelajar, pemimpin awam, dan pihak awam.

Sepanjang kewujudannya puluhan tahun lalu, Badan ini telah melaksanakan pelbagai persidangan antarabangsa yang memberi kesan kepada pembuatan dasar kerajaan Amerika.
Di antara tokoh yang pernah dilibatkan ialah bekas Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy, bekas Setiausaha Negara Henry Kissinger, bekas Timbalan Menteri Pertahanan Paul Wolfowitz, dan Pemilik Open Society Institute George Soros.

Soros sendiri telah membantu organisasi yang dipimpin oleh John R Mallot ini melalui beberapa syarikatnya seperti Bank of Amerika dan Appolo Group.

Dan pada tahun 2001 setahun selepas Mallot dilantik mengetuai World Council di Orange Country, satu persidangan Globalization : Going Global in the Information Age yang melibatkan George Soros sebagai panelis telah diadakan. Di persidangan ini dikatakan wujud perbincangan antara Soros dan Malot mengenai situasi politik Malaysia.

Manakala pada tahun 2002 rakan baik Anwar Ibrahim pernah Paul Wolfowtiz pernah dilibatakan bersama dalam satu forum bertajuk The Many facets of islam yang melibatkan tokoh-tokoh islam moderate dari negara islam.

World Affair Council juga mendapat bantuan dari CIPE sebuah organisasi dibawah National Endowment For Democracy (NED).

Selepas itu dilantik menjadi Penasihat kepada Manatt, Phelps & Philip dari tahun 2003 hingga 2005 dan Managing Director kepada Manatt Jones Global Bollywood bagi rantau Asia Pasifik sebuah syarikat Konsultan perundingan yang dimiliki oleh Charles T. Manatt antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam penubuhan National Endowment For Democracy (NED) selepas diarahakan oleh Ronald Reagan, Manat juga sempat menjawat jawatan Naib Presiden National Endowment For Democracy buat seketika. klik sini dan sini

Antara tokoh yang berada di dalam konsultan tersebut ialah Mr Gryczman adalah Pengarah Los Angeles County Demokrat, Ketua Jawatankuasa Hal Umum Israel Kepimpinan Division Baru (Pasifik Selatan) dan bekas ahli Lembaga Pengarah dari Persekutuan Yahudi di Los Angeles, dan pernah berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri Negara Israel menjaga hubungan media.

Dari tahun 2006 hinggalah sekarang, Mallot dilantik mengetuai Japan-America Society of Washington DC sebuah badan bukan kerajaan dan Non-Profit Organization Management industry dan merapatkan hubungan di antara kuasa ekonomi Jepun dan Amerika Syarikat.

Berdasarkan beberapa fakta di atas adalah jelas John Mallot mempunyai hubungan yang intim dengan beberapa tokoh yang mempunyai peranan penting sebagai pencatur kepada situasi politik dunia.

Seperti yang diketahui Soros merupakan pemilik Open Society Institute dan banyak menghabiskan duitnya untuk mengerakan aktiviti demokrasi versi Amerika/ yahudi di seluruh dunia. Sekiranya Soros tiada hubungan intim dan mempunyai peranan dengan Mallot sudah tentu dana pun tidak akan diagihkan kepada World Affair Council.




Penerima dana Soros di Malaysia ialah Malaysiakini yang kerap kali menyiarkan artikel atau tulisan yang dimiliki oleh Mallot. Dan kini Mallot merupakan pengemar kepada portal anti islam tersebut. baca sini bagaimana hubungan antara Soros dan portal tersebut.

Begitu juga dengan Charles Manat, sekiranya tokoh yang bertanggungjawab mengerakkan agensi untuk menguasai dunia seperti NED tidak percayakan Mallot, sudah tentu bekas duta Amerika itu tidak dilantik sebagai tokoh penting di syarikat konsultan yang dikuasainya itu.

Sementara itu dalam satu temubual dengan Jeffrey Kaye sebaik peristiwa 11 September berlaku suatu ketika dahulu, Mallot ada menyatakan bahawa pegawai konsulat tidak mempunyai akses maklumat kepada agensi keselamatan seperti FBI.

“ Dalam beberapa kes hanya jika ada pihak dari FBI, CIA atau Jabatan Luar Negeri Kementerian Luar Negeri memberitahu bahawa ini ada (senarai )nama yang harus anda masukkan ke dalam sistem yang ada di pejabat kedutaan.” ( senarai nama yang dibenarkan akan dapat masuk dengan mudah ke USA)kata Mallot sewaktu ditemuramah .

Tetapi yang peliknya di dalam kes Anwar Ibrahim mengapa dia mengatakan nama Anwar Ibrahim bukan talibarut Israel sedangkan dalam temubual tersebut dia menyatakan pagawai konsulat pun tidak mengetahui maklumat FBI ataupun CIA sekiranya tidak diberitahu.

Dan kita mengetahui Anwar telah diberikan Green Visa oleh Amerika. Dan sudah tentu nama Anwar sudah dimaklumkan awal oleh FBI atau CIA kepada pegawai Konsulat sekiranya Anwar ingin melawat Amerika.

Menurut temubual tersebut sekiranya FBI dan CIA ada menyatakan kepada pegawai konsulat senarai nama ia akan dimasukkan dalam database dan orang tersebut akan dibenarkan masuk dengan mudah ke USA. Adakah ini bermakna Mallot sebenarnya mengetahui banyak rahsia mengenai Anwar, namun bagi mengelakan rahsia Anwar terbongkar Mallot dengan pantas cuba menyembunyikan rahsia yang mula terbongkar.

Apakah Visa green dan kenapa Anwar terima sila rujuk sini. dan sini

Pelik dan janggal mengapa Mallot beria-ia sangup menafikan Anwar adalah talibarut CIA sedangkan bercanggah dengan kenyataan beliau sebelum ini.

Lebih-lebih lagi seperti dinyatakan oleh blogger Tom Yam bahawa sebanyak 9 kali Mallot menyebut Anwar bukan ejen CIA dan Amerika di dalam kenyataan terbarunya dalam satu membela Anwar Ibrahim.

Telatah Mallot sungguh melucukan dan memelikkan, bagaimana seorang bekas diplomat yang pernah mengetuai beberapa badan antarabangsa sanggup bersusah payah memantau isu politik Anwar di Malaysia dan turut memberi respon sekiranya boleh menjejaskan kredibiliti Anwar.

Annapolis Summit

Seperti mana Anwar ,Mallot juga turut sama menandatangani Annapolis Summit yang merupakan satu perjanjian yang mengiktiraf kewujudan israel dan Palestin dibawah fatah, namanya dimasukan bersama dengan beberapa tokoh lain yang jelas mempunyai kaitan rapat dengan badan perisikan Amerika Syarikat.

Anwar Ibrahim pada masa itu dilihat bersekongkol dengan bekas-bekas tokoh CIA, badan-badan pemikir dan pentadbir Amerika Syarikat. Kedudukan nama Anwar dan Mallot sebaris dengan JOHN McLAUGHLIN, bekas Timbalan Pengarah CIA; SHLOMO BEN-AMI, bekas Menteri Luar Negara Israel; HARRIET BABBITT bekas Pengarah NDI; CHRISTOPHER PATTEN, Co-Chair of ICG; STEVEN CLEMONS, Pengarah, New America Foundation, Robert E. Hunter, Penasihat Kanan, RAND Corporation, Diana Villiers Negroponte, Brookings Institution, Jeneral Eric Shinseki, Bekas Ketua Staff, Tentera Darat A.S. dan lain-lain lagi.


Oleh itu apabila Mallot mengeluarkan kenyataan membela Anwar Ibrahim sebenarnya ia bukanlah suatu perkara yang mengejutkan kerana berdasarkan latar belakang Mallot adalah jelas menunjukan beliau sendiri sebenarnya merupakan penghubung Anwar dengan badan perisikan Amerika . Ini kerana sekiranya Mallot tidak mempunyai jawatan yang besar disisi CIA mustahil namanya juga turut tersenarai bersama dengan nama-nama besar rangkaian CIA pada dokumen tersebut. klik sini


Perkara menarik lagi nama Anwar dan Mallot dimasukkan sebagai senarai kedua daripada kesemua tokoh yang menandantangani surat sokongan Annapolis Summit, bersama tokoh-tokoh badan perisikan, penajaan dan ejen iaitu Council on Foreign Relations (CFR), International Crisis Group (ICG), Central Intelligence Agency (CIA), United States Agency for International Development (USAID), National Democratic Institute (NDI), United States Middle East Project (USMEP), The New American Foundation, Brookings Institution, Open Society Institute, National Intelligence Council, RAND Corporation dan National Security Council.


Kesimpulanya antara Anwar, John R Mallot dan George Soros ketiga-tiga mereka sebenarnya mempunyai hubungan di antara satu sama lain. Tidak pelik sebenarnya jaringan ketiga-tiga yang mendokong Israel ini mempunyai lingkaran yang sama kerana mereka juga adalah datangnya dari pendokong kepada Neo Con Zionis Yahudi yang ingin menguasai dunia. Sehingga ke hari ini portal Malaysiakini masih sedaya upaya meletakkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin terbaik untuk rakyat Malaysia dengan memberikan beliau citra yang positif, manakala Mallot melalui kedudukan yang dimiliki akan sentiasa memantau perkembangan di Malaysia supaya imej Anwar tetap terpelihara.
bersambung-

12 Julai 2010

Apology Tour: Anwar dan Malcolm Hoenlein


Blog The Unspiners melaporkan bahawa pada 21 Jun dalam siri rangka lawatan Anwar untuk memohon maaf kepada Yahudi di Amerika Syarikat, Anwar telah berkesempatan bertemu dengan Malcolm Hoenlein bertempat di Third Avenue, Manhatan New York sebelum meneruskan siri perjumpaan dengan pihak-pihak lain yang berkepentingan di Amerika.

Aidc News menyatakan Hoelien ini merupakan Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations dan merupakan badan terbesar Yahudi di Amerika Syarikat yang menaungi 52 badan-badan Yahudi yang lain. Antara badan-badan yang dinaungi oleh organisasi itu adalah B'nai B'rith International, American Israel Public Affairs Committee, American Jewish Committee, American Jewish Congress, Bnai Zion, Religious Zionists of America, Zionist Organization of America dan lain-lain. Klik di sini untuk mengetahui secara mendalam siapa tokoh yahudi yang dijumpai Anwar ini.
Pertemuan Anwar dengan Tokoh Yahudi di Amerika ini langsung tidak dinyatakan Anwar di dalam laman Twiternya. Malah sewaktu isu Anwar ke Amerika dan memohon maaf kepada yahudi kecoh baru baru ini hasil pendedahan The Washington Post, Anwar mengatakan bahawa kunjungannya ke Amerika adalah untuk membantu rakyat Palestin yang terkepung dengan sekatan Israel. Jika benar kenyataan Anwar tersebut mengapa beliau malu untuk menyatakan bahawa beliau mengaturkan pertemuan dengan Tokoh yahudi yang pro zionis tersebut.

Sebenarnya apa yang istimewanya pelobi yahudi konservatif ini pada Anwar Ibrahim sehingga orang pertama dijumpainya sebaik tiba di Amerika. Hoelien ini merupakan Rabi Yahudi dan menyokong penuh polisi kerajaan haram Israel di tanah rakyat Palestin. Beliau mempunyai hubungan baik dengan Al Gore dan termasuk sama dan mempunyai hubungan erat dengan bekas Presiden Amerika George Bush.

Sehingga kini dikatakan Hoenlien juga merupakan antara tokoh Yahudi yang paling kental menentang polisi kerajaan Iran terhadap bumi Israel, malah sempat menganjurkan persidangan Rabi yahudi mengutuk Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad kerana selalu mengecam dan mewujudkan sentiman anti Israel di negara Iran. Hoenlien (tengah ) sedang bermesyuarat bersama rakan-rakan sealiran di American Jewish Organization.

The Forward, yang setiap tahun menerbitkan senarai 50 orang Yahudi yang paling berpengaruh, pernah menyenaraikan Hoenlien dengan gelaran. "Tokoh Individu yang paling berpengaruh dalam pembuatan dasar luar negeri Amerika .

Michael Massing seorang penulis di New York menyatakan Hoenlien memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dasar Amerika yang lebih positif kepada Israel dan bertangungjawab menjadikan Turki, Bahrain, Mesir, Jordan, Rusia, dan Uzbekistan sebagai rakan kepada Israel.

Hoenlien juga dianggap sebagai tokoh yahudi konservatif berfahaman keras oleh kelompok Yahudi Amerika lain ekoran tindakannya yang selalu tidak bertolak ansur dengan isu Israel dan Palestin.

Berdasarkan info-info ini apakah mesej sebenar di sebalik pertemuan Anwar dan Hoenlien? adakah benar Anwar sedang melobi untuk membela rakyat Palestine ataupun sedang membela dirinya ekoran lakonan di hadapan kedutaan Amerika yang membenci israel dan isu memburukan APCO di Malaysia.

Sekiranya polisi Barack Obama yang mesra negara islam pun selalu menjadi kritikan Hoenlien lantaran dirinya pro kepada Republican. Apakah status Anwar yang tidak mempunyai apa-apa jawatan kerajaan akan didengari oleh orang kuat Pertubuhan yahudi tersebut, melainkan Anwar mempunyai posisi tertentu bagi kelompok Yahudi Neocon yang tidak diketahui oleh umum. Ataupun disebabkan Hoenlien merupakan rakan neocon Bush bersama Wolfowitz, maka Anwar sedang meminta simpati dan ehsan dari Naib Pengerusi Eksekutif The Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations kerana pernah melukakan yahudi.

American Jewish organization yang diketuai Hoenlien ini pula merupakan badan yang memainkan peranan penting kepada kelompok Yahudi di Amerika .

Antara peranan yang dimainkan kumpulan ini ialah :
* Badan koordinasi pusat untuk Yahudi Amerika, yang mewakili 52 lembaga Yahudi dari seluruh negara dengan dari pelbagai latar belakang politik.
* Suara Yahudi Amerika, menjadi jurucakap dan bertindak atas dasar konsensus mengenai masalah-masalah antarabangsa dan mempunyai kepentingan.
* kumpulan yang menyokong kesejahteraan Israel.

*Merupakan tempat perbincangan untuk pemimpin Amerika, Israel dan dunia lain untuk menangani masalah-masalah penting yang menjadi perhatian kepada masyarakat Yahudi Amerika.

* Mengukuhkan dan membina hubungan Amerika Syarikat-Israel .
* Memastikan bahawa kepentingan Israel didengari dan difahami oleh para pembuat dasar, membentuk pandangan masyarakat Amerika.
* Menangani masalah-masalah kritikal dasar luar negeri yang berkaitan isu komuniti Yahudi Amerika.
* Mewakili kepentingan Yahudi Amerika secara teratur.
* Melindungi dan meningkatkan keselamatan dan martabat orang-orang Yahudi di seluruh dunia.


Oleh itu sama-samalah kita timbang-timbangkan kenyataan Anwar sebelum ini, benarkah beliau berada di Amerika untuk membela rakyat palestine atau sedang membela dirinya. Satu persoalan menarik mengapa perlu dirahsiakan dari umum kunjungan Anwar dan pertemuannya dengan beberapa tokoh yahudi di Amerika Syarikat. Ada perkara ingin disembunyikan?





07 Julai 2010

The Washington Post : kenapa Anwar malu mengaku sebagai klon Ahmadinejad


Anwar cuba mempotretkan dirinya rapat dengan Erdorgan, disebabkan Erdorgan kini merupakan Presiden negara muslim Moderate pertama didunia selain Indonesia. Malah beberapa kali cuba melobi agar mengikut apa yang dilakukan oleh Erdorgan. Namun Anwar seringkali menjauhkan diri dari apabila dikaitkan dengan Ahmadinejad, walhal Iran dan Ahmadinejad lebih dikenali sebagai negara yang konsisten memerangi Zionis Israel, kenapa Anwar merasa takut dengan Ahmadinejad dan gelaran anti semitik?

Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan kepada umum bahawa tindakkannya ke Washington adalah bagi mendesak Amerika membantu rakyat Palestin, tetapi beberapa portal berita berhaluan kanan di Amerika yang sebelum ini banyak memuji Anwar Ibrahim berkaitan impian Ketua Parti pembangkang mewujudkan sebuah negara muslim moderate di Malaysia, seperti akhbar Washington Post dan New Ledger melaporkan bahawa Anwar ke Amerika kerana sedang melakukan lawatan untuk memohon maaf dan menjelaskan kepada kelompok Yahudi Amerika kenapa dia mengecam yahudi di Malaysia dan diarahkan Jason Chong penulis di Free Malaysia Today bahawa Anwar bukan anti semitik .

Akhbar Washington Post melalui Jackson Diehl menyatakan Anwar menyesal mengunakan perkataan pencerobohan zionis yang seringkali dikaitkan dengan kritikan Presiden Iran Ahmadinejad kepda Israel dan Amerika.

Akhbar Harakah terbaru juga ada menyiarkan kenyataan Anwar kesal kerana mengunakan istilah “tindakan agresid Zionis”. Menurut akhbar tersebut kekesalan itu disebut kerana bagi mengelakan salah faham masyarakat Antarabangsa bagi menghindari tuduhan anti semitik yang dihadapi Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejab.

Dalam erti kata mudah Anwar sebenarnya takut dengan tanggapan anti semitik, dan ini menunjukkan bahawa Anwar sebenarnya hanya berpura-pura di Malaysia menentang yahudi Zionis tetapi sebenarnya takut mengkritik kelompok Yahudi tersebut walaupun sedikit.

Ini berbeza sekali dengan Mahmoud Ahmadinejad dan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamed yang sehingga kini dianggap anti semitik oleh media Yahudi kerana mengritik keganasan yahudi dan peristiwa holocaust di Jerman.

Anwar hanya berani mengaitkan dirinya sama dengan Erdorgan, walaupun hakikatnya tingkahlaku Erdorgan dalam mengritik Israel hanyalah bersifat lakonan untuk meraih populariti dalam negeri.

David E. Bernstein seorang Profesor di George Mason University School dan Profesor Tamu di Georgetown University menyatakan tindakan erdorgan di Turki adalah lebih kepada ingin mengekalkan kerajaan dan membangkitkan semangat nasionalisme di Turki dan menurut Bernstein ada kemungkinan segala kos kejadian di atas kapal mavi Malvara tersebut telah dibiayai oleh kerajaan Erdorgan.

Kalau kita lihat selepas peristiwa yang berlaku ke atas kapal tersebut kerajaan Erdorgan kembali popular, dan isu kegagalan kemasukan republik tersebut ke kesatuan eropah kembali senyap, dan parti pembangkang di Turki termasuk Saadat Parti warisan parti Refah pun mengakui kebijaksanaan Erdorgan meraih peluang membangkitkan semangat Nasionalisme Turki .

Di Malaysia anggota yang menyertai pasukan flotilla kedamainan juga pernah mendedahkan bahawa sewaktu serbuan dilakukan oleh tentera Israel ke atas kapal tersebut, senarai nama suspek telah disediakan oleh pasukan tentera Israel, dan lebih mengejutkan lagi hanya warga Turki ataupun suspek yang ada kaitan dengan Turki sahaja ditembak mati oleh pasukan tentera Israel.

Kalau kita uruti penubuhan kerajaan APK Turki di dapati kerajaannya mendapat sokongan daripada Amerika lantaran penaja utama AKP adalah Abdullah Gulen yang merupakan sekutu yang dibiayai oleh Amerika untuk melebarkan pengaruh di negara islam. Sila rujuk kembali artikel mengenai Gulen di sini.

Berdasarkan itu , dapat dikatakan kalau benar Anwar ingin membela islam dan membenci yahudi Zionis ,dia sesekali tidak akan malu mengambil tindakan seperti Ahmadinejad. Namun disebabkan tindakan itu hanyalah sikap hipokrit untuk meraih populariti seperti dilakukan Erdorgan, bekas pesalah liwat itu akhirnya terpaksa melutut dengan Yahudi Zionis saat melakukan kunjungan ke Washington Amerika baru baru ini.

05 Julai 2010

Anwar suka perkataan "muslim Moderate", apa kisah disebaliknya?


Jackson Diehl didalam artikel yang menceritakan perihal Anwar memohon maaf kepada Yahudi di Amerika ada menyebut bahawa Anwar mempunyai hasrat sebelum ini dan berjanji kepada barat untuk meletakkan Malaysia sebaris dengan Negara Indonesia dan Turki.

Kata-kata Diehl ini ada benarnya jika kita selami ucapan Anwar sebelum ini, seringkali beliau selalu menyebut bahawa Indonesia dan Turki merupakan Negara muslim moderate contoh yang seharusnya orang Malaysia ikuti.

Malah beliau ingin meletakkan dirinya sebaris nama dengan Racep Tayib Erdorgan, dalam artikel tulisan penulis zionis tersebut beliau ada menyatakan bahawa tingkahlaku Anwar sama seperti Perdana Menteri Turki Racep Tayeb Erdorgan. Akhbar Harakah keluaran 1554 dengan bangganya memuji Anwar kerana dikatakan senada dengan Erdorgan.

Sebagai rekod Anwar pernah menerima tokoh muslim moderate oleh CSID sebuah badan dibawah naungan National Endowmendt for Democracy (NED) badan yang sama pernah mengiktiraf Gus Dur dan pimpinan moderate Turkey. Hari ini dunia barat sememangnya menganggap Indonesia dan Turki sebagai Negara muslim Moderate.

Sebelum kita menelusuri dengan lebih jauh perbincangan ada baiknya kita cuba memahami apakah maksud muslim moderate. Dr. Muqtadar Khan seorang tokoh di CSID menyatakan muslim moderate ialah orang yang mengenalpasti dirinya kuat dengan idea Islam liberal dan juga penyokong kesederhanaan dalam manifestasi dan ekpsresi politik Islam.


Muslim moderat menurut beliau lagi merupakan istilah digunakan untuk menunjukkan seorang muslim yang lebih sekular dan kurang Islam daripada norma, yang bervariasi di seluruh masyarakat.

Di Amerika, seorang Muslim moderat adalah orang yang membawa bentuk islam lebih ataupun Islam John Esposito dan bersedia bertolak ansur dengan agama lain dan selesa dengan demokrasi dan pemisahan politik dan agama .

Istilah moderat Muslim menjadi penting selepas berlakunya pasca 11 September 2001, walaupun hakikatnya projek muslim moderate muncul selepas runtuhnya kerajaan komunis Soviet, lanjutan dari situ barat telah mula melihat islam sebagai ancaman kepada kuasa hegemoni Amerika dan barat. Dari situ telah diaturkan projek besar-besaran untuk menguasai dunia islam dengan mewujudkan kelompok islam lebih sederhana atau muslim moderate.

Pada masa itu islam seringkali dimomokan sebagai agama keganasan. Jesteru itu kelompok muslim moderate dibentuk diseluruh dunia oleh Rand Corporation dan agensinya dengan objektif muslim yang dibentuk tersebut akan menjadi penghubung kepada Amerika dan Israel. Sebab itu tokoh yang dikaitkan dengan muslim moderate kebiasaannya boleh menerima hubungan bilateral dengan Amerika dan Israel.

Dan untuk menjenamakan tokoh muslim tersebut rangkaian media barat akan digunakan untuk proses penjenamaan tokoh-tokoh terbabit. Mereka ini akan diberi pelbagai anugerah dan kemudahan akses dipelbagai negara lingkaran sama untuk mengikuti dialog dan seminar.

Untuk mengimbangi pengaruh Iran di kalangan Negara islam, Amerika sebenarnya inginkan sebuah negara yang dikatakan Negara islam tetapi pro Amerika dan boleh dijadikan model kepada Negara islam lain. Pada masa itu kebanyakkan Negara islam begitu jauh dengan barat khususnya Amerika. Jesteru itu suatu “grand design” dirangka untuk membentuk Negara muslim moderate.

Di timur jauh kemelut krisis kewangan yang dimulakan dan dirancang oleh George Soros menyebabkan satu persatu negara jatuh muflis dan negara umat islam terbesar didunia iaitu Indonesia turut menerima tempias yang sama. Hingga akhirnya Negara tersebut terpaksa tunduk kepada pencatur ekonomi yahudi barat dan tokoh-tokoh pro barat dilantik sebagai pimpinan Negara.

Antara tokoh yang naik selepas itu di Indonesia ialah Abdurahman Wahid atau dikenali sebagai Gus Dur, seorang muslim moderate, tokoh islam liberal dan kini dikenali bapak pluralism agama di Indonesia. Sewaktu beliau memerintah pernah dicadangkan agar Indonesia menjalinkan hubungan dengan Israel.

Sewaktu zaman Abdulrahman Wahid naik menjadi presiden, beberapa tokoh islam diseluruh dunia merasa gembira kerana ada tokoh agama dilantik menjadi presiden disebuah negara umat islam terbesar didunia. Namun kegembiraan itu berakhir apabila Gus Dur lebih berminat dengan agenda barat sewaktu mentadbir Indonesia. Rasa kesal itu pernah hadir pada mantan Presiden PAS Datuk Fadzil Noor saat beliau ke Indonesia untuk meraikan pelantikan Gus Dur namun membatalkan pada saat akhir ekoran beberapa polisi kerajaan Gus Dur yang tidak bertepatan dengan islam sebenarnya.

Di Indonesia pada zaman Gus Dur kita dapati islam liberal diberi tempat oleh pemerintah atas semangat kebebasan dan hak asasi. manakala aktiviti pluralisme agama dibenarkan diseluruh Indonesia. Sebab itu juga ajaran Ahmadiyah walaupun difatwa haram oleh kebanyakan pemerintah islam di seluruh dunia namun di Indonesia ia tidak dapat diambil tindakan kerana prinsip hak asasi dan kebebasan beragama yang dipraktikan selepas reformasi 19998.

Kebebasan bersosial dan bercambahnya kumpulan gay lesbian juga berkembang dengan pantas tanpa dapat dikawal oleh pemerintah saat Gus Dur menjadi Presiden.

Di Timur Tengah, runtuhnya kuasa Soviet telah menyebabkan suatu kuasa hilang di dunia dan ia menyebabkan kuasa Amerika dilihat dominan. Negara-negara baru seperti Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Kazakhstan, Turkmenistandan beberapa Negara muslim baru di eropah timur hilang tempat bergantung. Empayar Soviet runtuh meninggalkan Rusian sebagai warisan yang lemah.

Dan Amerika bimbang sekiranya Negara-negara islam terbabit akan dipengaruhi oleh Iran dan kumpulan islam lain diseluruh dunia.

Pada masa sama Fethullah Gulen seorang tokoh yang tidak diingini oleh kerajaan yang berkuasa di Turki sedang mencari perlindungan di luar Amerika.

Fethullah tidak menyenangi polisi kerajaan sedia ada di Turki sewaktu itu, tetapi beliau juga tidak menyenangi politik islam Necmetin Erbakan dan parti Refah yang pernah memenangi pilihanraya Turki, dan beliau juga tidak menyenangi cara politik Ayatullah di republik Islam Iran.

Fethulah merupakan seorang yang moderate dalam melontarkan pandangan tentang islam, beliau berminat dengan toleransi keagamaan, Idea-idea tentang toleransi dan dialog tidak terhad pada umat Islam tetapi diperluas kepada Kristian dan Yahudi.

Gulen dikatakan pernag bertemu dua kali dengan Patriark Bartholomeos, ketua Fener Patriarkat Ortodoks Greek di Istanbul. Dia juga datang bersama-sama beberapa kali dengan para pemimpin agama Kristian dan Yahudi untuk mempromosikan dialog antara agama. Pada bulan Februari 1998, misalnya, ia mengunjungi Paus di Rom dan menerima ketua Rabi Yahudi dari Israel.

Sesuai dengan orientasi Turki nya, Gulen mendorong perhatianpada negara-negara baru di Asia tengah. Dengan membawa gerakan ke Asia tengah Gulen telah dapat melebarkan pengaruhkan ke negara bekas jajahan Turki tersebut. Oktober 1996 125 juta dilaburkan oleh Gulen ke negara tersebut dengan Bank Asya Finance terlibat sebagai rakan kewangan.

Gerakan Gulen mendirikan madrasah di seluruh dunia pada tahun 1990, sebahagian besar daripada mereka di republik Turki yang baru merdeka di Asia Tengah, termasuk Azerbaijan, Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Rusia. Dengan membina madrasah, kata seorang penulis bernama Lukery, "ia boleh digunakan sebagai pusat untuk membolehkan CIA dan pejabat Jabatan Luar Negeri Amerika untuk beroperasi dan menyamar di kawasan tersebut, kerana ramai guru mempunyai pasport diplomatik".


FSB, organisasi perisikan Rusia sebelumnya disebut KGB, telah berkali-kali mengambil tindakan terhadap gerakan Gulen di Asia Tengah kerana telah bertindak sebagai sebuah pertubuhan untuk CIA. FSB mendakwa bahawa 'gerakan gulen' telah terlibat dalam perisikan atas nama CIA.


Gulen dikatakan telah mengumpulkan harta dan sebahagiannya diterima dari CIA sebanyak Dollar $ 25 bilion. Wang ini telah digunakan oleh Gulen untuk menukar kerajaan sedia ada di Turki menjadi Republik yang kononnya berwajah islam yang Pro Amerika dibawah parti Keadilan dan Parti Demokrat (AKP).

Abdullah Gul, Presiden Turki hari ini merupakan anak murid Gulen bersama-sama dengan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, dan Yusuf Ziya Ozcan, ketua Majlis Pendidikan Tinggi Turki .

Beberapa Pihak mendakwa CIA Amerika mungkin merupakan penyokong kewangan di belakang projek Gerakan gulen (lihat Kalyoncu (2008) dan Gulen adalah plot barat di Turki dan Islam pada umumnya.

Sementara itu, Pengarang akhbar Milli Görüş (pro Erbakan ) mendakwa Gulen merupakan agen kepada pihak barat.

Sibel Edmonds, bekas penterjemah FBI, dalam satu artikel menyatakan banyak bantuan gulen diperolehi oleh CIA.

Edmonds mengatakan diplomat Turki hari ini, kebiasaannya tidak akan digeledah oleh pegawai lapangan terbang, serumit diplomat negara islam lain.

Menurut Ms Edmond, Gulen mula menerima dana dari CIA selepas kejatuhan Kesatuan Soviet ketika para pegawai persekutuan menyedari bahawa AS tidak boleh mengawal apa yang berlaku di negara bekas Soviet.

Semasa itu para pegawai Amerika menyedari, bahawa Gulen dan Turki boleh berfungsi sebagai proksi "sempurna" kerana mereka adalah sekutu NATO yang berkongsi bahasa yang sama, budaya, dan agama sebagai negara-negara Asia Tengah lain.

Oleh itu bermula dari situ Gulen telah dibantu oleh pihak Amerika dana yang cukup besar untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada digantikan dengan kerajaan baru pro Amerika.

Penasihat Obama mengenai islam Dalia Mogahed secara terbuka pernah menyatakan Gulen memperolehi sumber kewangan ari Amerika dan oleh itu Amerika menyokong perubahan yang ingin dilakukan oleh Gulen. Kenyataan sama juga pernah dilontarkan oleh Bill Clinton sewaktu menjadi Presiden Amerika.


Cuba kita bayangkan bagaimana seorang muslim yang memainkan peranan penting kepada AKP parti di Turki boleh menjadi proksi kepada Amerika dan Israel. Dan segala tindak tanduk Erdorgan di Turki sebenarnya hanyalah lakonan politik untuk menaikkan imej Turki berbanding apa yang dilakukan oleh pimpinan Iran.

Jesteru itu kalau kita perhatikan berdasarkan beberapa contoh di atas menunjukan perkataan muslim Moderate atau pun negara muslim Moderate sebenarnya mempunyai konotasi berbeza dengan apa yang difikirkan oleh umum. Secara mudah negara muslim moderate sebenarnya merupakan negara proksi Amerika dan Israel untuk dijadikan jambatan hubungan.

Mahathir Mohamed pada 15 September 2006 saat perkataan muslim moderate bergema sewaktu itu mengatakan "Tidak ada nama seorang muslim moderat. Kami fundamentalis di Malaysia. Kami mengikuti ajaran agama yang benar dan ajaran yang benar tidak mengajari kita bom dan membunuh orang tanpa alasan. " seperti dipetik dalam satu kenyataan.

Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Israel untuk Homeland Security Technologies dan pengasas Lembaga Dasar Anti-Keganasan Antarabangsa di Herzlia, Israel Boaz Gano secara terbuka pernah menyarankan negara sekutunya agar memberi ruang dan membantu negara yang dikenali sebagai muslim moderate untuk melawan pengaruh negara islam lain. Pernah dalam satu artikel yang disiarkan BBC Israel meminta negara tersebut menjadi jambatan kepada dirinya dengan dunia islam lantaran status muslim moderate dimiliki.

Oleh itu apabila Anwar ingin membawa Malaysia sebaris dengan negara Turki dan Indonesia seperti yang ditulis oleh Diehl itu seharusnya diteliti kembali. Adakah slogan demokrasi yang dicanangkan oleh Anwar itu hanya merupakan alat untuk melaksanakan agenda yang lebih besar lagi selepas ini. Sesungguhnya politik Anwar umpama diseliputi racun dan cukup bahaya bagi seluruh umat islam di dunia, kealpaan kita terhadap apa yang ingin dilakukan Anwar mungkin akan memberi kesan kepada generasi islam di masa akan datang.