31 Ogos 2010

Anwar rekrut kumpulan baru untuk projek islam liberal


Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberikan task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan islam baru oleh Anwar Ibrahim. Sebaik kembali ke Indonesia dari program tersebut Chozin menerima khabar gembira dengan rasa bangga kerana HMI Indonesia telah diterima sebagai ahli sebuah pertubuhan islam berpusat di Turki ( sebuah pertubuhan mempromosi moderate muslim ) hasil usaha Anwar Ibrahim.

Anwar sebenarnya sehingga kini langsung tidang mempercayai apa yang sedang digerakkan oleh PAS walaupun parti pimpinannya berada di dalam satu kumpulan.

Hakikatnya islam yang ingin dibawa Anwar jauh sama sekali dengan apa ingin dibawa PAS, buktinya PKR lansung tidak teruja dengan jaringan PAS di Indonesia Parti Keadilan Sejahtera (PKS) tetapi intim dengan parti yang ada kaitan dengan Amin Rais iaitu Parti Amanat Indonesia (PAN) ataupun PKB ataupun parti pimpinan Jereral Probowo Subiyanto.

PKR juga sekiranya mampu ingin menjelmakan dirinya sebagai AKP parti, namun di dalam PASpula dahulunya selalu menjadikan parti Refah pimpinan Necmetin Erbakan sebagai rakan setia.

Namun kebijaksanaan Anwar menyusup menyebarkan ideologi di dalam PAS semakin hari semakin ramai pimpinan PAS mengikut islam ala Anwar Ibrahim.

Bagi meneruskan agenda menyebarkan pemikiran islam ala Anwar Ibrahim, beliau kini giat membangunkan barisan pelapis tersendiri tanpa bergantung kepada kelompok islam ala PAS.

Anwar sedar untuk mengunakan ABIM sepenuhnya sebagai penggerak agendanya amat sukar kerana kini sudah mula wujud kumpulan penentang kepada pemikirannya.

Oleh itu Anwar memberi ruang besar kepada PKPIM untuk mendekati PKR dan dirinya.

Pada 22-25 Mei 2010 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menganjurkan Konvensyen Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) 2010 pada 24 & 25 Mei 2010 iaitu bertempat di Dewan Kediaman Rasmi Exco Kerajaan Selangor, Shah Alam.

Antara persatuan yang menyertainya ialah Pelajar Islam Indonesia (PII), Himpunan Mahasiswa Islam Indonesia (HMI), National University of Singapore Muslim Society (NUSMS), Fellowship Singapore Muslim Students Association (FMSA), Thailand Muslim Students Association (TIMSA).

Dan syarat utama kepada PKPIM untuk membolehkan Kerajaan negeri Selangor membanu penganjuran program tersebut ialah memberikan ruang kepada Anwar Ibrahim untuk berdialog dan menyebarkan ide dan pemikirannya pada persidangan tersebut.

Seperti dijangkakan apabila sesi perbincangan dialog diadakan Anwar mengambil kesempatan untuk menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri Malaysia dan membela dirinya dari dikaitkan dengan kes liwat dengan Saiful Bukhari, walaupun kes tersebut masih dibiarakan di Mahkamah.

M.Chozin Amirullah Ketua HMI Indonesia ada menyiarkan pandangan Anwar berkaitan isu kes liwat tersebut di dalam laman blognya. Klik sini.

HMI Indonesia merupakan kumpulan yang pernah memainkan peranan penting menjatuhkan Presiden Suharto dengan mengadakan pelbagai Demonstrasi.

Dianggap sebagai pusat perkaderan islam liberal di Indonesia dan merupakan tapak Awal Nucolish Majid atau Cak Nur mengembangkan idea Islam Liberal. Sila rujuk artikel sebelum ini.

29 Ogos 2010

Demonstrasi bakar bendera di Kedutaan Malaysia Jakarta di dalangi Anwar?






Cuba kita teliti ulasan Anwar berkaitan ketegangan antara Indonesia dan Malaysia, jelas kita dapati beliau cuba memperlekehkan pimpinan dua negara, beliau juga cuba menyatakan hanya dirinya sahaja pemimpin yang dapat menyatukan Malaysia dan indonesia. Jelas dapat kita katakan sebenarnya ada cerita laindi sebalik tabir kisah demonstrasi bendera di hadapan kedutaan Malaysia di Jakarta.

Sukar untuk membuktikan campurtangan Anwar dalam isu demontrasi oleh warga Indonesia di Jakarta yang berlarutan sehingga rakyat republik itu yang tidak bertamadun sanggup melemparkan najis ke kedutaan kita di sana. Persoalannya siapa dalang semua ini?

Penulis ada teori sendiri berkenaan perkara ini.

Seperti yang kita tahu para aktivis bendera yang melakukan tunjuk perasaan itu. Aktivis Bendera yang ramai diantaranya merupakan pejuang gerakan reformasi tahun 1998 merupakan penyokong kuat pakatanMegawati dan Prabowo Subianto. Taksubnya mereka terhadapMegawati bermula pada tahun 1998 di mana mereka berkeinginan untuk menjatuhkan Suharto.

Ketaksuban itu berlarutan apabila ada di antara pernah mengadakan satu demontrasi yang mana mereka mengugut untuk membunuh diri jika adanya penglibatan asing dalam pilihanraya presiden tahun lepas yang mana mereka sudah pasti menyokong pakatan Megawati dan Prabowo Subianto dalam pilihanraya itu walaupun tanpa mereka sedari gabungan itu turutmenggunakan khidmat asing termasuk Israel dalam kempen mereka. Antara diyakini menjadi sumber kewangan mereka untuk melakukan demontrasi sehingga pasca pilihanraya presiden adalah ahli politik paling kaya di Indonesia iaitu Prabowo subianto yang menjadi gabungan Megawati untuk jawatan Naib Presiden.

Membuktikan semua ini ialah Prabowo Subianto merupakan pemimpin pembangkang yang jelas mengutuk Malaysia dalam 1 laporan Detik News yang bertajuk "Prabowo: Sopir Taksi di Malaysia Saja Sebut Indonesia Bodoh" pada 22 Ogos lalu. Beliau sengaja membangkitkan kemarahan rakyat Indonesia dengan menyatakan rakyat Malaysia langsung tidak menghormati rakyat Indonesia hatta seorang pemandu teksi sekalipun. Perkara ini yang seakan-akan membuktikan Prabowo turut terlibat dalam demontrasi Bendera tempohari secara langsung atau tidak langsung kerana jelas para aktivis Bendera berjuang mengikut acuan gabungan Megawati dan Prabowo.

Apa Perjuangan Bendera?

Apa yang menjadi persoalan kepada semua kegiatan bendera yang berjuang kononnya atas dasar Pancasila ialah sokongan mereka kepada ahli politik yang jelas begitu kontroversi dan tidak layak untuk disokong jika dasar perjuangan mereka diambil kira. Contohnya adalah ketika menyokong Megawati pada 1998, adalah jelas Megawati ditaja oleh pihak asing dan ada mengatakan Mega ditaja Israel, tetapi mereka tetap menyokong bekas Presiden Indonesia.

Begitu juga dengan sokongan mereka terhadap Prabowo Subianto kini walaupun secara jelas beliau kaya kerana bergelar menantu dan kroni Suharto pada tahun 1998 yang ditentang mereka separuh mati pada ketika itu. Prabowo juga terlibat di dalam kehilangan rakan-rakan aktivis mereka pada ketika itu dan menyebabkan Prabowo terkenal sebagai pelanggar hak asasi manusia di Indonesia dan perkara ini tidak diadili sehingga kini.Prabowo juga terang-terang menggunakan konsultan asing dalam 2 pilihanraya presiden pada 2004 dan 2009 yang lalu iaitu Alex Castinallos, konsultan kempen Parti Republikan yang membawa George W Bush ke jawatan presiden dan Rob Allyn, adalah konsultan asing dan bekas konsultanGeorge W Bush yang pernah berkhidmat dalam pencalonan Bush sebagai gabenor Texas tahun 1994 serta pilhanraya presiden tahun 2000.

Jadi apa halnya Bendera menentang campur tangan asing dalam piliharanya presiden sedangkan calon mereka sendiri menggunakan campur tangan asing?

Disebabkan itu kita boleh katakan perjuangan Bendera hanya kepada perjuangan political master atau penaja mereka sahaja. Jika pemimpin mereka kata itu, itulah perjuangan mereka.Yang terbaru adalah pembongkaran skandal Century dan begitu jugalah dengan hal demontrasi terhadap Malaysia ini.

Kaitan Bendera,Prabowo dan Anwar Ibrahim

Hubungan Prabowo dan Anwar Ibrahim bukan rahsia lagi apabila blogger X-Pkr meletakkan bekas Leftenan Jeneral Indonesia itu di ranking teratas Sahabat Anwar Ibrahim di Indonesia. Anwar Ibrahim juga sudah 3 kali bertemu secara rahsia dengan Prabowo di Indonesia tanpa diketahui media tempatan dan antarabangsa.

Apa yang dibincangkan juga tidak diketahui tetapi kaitan Prabowo dengan penasihat kempen George W. Bush serta pelbagai organisasi asing menyebabkan tidak menghairankan Anwar berjumpa beliau kerana kedua-duanya adalah pemimpin pembangkang di negara masing-masing yang terdesak mahukan kuasa dengan menggunakan khidmat organisasi asing.Amat diyakini mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Hubungan Anwar Ibrahim dengan Prabowo sangat baik ketika beliau bergelar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Prabowo sebagai Ketua Kopassus (Komando Elit Indonesia).

IPP Medan Anwar-Prabowo Bolot Kekayaan

Jika kita masih ingat lagi wujud Projek Penswastaan Tenaga IPP (Independent Power Provider). Antara yang paling jelas membuktikan kaitan Anwar dengan Prabowo ialah Projek IPP Manjung yang bernilai RM 400 juta pada ketika itu dan kini dimiliki oleh Malakoff Bhd. Projek ini mendapat bekalan arang batu daripada Prabowo yang ketika itu mendapat kawasan perlombongan arang batu daripada bapa mertua beliau Presiden Suharto. Setiap tahun Prabowo akan mendapat keuntungansebanyak RM 200 juta setahun daripada hanya 1 projek IPP Manjung, budi yang mampu menyebabkan Prabowo tunduk kepada Anwar untuk melakukan apa saja.

Selain IPP Manjung, 2 lagi projek iaitu IPP Kuala Sungai Baru (Powertek Bhd) dan IPP Paka juga turut mendapat bekalan arang batu daripada Prabowo tanpa jumlah keuntungan tahunan yang tidak diketahui. Kita boleh nilai sendiri dengan keuntungan RM 200 juta daripada IPP Manjung, boleh dikatakan hampir RM 500 juta berkemungkinan diperoleh Prabowo dalam masa setahun.

Sebab itu hubungan Anwar Ibrahim dengan Prabowo terlalu rapat kerana banyak duit diberikan kepada Prabowo dengan 3 projek ini yang diyakini diuruskan oleh kroni-kroni Anwar di dalam syarikat-syarikat yang menguruskan projek IPP terbabit.

Atas kaitan semua ini tidak menghairankan apabila aktivis Bendera yang menyokong Prabowo begitu kurang ajar kepada Malaysia mungkin kerana diarahkan Prabowo untuk melakukan demikian.

Antara yang paling jelas ianya hasil perbuatan Prabowo sebagai pembangkang di Indonesia ialah tindakan kerajaan Indonesia yang tidak begitu melatah dengan semua ini kerana mereka sudah tentu merasakan ianya adalah permainan pembangkang di Indonesia. Cuma kerajaan Indonesia bukan sebodoh sesetengah pemimpin Malaysia yang sanggup memburukkan negara dan lawan mereka di luar negara kerana tamakkan kuasa sehingga menyebabkan bendera kita dipijak dan dibakar.Sayangnya mereka melakukan itu semua mungkin diupah menggunakan wang yang mengalir daripada Pemimpin negara kita sendiri.

Pemimpin itukah yang kita mahu jadikan Perdana Menteri?

26 Ogos 2010

Anwar alat permainan konspirator Yahudi menguasai dunia


First, let me say, I am not a BN man or supporter, never was nor is. I am not writing this article to attack the Opposition group; I support the minority players/parties as I strongly believe that absolute power corrupts absolutely. Therefore if BN becomes the minority, then I may have to support them to help check on the excesses of whichever party ruling our country. “…the country is in danger of collapsing due to Anwar’s involvement with the American Democratic body which gives him money to do his political campaign here. Apparently he claims that Anwar is about to send ½ billion Sing Dollar into Sabah“. (Rights2Write)

The above statement is taken from a contributor in Susan Loone’s blog which can be false. I have not heard of American Democratic body.
In the past his name was on the attendees list of the Illuminati’s sponsored meeting/s when he was DPM as was Datuk Sopiee (deceased). Anwar is still with the World Bank (an Illuminati org.).



D.S. Anwar Ibrahim is in the news everywhere. Soon he maybe the next PM, but before we elect him, we should ask him - where Anwar Ibrahim allegiances lie – with this country or with the elitist’s society of a foreign country?

We better be safe than sorry as he is considered the power behind the BR or BA coalition - an ‘Alternative PM’.
Malaysia Today have already exposed Tan Sri Dato’Azman Hashim as a member of the Trilateral Commission; a person cannot just join such a secret exclusive organization but have to be invited into it. How many there are in this country who belong to such org. or similar ones?
Again MT has an update 27.03.08: Chandra Muzaffar Responds To Bhupalan And Other Critics
Bhupalan is aware of all this. An ardent PKR supporter, she was distressed that I had quit the party and met me a couple of times.

I explained to her in great length that apart from internal party divisions, I was unhappy about money politics in the Likas by-election, the manipulation of communal sentiments in the Lunas by-election and Anwar's close relationship to certain individuals and think-tanks in Washington who were part of the US's agenda for global hegemony. I told her that I had conveyed all these and other concerns to Anwar in a 15 page private letter in March 2002.

Anwar is very close to Paul Dundes Wolfowitz, ex president of World Bank (an Illuminist agent).
.
The Illuminati is made up of many other societies
Bilderberg
Club of Rome
Council of Foreign Affairs
Freemasons
Jesuits (of the Roman Catholic church)
Pilgrims Society
Skull & Bones (current President G. Bush a member)
Trilateral Commission
Organizations - IMF, WWF, World Bank, U.N., etc.
There is further breakdown as each society and organization can have sub-divisions.

Those who are with the elitists are not loyal to their countries but only to their masters in Illuminati.

If Anwar for or against us
Will we get out of the fire-pan (BN govt.) and in the fire (Anwar/eliist)
PS. During the 1990s Anwar as Finance minister nearly got funds from IMF (Illuminati org.). Our problems will be just about the same as in Indonesia – controlled by the hidden hand. As the Illuminati started the 9/11 WTO destruction, and the Bali bombing – they may do so here. Calling non terrorists – terrorists, and getting them charged as terrorists though some may be just involved.

If he had become the PM then, our troubles will just started.
So Malaysians think who you want as the next PM.

But first for the sake of the general public who uninformed or know little and those who deny of such conspiracy going on worldwide, I would like for them to see the website: http://www.arcticbeacon.com/ by Greg Szymanski, JD; or for Muslims see: http://www.illuminaticonfessions.webfriend.it/ by by Leo Lyon Zagami, now Khaled Saifullah Khan, an ex high level & of royal bloodline in the Illuminati, now a Muslim convert.
These two websites are the most reliable in dispensing information about the Illuminati, some others are misinfo agents or disinfo agents, eg Alex Jones.

25 Ogos 2010

Agenda Pluralisme Agama di negeri Pakatan Rakyat



Teoh Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) di Surau Al Huda, Kajang pada jam 9.33 mlm, 22 Ogos 2010.

Agenda Pluralisme Agama sedang jelas cuba dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat, sebelum ini di Pulau Pinang timbul isu mendoakan kesejahteraan kepada Lim Guan Eng sehingga menafikan hak kepada ketua Agama negeri iaitu Yang dipertuan Agong.

Kini bukan islam dan perempuan tanpa menutup aurat pula dibenarkan untuk menyampaikan tazkirah di Sebuah Surau Al Huda di Negeri Selangor Darul Ehsan.

Tindakan pimpinan Pakatan Rakyat Selangor ini jelas menunjukkan mereka ingin melaksanakan agenda plurlisme agama di Malaysia.

Agenda yang dimaksudkan ialah tidak ada sesuatu pun agama benar termasuk islam kerana semua agama membawa kepada kebaikan. Oleh yang demikian pada kelompok islam liberal tidak ada salah orang islam mengunjungi rumah ibadah bukan islam dan mengamalkan tatacara yang boleh dianggap sebagai menyalahi akidah ataupun boleh menimbulkan syak sepertimana yang dilakukan oleh Gus Dur yang mengunjungi Gereja dan di Babtis oleh geraja disana, manakala pemimpin bukan islam dibenarkan datang ke masjid dan menyampaikan nasihat kepada umat islam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat tetapi dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam. Sementara itu, orang Islam yang memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal. Manakala orang bukan islam tersebut harus tampil dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.

Tetapi Anehnya Teo Nie Ching dibenarkan masuk ke ruang solat utama tanpa menutup aurat di dalam masjid, sepertimana syarat yang biasa digariskan kepada bukan islam dimana-mana masjid di Malaysia sebelum ini.

PAS gesa umat islam tidak beri sokongan kepada Anwar Ibrahim dan PKR


Gara-gara Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi mengeluarkan kenyataan berikut :
" PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai."

Beliau akhirnya telah diberi dengan pelbagai gelaran oleh penyokong PAS, dari lalang Pakatan Rakyat hinggalah kepada Karpal Singh Junior, malah ada yang mendesak umat islam di Selangor tidak mengundinya pada pilihanraya akan datang.

Mungkin penyokong PAS alpa seketika dengan siapa sebenarnya mereka mengeluarkan hemtaman kepada Adun Seri Setia merangkap pegawai Khas kepada MB Selangor tersebut.

Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan orang kepercayaan Anwar Ibrahim dan baru dilantik satu posisi penting di peringkat PKR Pusat, iaitu Pengarah Komunikasi mengantikan Jason Chong. Jawatan yang disangdangnya memerlukan beliau mendapat kepercayaan dari Anwar Ibrahim dan sentiasa berhubung dari ketua Umum PKR tersebut.

Secara logik tidak mungkin Nazmi akan mengeluarkan kenyataan demikian sekiranya Anwar tidak mengetahuinya. Lebih-lebih lagi kenyataan Karpal Singh yang mengatakan beliau tidak bersendirian di dalam soal tersebut. klik sini

Adakah penyokong PAS termasuk pimpinannya akan turut sama mengecam jika yang mengeluarkan pandangan tersebut keluar dari mulut Anwar? nah kini Nazmi telah cuba dijadikan kambing hitam samada oleh Anwar mahupun pihak di dalam PAS.

Nazmi dikatakan terpengaruh dengan Anwar Ibrahim semenjak beliau belajar di MCKK lagi, pada dirinya reformasi yang digerakkan Anwar merupakan suatu perkara yang betul dan harus disokong.

Ideologi Anwar mengenai islam liberal dan Pluralisme juga diikuti Nazmi dengan penuh tekun, dan baru baru ini beliau telah dihantar oleh Anwar ke Universiti Paramadina untuk bertemu dengan Anis Basdawen Rektor Universiti yang ditubuhkan untuk mengkaji Pluralisme agama.

Anwar begitu percayakan Nik Nazmi dan sebab itulah beliau diberi kepercayaan untuk menguruskan banyak perkara mengenai kerjaya politik Puteri Sulung Anwar ibrahim iaitu Nurul Izah.

Oleh kerana itu, sebenarnya apa yang dilontar Nik Nazmi sekarang ini sebenarnya adalah suara Anwar Ibrahim, dan Nazmi hanyalah tool untuk menyampaikan mesej tersebut.

24 Ogos 2010

PKR Sabah persoal apa hubungan sebenar Anwar & Azmin?


Anuar Shaari bekas Setiausaha sulit Anwar Ibrahim pernah mendesak Wan Azizah menyatakan apa HUBUNGAN ISTIMEWA antara Azmin dan Anwar Ibrahim, berani Kak Wan mendedahkan kepada Umum?..

Menurut laman FMT sebuah portal pro Anwar PKR Sabah di laporkan akan bergoncang lagi gara-gara arahan Anwar supaya 12 pemimpin Kadazandusun di soal siasat pimpinan parti.

berikut petikan portal tersebut :-

" Arahan secara tiba-tiba dari Ketua Umum Anwar Ibrahim untuk menyoal siasat 12 pemimpin yang terlibat ketika mereka sedang berkempen boleh mengakibatkan kacau bilau, kali ini mungkin lebih buruk dari yang terdahulu.

Menurut sumber-sumber, peristiwa yang tidak dijangka ini telah membuat Jeffrey dan beberapa pemimpin Kadazandusun dalam parti naik marah.

Dua belas mereka ialah are Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah Awang Sahari, Mozes Iking, Guandee Kohoi, Sylvester Balon, Dr Nicholas Guntobon, Harry Manisit, Rubbin Guribah, Paul Kerangkas, Innocent Makajil, Gonsubin Yosundang and Nasir Sami.

Kesemua mereka telah menerima dan menjawab surat tunjuk sebab daripada Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution minggu "
klik sini.

Sementara itu sebuah laman pro PAS iaitu Penarik Becha yang blog masternya Bakaq adalah bekas penulis harakah mendedahkan pergolakan di Sabah itu seakan ada kaitan pergeseran antara Azmin dan Anwar Ibrahim . Klik Sini

Kisah pergolakan PKR di Sabah dikatakan bermula apabila Jefry Kitingan membantah dirinya tidak dilantik sebagai pengerusi PKR Sabah dan Anwar melantik Ahamad Thamrin (orang Azmin ) sebagai Pengerusi PKR Sabah.

Konflik itu semakin melarat apabila Zaid Ibrahim terheret sama gara-gara menyebelahi Jerfy Kitingan hingga membuatkan beliau mengambil keputusan bercuti dari politik 6 bulan gara-gara dilarang oleh Anwar berkunjung ke Sabah untuk meredakan ketegangan disana.

Adalah dipercayai tindakan Saifudin mengeluarkan surat kepada 12 orang pemimpin kadazan dusun itu adalah disebabkan faktor Azmin yang ingin menguasai kepimpinan di Sabah sebelum pemilihan parti berlangsung akhir tahun ini, difahamkan seramai 8 orang dari 12 yang dinamakan merupakan antara calon untuk pemilihan Ketua Cabang PKR di Sabah.

Yang pasti Anwar sudah pening kepala dengan tindakan Azmin ini, nak ditegur akan menyebabkan Azmin merajuk, tak tegur lagi menyebabkan pimpinan lain di dalam PKR tersingung dengan perbuatan Azmin dan Anwar.

Agak-agaknya apa reaksi Kak Wan Azizah?

21 Ogos 2010

Muslim Moderate : tiada asas tolak Gay / Lesbian dalam islam


“Kurang syah, jika tak nyeleneh.” Kalimat ini, barangkali tepat untuk dikatakan pada para aktivis gerakan Islam Liberal. Sikap nyeleneh itu, paling tidak disampaikan oleh Dr. Siti Musdah Mulia yang katanya-- Pensyarah UIN Jakarta baru-baru ini.

Dalam sebuah diskusi yang diadakan di Jakarta hari Khamis 27 Mac 2008 itu secara tiba-tiba ia mengeluarkan kenyataan bahawa homoseksual dan homoseksualiti merupakan kelaziman dan dibuat oleh Tuhan, dan diizinkan juga dalam agama Islam.

Tidak hanya itu, Siti Musdah juga menyatakan bahawa sarjana-sarjana Islam moderat bersetuju tidak ada asas untuk menolak homoseksual dalam Islam, dan bahawa larangan homoseks dan homoseksualitas hanya merupakan tendensi para ulama.

Sebenarnya tidak ada yang baru dari kenyataan para aktivis dalam komuniti JIL (Jaringan Islam Liberal). Sekalipun isu atau wacana, yang dilontarkan berbeza tetapi gayanya hampir seakan sama, yang membuat ia berbeza adalah analisinya yang lebih mendalam.

Lontaran Musdah itu sebenarnya seiringan dengan penghinaan media masa Barat terhadap Nabi Muhamad dan umat Islam. Kerana isu yang disampaikan Musdah juga dimainkan sama oleh kaum Kristian dan Yahudi sekular-liberal Barat seperti di Belanda, Belgium dan Sepanyol.

Sekalipun tulisan ini tidak bermaksud mengaitkan atau menghubungkan kepentingan-kepentingan antara JIL - Siti Musdah dengan pihak Barat, tetapi kita patut bertanya, ada apa disebalik ini semua?

Sebenarnya, apa yang disampaikan Musdah hanyalah “membeo” Frank Van Dalen Ketua organisasi kaum homoseksual Belanda (COC) atau Boris Van Der Ham anggota parlimen dari parti sosial liberal Belanda yang menuntut persamaan hak para gay dan lesbian. Mereka juga mengecam gereja.

Yang menghairankan juga adalah perbincangan yang berlebihan untuk membela wacana tersebut di tengah “usaha” sesetengah pihak orang dalam komuniti LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) untuk menuntut hak asasi, keadilan dan anti-diskriminasi.

Luth, Bible dan Sejarah Peradaban

Kalau kita mengkaji sejarah peradaban manusia, sebenarnya fenomena penyimpangan seksual sudah muncul jauh sebelum masa Nabi Muhammad SAW, tepatnya pada masa Nabi Luth yang diutus untuk kaum Sadom. Hampir semua kitab tafsir mengabadikan kisah tersebut ketika menyingkap kandungan ayat-ayat yang berkaitan dengan kisah nabi Luth.

Allah berfirman : Dan Luth ketika berkata kepada kaumnya: mengapa kalian mengerjakan perbuatan faahisyah (keji) yang belum pernah dilakukan oleh seorangpun sebelum kalian. Sesungguhnya kalian mendatangi laki-laki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kalian ini kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri. Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali istrinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu.” [QS Al-A’raf:80-84].

Allah menggambarkan Azab yang menimpa kaum nabi Luth : “Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim” [Hud : 82-83]

Semua ayat di atas secara jelas mengutuk dan melaknat amalan homoseksual kerana bertentangan dengan kudrat dan kehidupan manusia normal.

Perlu diingat, sikap keras melaknat itu bukan hanya pada Islam. Namun juga pada agama Kristian.

Amalan homoseksual juga menjadi laungan yang menakutkan pada agama Kristian. Bibel menyebutnya sebagai ibadah kafir yang lazim dikenal dengan nama “pelacuran kudus”. Ia sangat mengutuk dan mengecam pelakunya kerana bertentangan dengan moral.

Dalam Perjanjian Baru, Roma 1:26-27, Paulus mengingatkan, bahwa amalan homoseksual adalah sebahagian dari bentuk keruntuhan moral dunia kafir, dari mana orang-orang kristian sebenarnya telah dibebaskan dan disucikan oleh Tuhan.

Dalam Imamat 20:13 berbunyi : ”Janganlah engkau tidur dengan laki-laki secara orang bersetubuh dengan perempuan, karena itu suatu perkara keji, pastilah mereka dihukum mati dan darah mereka tertimpa kepada mereka sendiri”. Yang melakukannya diancam dengan hukuman mati.
Feqah

Dalam khazanah keilmuan islam khususnya ilmu feqah, amalan homoseksual dan lesbian –sering dikatakan sebagai kaum “hombreng” mudah dicari rujukannya. Kelainan seksual dalam Islam ini sering disebut al faahisyah (dosa besar) yang sangat menjijikkan dan bertentangan dengan kudrat dan tabiat manusia. Oleh kerana itu para ulama sangat mengutuk, mengecam dan mengharamkannya.

Kalau ditelusuri secara gramatikal (bahasa) tidak ada perbezaan penggunaan kata antara homoseksual dan lesbian. Dalam bahasa arab kedua-duanya di namakan al liwath. Pelakunya di namakan al luthiy (lotte). Namun Imam Al-Mawardi membedakannya. Beliau menyebut homoseksual dengan liwath dan lesbian dengan sihaq atau musaahaqah. (lihat : al hawi al kabir karya al mawardi : juz :13 hal : 474-475)

Ibn Qudamah Al Maqdisi menyebutkan bahawa penetapan hukum haramnya amalan homoseksual adalah Ijma’ (kesepakatan) ulama, berdasarkan nash-nash Al-Quran dan Al-Hadits. [al mughni juz :10 hal : 155].

Imam Al Mawardi berkata, “Penetapan hukum haramnya amalan homoseksual menjadi Ijma’ dan itu diperkuat oleh Nas-nas Al-Quran dan Al-Hadits. [Kitab Al hawi al kabir, juz :13 hal : 475]

Mereka dalam hal ini berbeza pendapat mengenai jenis dan bentuk hukuman yang dikenakan kepada pelakunya. Itu timbul karena perbezaan dalam meng-interpretasi dalil-dalil yang bersumberkan dari Al-Quran, Al-Hadits dan Atsar (Fakta sejarah sahabat).

Ayat-ayat di atas (Al A’raf : 80-84 dan Hud : 77-83) secara jelas berisi kutukan dan larangan Allah SWT terhadap pelaku praktik homoseksual. Itu juga diperkuat oleh hadits-hadits berikut:

Hadits riwayat Ibn Abbas : “Siapa saja yang engkau dapatkan mengerjakan perbuatan homoseksual maka bunuhlah kedua pelakunya”. [ditakhrij oleh Abu Dawud 4/158 , Ibn Majah 2/856 , At Turmuzi 4/57 dan Darru Quthni 3/124].

Hadits Jabir : “Sesungguhnya yang paling aku takuti (menimpa) umatku adalah perbuatan kaum Luth” [HR Ibnu Majah : 2563, 1457. Tirmidzi berkata : Hadits ini hasan Gharib, Hakim berkata, Hadits shahih isnad]

Hadits Ibnu Abbas : “Allah melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (beliau mengulanginya sebanyak tiga kali)” [HR Nasa’i dalam As-Sunan Al-Kubra IV/322 No. 7337]

Perbedaan atsar (penyikapan baik dengan kata atau perbuatan) para sahabat adalah dalam menentukan jenis hukuman yang dikenakan kepada pelaku. Diantara perbezaannya adalah; membakarnya dengan api, menindihnya dengan dinding, dijatuhkan dari tempat yang tinggi sambil menimpuknya dengan batu, ditahan di tempat yang paling busuk sampai mati.

Para ulama feqah juga setelah menyepakati amalan homoseksual dan lesbian adalah haram, mereka hanya berbeza pendapat mengenai hukuman yang layak diberlakukan kepada pelaku. Perbezaan hanya menyakut dua hal; Pertama: perbezaan dalam menentukan jenis hukuman, sebagaimana tersebut di atas. Kedua: perbezaan ulama dalam mengkategorikan perbuatan tersebut, apakah dikategorikan zina atau tidak? Dan itu berimplikasi terhadap kadar atau jenis hukuman yang dikenakan.
Artikel ini disunting dan disesuaikan dari tulisan asal Supriyadi.

Nurul Izzah bakal ganti Musdah Mulia sebagai tokoh pluralisme agama halalkan gay ?


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

"Indonesia belum memiliki tokoh politik muslimah yang mampu melakukan dialog dengan berbagai kelompok, terbuka dan pluralis, namun pada saat yang sama tidak kehilangan identitas kemuslimahannya", demikian disampaikan Ketua Umum PB HMI, M Chozin Amirullah kepada Nurul Izzah Anwar dalam pertemuan tertutup di Jakarta, Rabu (4/8).

Chozin mengharapkan Nurul Izzah mampu menjadi tokoh politik perempuan Islam yang mampu menginspirasi perempuan-perempuan Indonesia, khususnya generasi muda. Nurul Izzah Anwa di sela-sela lawatan politiknya di Indonesia menyempatkan diri menerima khusus PB HMI yang dipimpin langsung oleh Ketua Umum dan didampingi oleh Imam Subkhan dari Komisi Hubungan Internasional, Qusthan dari Lembaga Seni dan Budaya Islam dan Muzrin dari Komisi Politik. Pertemuan ini merupakan kelanjutan dari perbincangan PB HMI dengan Anwar Ibrahim dan beberapa tokoh politik muda Malaysia di Kuala Lumpur pada bulan Juli lalu.

Dalam pertemuan selama tiga jam banyak persoalan kontemporer menyangkut isu politik, ekonomi, agama dan budaya yang dibahas. Nurul Izzah yang didampingi oleh Nik Azmi, salah seorang politisi muda PKR, menyampaikan apresiasinya kepada HMI yang terus mengikuti perkembangan politik Malaysia termasuk kasus fitnah liwat yang dikenakan kepada Datok Anwar Ibrahim oleh rezim Pemerintah Malaysia. Selain itu, Nurul, perempuan cantik berjilbab yang sudah memiliki dua anak ini, mengharapkan HMI mau berbagi pengalaman dengan gerakan-gerakan mahasiswa di Malaysia khususnya strategi gerakan untuk melakukan rekayasa perubahan sosial.

Senada dengan Nurul, Nik Azmi juga berpandangan sama. HMI dapat menjadi inspirasi bagi gerakan mahasiswa Malaysia dengan mengacu pengalaman melakukan perubahan-perubahan di Indonesia.

Merespon gagasan dari Nurul Izzah, Imam Subkhan dari Komisi Hubungan Internasional telah menyatakan kesiapannya untuk membagi pengalaman HMI dengan gerakan mahasiswa Malaysia. Selain itu HMI juga telah merencanakan program "Nurul Goes to Campus" , yaitu sebuah program yang mempertemukan Nurul Izzah dengan aktifis-aktifis kampus khususnya aktifis muslimah.


Nurul bisa menjadi inspirasi bagi kalangan muda untuk tidak pernah menyerah kepada ketidakadilan. Di akhir pertemuan menjelang tengah malam, Nurul berpesan agar HMI tetap istiqomah dalam perjuangan dan tetap menjalin persahabatan dengan gerakan muda Malaysia termasuk tokoh-tokoh politiknya.

Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh


Salam
Imam Subkhan
Ketua Komisi Hubungan Internasional HMI,

#Himpunan Mahasiswa Islam merupakan tempat tokoh Islam Liberal Indonesia Nucolish Majid mengasah bakat sebagai aktivis. Klik Sini .

Himpunan Mahasiswa islam ini ditubuhkan untuk memastikan konsep pancasila terus diamalkan di Indonesia dan pada tahun 1998 pernah bertindak mengetuai siri demonstrasi menjatuhkan Suharto sebagai Presiden republik Indonesia. klik sini

07 Ogos 2010

Anwar hijrah ke Amerika demi islam liberal

Rasululllah SAW, telah berhijrah ke dari kota Mekah ke Kota Madinah demi mengukuhkan lagi kedudukan umat islam. Namun Anwar telah keluar dari negara islam (Kuala Lumpur ) menuju negara bukan islam (Britain dan Amerika ) selepas dibebaskan dari penjara, Anwar ke UK dan Amerika bukan untuk mengukuhkan umat islam sebaliknya bersekongkol dengan musuh islam untuk memusnahkan islam dengan fahaman islam liberal.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz baru baru ini telah menyamakan Anwar dengan Rasulullah kerana ketegasan prinsip dan istiqamah dalam perjuangan.

Kenyataan Nik Aziz tersebut sebenarnya mengejutkan banyak pihak, malah difahamkan dalaman PAS sendiri tidak mengemari kenyataan menjadi Mursidul Am PAS tersebut , yang tergamak menyamakan Istiqamah nabi Muhamad dengan diri Anwar Ibrahim.

Istiqamah Nabi Muhamad adalah melawan kaum Musyrikin Quraisy yang ingin memerangi islam, namun dalam konteks Anwar, perjuangan dirinya kini merupakan seorang yang ingin merosakan islam yang dibawa oleh Nabi Muhamad.

Fahaman liberalisme dan pluralisme bukanlah ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhamad, di Malaysia dan Indonesia fahaman tersebut kini ternyata sudah diharamkan oleh pihak berkuasa.

Sewaktu gerakan ar -ridah, sejurus kewafatan nabi Muhamad Khalifah Abu Bakar telah melancarkan gerakan membasmi ajaran-ajaran sesat yang boleh memesongkan umat islam dan menghapuskan nabi-nabi palsu diseluruh pelusuh wilayah islam sewaktu itu.

Namun kini seorang yang dijenamakan Tok Guru oleh penyokong parti sanggup merendahkan martabat seorang ulul Amri dengan manusia durjana bernama Anwar Ibrahim.

Anwar hari ini telah mengangkat fahaman islam liberal dan Pluralisme dalam gagasan politik dirinya, akhir-akhir ini aktiviti menyebarkan gerakan tersebut semakin aktif dilakukan malah anaknya sendiri dihantar ke Indonesia minggu lepas untuk bertemu dengan Anies Baswedan seorang tokoh islam liberal anak didik kepada tokoh di dalam jaringan islam liberal (JIL)Indonesia Nurcolish Majid atau chak Nur.

Nabi Muhamad kalau kita ikuti sejarah perjuangannya sewaktu menyebarkan islam, telah melakukan hijrah ke Kota Madinah hinggakan Kota tersebut berjaya dibangunkan sebagai kota islam pertama di dunia dan wujud nya perlembagaan bertulis buat pertama kalinya dalam sejarah ketamadunan sewaktu itu.

Dan ini amat berbeza dengan istiqamah Anwar Ibrahim menyebarkan agenda islam liberalnya, sebaik sahaja dibebaskan dari penjara, beliau telah berhijah ke kota London dan kemudiannya ke Amerika Syarikat dan sempat bertapa di Saint Anthony Clollege Oxford London, Universiti John Hopkin dan George Town Universiti di Amerika. Klik sini untuk ikuti proses pertapaan Anwar di Amerika untuk mendalami islam liberal.

Universiti tersebut merupakan pusat kumpulan orientalis barat bertemu dan berbincang mencari kaedah bagaimana untuk menguasai negara islam dan merosakan agama nabi Muhamad.

Walaupun wujud tokoh pemikir islam di university tersebut, namun tokoh seperti yang dijadikan rujukan oleh Anwar Ibrahim Syed Hossein Nasr merupakan tokoh yang telah dibuang oleh negara asal dan terlalu jauh dengan pemikiran kumpulan ulama islam di Al-Azhar university. Baca sini untuk mengenali jemaah islam liberal di Amerika selain Anwar Ibrahim.

Walaupun Anwar berada di Amerika beberapa tahun, kita tidak dapat mengetahui berapa ramai orang Amerika terlah terpengaruh dengan ajaran yang dibawa Anwar Ibrahim, malah sehingga kini Amerika masih tetap merupakan sekutu yahudi israel laknatullah.

Dan ini nyata berbeza sekali kehebatan nabi Muhamad di Kota Madinah. Oleh itu bagaimana tergamak Nik Aziz telah merendahkan Rasul Junjungan umat islam sehingga disamatarafkan dengan Anwar Ibrahim.

Nabi Muhamad sesunguhnya terpelihara dari kejahatan, namun Anwar Ibrahim kejahatan sentiasa melingkari kehidupanya, sungguh nyata berbeza sekali.

Namun itulah hakikat yang perlu diterima apabila kuasa telah menyebabkan seseorang tersebut hilang akal dan pertimbangan untuk menyatakan mana yang betul dan mana yang bathil.

06 Ogos 2010

Anwar ingin leburkan islam - Al- Gore & Wolfowitz.


Anwar telah mengarahkan anaknya Nurul Izah dan pemimpin pelapis PKR Nik Nazmin Nik Ahmad berjumpa dengan pemimpin pelapis Islam liberal dan Pluralismen di Indonesia iaitu Anies Baswedan yang berjaya meniupkan sentimen kebencian di kalangan anak muda di Universiti di Indonesia untuk menjatuhkan Presiden Suharto sewaktu reformasi 1997/98.

Kunjungan tersebut menurut AIDC News merupakan strategi Anwar untuk mengembangkan lagi idea Pluralisme agama di Malaysia, memandangkan kedudukan Universiti Paramadina di Indonesia adalah sebagai pusat kajian Pluralisme Agama di Indonesia. Manakala Anies sendiri merupakan penggerak utama universiti tersebut.

Sebelum ini portal pro Yahudi Malaysiakini dalam satu artikelnya telah menyiarkan pandangan bekas Naib Presiden Amerika Al Gore dan Paul Walofowitz berdasarkan laman The Wall Street Journal telah mengesa Kerajaan Amerika pimpinan Obama membantu Anwar Ibrahim dengan menekan kerajaan Malaysia berkaitan isu liwatnya.

Al-Gore yang kini terpalit dengan dakwaan mencabul kehormatan seorang tukang urut di Amerika dalam kenyataan tersebut bersama Paul Wolfowitz yang juga pernah terlibat skandal dengan kekasihnya Shaha Riza menyatakan bahawa mereka yakin bahawa Anwar “komited memperjuangkan nilai-nilai pluralism, toleransi dan kebebasan yang diperlukan oleh Malaysia untuk berkembang.”

Kenyataan bersama AL Gore dan Wolfowitz yang ditujukan kepada Obama tersebut, seolah cuba mengambarkan bahawa Anwar adalah pemimpin pluralisme terulung di dunia islam hari ini, dan ia sesuai dengan apa yang dipegang oleh Amerika dalam prinsip pluralisme agama. Kenyataan tersebut juga membawa maksud sekiranya Obama menolak Anwar, ia akan merugikan Amerika kerana peranan Anwar dalam memacu islam liberal dan pluralism di seluruh dunia adalah amat besar.

Kenyataan dua tokoh Amerika itu mengunakan hujah Pluralisme untuk membela Anwar boleh menjadi tanda tanya kepada kita. Sebenarnya apa maksud dan definisi Anwar sebagai seorang komited melaksanakan agenda pluralisme tersebut.

Doktrin pluralisme

Sebenarnya wacana pluralisme yang kini diperjuangkan Anwar adalah tidak lari dari pemikiran Barat postmodern. Kerana menurut Akbar S. Ahmad, dalam bukunya Postmodernism and Islam, postmodernisme diwarnai oleh doktrin pluralisme.

Selain itu postmodernisme selalu menjadikan fundamentalisme sebagai musuh utamanya dan cara menghadapinya adalah dengan mengunakan pluralisme. Sasaran utama pluralisme sebenarnya adalah agama dan kepercayaan. Sebab itu apabila Anwar berbicara mengenai pluralisme di merata tempat secara automatik ia merangkumi teologi atau agama juga.

Dan kita tentu masih ingat, barat melihat Malaysia masih lagi sebagai negara berpegang kepada prinsip fundamental sosioagamanya, malah Tun Mahathir sendiri mengakui bahawa Malaysia adalah negara islam fundamental, iaitu berpegang kepada nilai-nilai asas agama.

Dengan kelulusan Anwar yang langsung tiada latar belakang Usuludin ataupun pengajian akidah islam, sejauh mana diyakini apa yang diutarakan Anwar dalam menyebarkan fahaman Pluralisem agama adalah mengikut landasan islam sebenar.

Di antara tokoh pendukung paham pluralisme adalah Peter Ludwig Berger, seorang sosiologi Amerika dan juga teologi Lutheran. Dalam bukunya, The Desecularization of the World, beliau menyatakan bahawa sekular telah gagal. Oleh sebab itu dalam The Social Construction of Reality beliau telah mengusulkan fahaman pluralisme sebagai gantinya.

Berger beralasan bahwa meskipun agama masih merupakan faktor sosial yang kuat, namun pluralisme dan dunia yang bersifat global telah mengubah pengalaman agama setiap individu.

Fahaman Pluralisme yang bergerak bebas dan disebarkan oleh faktor globalisasi dan liberalisasi itu pada peringkat akhir akan menyebabkan agama tidak lagi mempunyai authoriti dalam sebebuah negara.

Dan dalam masyarakat demokrasi liberal dimana kebebasan beragama terjamin, agama tidak mampu lagi menjadikan negara sebagai sandaran. Oleh itu siapa saja bebas memiliki autoriti bukan terhad kepada satu agama sahaja. Bahkan masyarakat akan lebih kuat menganut doktrin fahaman pluralisme daripada menganut suatu agama, tegas Berger.

Sementara itu Diana L.Eck dalam The Challenge of Pluralism, menyatakan bahawa pluralisme bukan sekedar toleransi antara agama, dalam bukunya From Diversity to Pluralism ia “membayangkan” bahawa pluralisme adalah “peleburan” agama-agama menjadi satu wajah baru pluralisme agama. Mungkin berkongsi Tuhan berkongsi amalan agama dan sebagainya.

Pada pemikiran Diana beliau menyarankan agar agama-agama bersedia untuk membuka diri dan menerima kebenaran yang ada pada agama lain. Alasannya karena setiap agama mengandung paksi kebenaran. Ini jelas sekali menunjukkan bahwa Diana sependapat dengan idea bahwa semua agama itu sama benarnya dan tidak ada agama yang lebih benar dari agama lain.

Dari definisi dan fakta singkat diatas, pluralisme sebenarnya sudah mengandungi makna tertentu yang amat berbahaya kepada umat islam. Dan ia bukan sahaja bersifat toleransi semata-mata.

Oleh itu, kesimpulanya tidaklah sukar sebenarnya kita memahami mengapa Anwar sibuk ke sana dan ke sini bercakap mengenai pluralisme, manakala Al Gore dan Wolfowitz mengunakan hujah tersebut bagi mendesak Obama membantu Anwar yang tersepit di dalam kes liwat, kerana keduanya risau tiada tokoh yang setanding Anwar mampu untuk membawa agenda barat di dunia islam, lebih-lebih lagi seorang demi seorang pemimpin islam liberal mula kembali ke alam baqa untuk perhitungan.

02 Ogos 2010

Anwar jadi Nabi umat islam Liberal?

Satu persatu tokoh islam liberal diseluruh dunia mula dijemput Allah ke alam baqa, terdapat banyak kekosongan untuk diisi oleh pengerak islam liberal ini di seluruh dunia. Anwar perlahan-lahan telah mula mengisi jawatan tersebut apabila seringkali dijemput badan yang ada kaitan dengan fahaman tersebut di seluruh dunia. Timbul persoalan adakah kata-kata Nik Aziz Anwar seumpama Nabi Muhamad membawa maksud Anwar cuba menjadi pelopor islam versi baru (Islam liberal) yang telah difatwakan haram di seluruh dunia?

Tanggal 5 Julai 2010 lalu di tengah keributan Anwar menjawab tohmahan bahawa dia melutut ke kaki Zionis di Amerika, sahabat baiknya Prof Nasr Hamid Abu Zayd telah meninggal dunia akibat serangan virus selepas kembali dari indonesia.

Sewaktu kemuncak kontroversi dihadapinya, tokoh islam Liberal ini telah melarikan diri dari Mesir tempat asalnya dan menetap dengan isterinya di Belanda, beliau dianggap barat sebagai tokoh islam kotmporari dan pernah menimbulkan kontroversi apabila mencabar bijak pandai Islam agar meninggalkan cara biasa memahami kitab Al-Quran melalui penafsiran harfiah kepada kaedah pentakwilan secara sastera atau kaedah metafora seperti yang diguna pakai oleh pengkaji Bible.

Di katakan juga banyak kenyataan Nasr Hamid yang mencabar pegangan para ulama arus perdana di seluruh dunia hinggalah beliau dijatuhkan hukuman murtad dan di paksa untuk meninggalkan isterinya kerana perkahwinan terbatal apabila salah seorang dari pasangan keluar daripada agama islam.

Nasr merupakan sahabat baik kepada tokoh islam Liberal Indonesia Abdrulrahman Wahid atau Gus Dur begitu juga dengan Musdah Mulia dan pernah beberapa kali dijemput memberi ucapan di The Wahid Institute, sebuah pusat kajian islam liberal di indonesia.

Namun begitu beberapa kali juga Menteri Agama Indonesia telah menghalang tokoh islam liberal dari Kaherah itu dari memberi ucapan dalam mana-mana sesi ilmiah di Indonesia, sehingga membangkitkan protes dari kelompok islam liberal Indonesia termasuk Gus Dur Pautansendiri.

Tokoh islam liberal ini juga ada menerbitkan sebuah buku dan telah di terjemahkan ke dalam Bahasa malaysia bertajuk, " Suara Orang Terbuang - Renung-Renungan Tentang Islam".
Anwar Ibrahim melalui rangkaian Aiclub jual dikatakan cuba menyebarkan ideologi dipegang Nasr ini apabila turut sama menjual buku tersebut di dalam laman AICclub.

Nama Nasr Abdul Hamid ini juga dimasukkan bersama oleh pejabat Mufti Wilayah di dalam senarai tokoh islam liberal di seluruh dunia termasuk Anwar Ibrahim. Klik sini.