30 September 2010

Anwar di Jakarta hadir festival Filem Gay ?


Anwar Ibrahim pada 26 September sebelum bertolak ke Brussel, Belgium berada di Jakarta untuk memenuhi undangan menyampaikan ucapan di sebuah Forum anjuran Soegeng Sarjadi School of Gevernment (SSSG). Di dalam forum tersebut Anwar secara terbuka telah mengecam negaranya sendiri di hadapan peserta persidangan tersebut. Hingga keesokkanya ia menjadi berita panas di akhbar Indonesia yang memperbesarkan keburukan Malaysia sebagaimana dakwaan Anwar tersebut.Klik sini dan sini.

SSSG merupakan sebuah pusat kajian milik Soegang Sarjadi yang merupakan kenalan baik kepada Nucolish Majid tokoh Islam Liberal Indonesia, malah Soegang sendiri sentiasa melontarkan idea islam liberalnya kepada seluruh rakyat Indonesia. klik sini dan sini.

Intimnya Hubungan Soegang dan Nucolish digambarkan melalui kesanggupan beliau menyediakan biasiswa kepada pelajar di Universiti Paramadina milik Cak Nur yang kini diuruskan oleh Anies Baswedan.

Sebelum ini Anwar telah berkesempatan menghantar Nurul Izah dan Nik Nazmi untuk berbincang dan berkongsi pengalaman mengenai kaedah menyebarkan propaganda jahat kepada kerajaan pemerintah, Anies merupakan Antara.penggerak utama yang menjatuhkan Suharto dari kalangan mahasiswa pada tahun 1997/98.

Sebagai pengikut setia Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) yang diketuai Cak Nur Soegang juga rapat dengan Abrurahman Wahid yang juga tokoh islam liberal dan Bapak Pluralisme Agama di Indonesia.

Kehadiran Anwar di Indonesia dalam tempoh itu sebenarnya menimbulkan persoalan kerana dikatakan pada masa sama adanya satu majlis sempena festival Q di Indonesia.

Festival Q merupakan sebuah pesta filem yang mempertandingkan filem bertemakan Gay lesbian ataupun melibatkan masyarakat Komuniti LGBT.

Hotel Four season yang merupakan pusat persidangan forum tersebut terletak berdekatan dengan salah satu pusat festival tersebut iaitu Eramus Huis.

Festival Q dirasmikan pada 24 September dan berlansung sehingga Oktober ini, dengan penglibatan pelbagai tokoh LGBT dari seluruh dunia. Selain mempertandingkan filem ia turut melibatkan sesi diskusi dan perbincangan mengenai komuniti LGBT.

Karya dari Malaysia turut di persembahkan dan diperbincangkan di festival tersebut iaitu melalui buku Orang Macam kita yang memuatkan karya dari penyokong kuat Anwar Ibrahim seperti Farish Noor, manakala penulis lain adalah Nizam Zakaria dan Dina Zaman. klik sini. Buku ini diterbitkan oleh syarikat Matahari milik Amer Muhamed, seorang penerbit dan pengarah filem independent di Malaysia.

Di Festival tersebut sebanyak 150 Filem dari 20 negara dipertandingkan dan ia merupakan kali pertama di anjurkan di sebuah Negara islam.

Menurut seorang penyokong LGBT di Jakarta kejayaan penganjuran festival ini sebenarnya memberi makna bahawa Indonesia kini sudah bebas dari dikriminasi terhadap kelompok Gay Lesbian tidak sepertimana sewaktu era pemerintahan Suahrto.

Dan menurut sebuah laman pro Gay yang membincangkan penganjuran festival tersebut menyatakan Indonesia sudah berada jauh dihadapan dalam member pengiktirafan kepada kumpulan Gay Lesbian.Klik sini.

Anwar dan lingkaran Yahudi pro Gay di Brussel, Belgium ; Apa agenda utama?


AIDC NEWS melaporkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Brussel, untuk menghadiri persidangan antarabangsa dari kelompok kumpulan liberal, anjuran sebuah Yayasan Kristian Jerman,Friedrich Naumann Foundation (FNF), yang merupakan salah satu penaja utamanya di Malaysia.

Selain Malaysia, FNF yang diketuai oleh Moritz Kleine Brockhof, yayasan Kristian Jerman itu juga turut mempunyai cawangan di Brussel Belgium.

Difahamkan Ketibaan Anwar disambut oleh Hans van Baalen, President Liberal International, Alexander Graf Lambsdorff, Presiden European Liberal Forum dan Dr. Jürgen D. Wickert serta Moritz Kleine Brockhof daripada FNF

Hans Van Baalen merupakan Ahli Parlimen dari parti People's Party for Freedom and Democracy VVD iaitu h Parti yang memerintah Netherland sekarang . Parti VVD sebagaimana kebanyakan parti politik di Belanda juga turut mengiktiraf kebebasan Gay Lesbian, malah ketua parti VVD iaitu Mark Rutte turut dikaitkan sebagai seorang pengamal hubungan sejenis oleh musuh politiknya di Belanda. Oleh sebab itu tidak mengejutkan jika kita melihat parti VVD yang dianggotai Hans Van Baalan agak menonjol dalam membela isu mebabitkan hak-hak kumpulan gay.Klik sini untuk melihat sokongan padu VVD kepada komunit i LGBT.

Hans Van Baalen juga mempunyai hubungan rapat dengan Madeline Albrigt, malah gerakan Liberal International sentiasa mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha NDI tersebut .

Mac 2010 juga Hans sempat mengunjungi Abdullah Gul di Turki untuk memastikan Turki mengikut syarat-syarat prosedur Negara demokrasi secular liberal seperti ditetapkan eropah sekiranya Negara tersebut berminat untuk menyertai Kesatuan Eropah seperti memastikan hak kepada kaum minority gay lesbian turut dibenarkan. Klik sini.

Alexander Graf Lambsdorff pula selain Presiden European Liberal Forum merupakan ahli Parlimen Eropah dan Ketua Kumpulan Kerja hubungan Kesatuan Eropah-PBB dan aktivis hak asasi manusia. Pada pandangan Lambsdorf layanan mana-mana pihak kepada kumpulan minority gay lesbian LGBT seharusnya dilayan dengan adil tidak besifat dikriminasi orientasi seksual.

Sebagai seorang yang begitu membenci Iran, Libya dan cuba beliau juga seringkali mebangkitkan ketidakadilan hak asasi dinegara tersebut. Dalam isu Zionisme pula beliau jelas menentang sesiapa yang menanggap Zionisme sebagai rasis. Klik sini.

Tokoh lain yang menjemput Anwar tokoh yahudi iaitu Dr. Jürgen D. Wickert dari FNF bersama Moritz Kleine Brockhof daripada FNF. Ketaksuban Jurgen kepada kelompok Yahudi Zionisnya boleh dilihat dengan kehadikranya pada majlis pengumpulan Dana Holocoust di Eropah malah beliau merupakan ahli International Council of the Holocaust Fund of Jews klik sini dan sini.

Manakala Moritz Kleine-Brockhoff merupakan pengarah projek FNF di Malaysia semenjak tahun 1 Oktober 2009 dan juga merupakan bekas korespondan bagi akhbar Jerman di Asia juga seorang proYahudi zionis.

Soalnya sekarang mengapa Anwar beria-ia berada di Belgium tatkala partinya dalam keadaan huru hara gara-gara kemelut pemilihan parti yang kian menuju kemuncaknya.

Sebelum ini Anwar dilaporkan sanggup memperuntukan tempoh masa yang panjang sewaktu Apology Tour di Amerika Syarikat.

Adakah program di Brussels ini juga susulan siri permohonan maaf kepada rantai Yahudi dunia dalam sudut berbeza?

Sila baca sini dan sini peranan FNF dan Konrad Adenauer Foundation di Malaysia.

24 September 2010

Anwar LGBT ; Indonesia negara islam pertama anjur Festival filem Gay


Jakarta - Sebuah festival filem yang memaparkan kisah permasalah lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT)akan dirasmikan pada hari Jumaat ini di Indonesia, dan ia buat pertama kalinya dilaksanakan di dunia islam.

The Q! Film Festival merupakan salah satu festival Gay terbesar di Asia dengan lebih dari 150 film, selain itu tutut diadakan aktiviti pinggiran sampingan pada berkaitan ativititi LGBT- seperti perlancaran buku bertema Gay Lesbian untuk diedarkan di seluruh Indonesia dan diskusi mengenai LGBT. Dijangkakan ribuan aktivis Gay lesbian mengunjungi Jakarta dalam tempoh itu tersebut.

Kebanyakan muslim Indonesia mengaku sebagai moderat muslim, tetapi kebelakangan ini menunjukkan bagaimana komuniti LGBT terus mendapat tentangan dari kumpulan-kumpulan yang dianggap fundamentalis. Pada bulan Mac, sebuah persidangan LGBT dirancang antarabangsa di Surabaya, Jawa Timur, yang diadakan oleh ILG-Asia, sebuah cabang dari Persatuan Gay dan Lesbian Antarabangsa, namun terpaksa dibatalkan setelah diserang dari Front Pembela Islam (FPI), sebuah kumpulan radikal fundamentalis garis keras, dan Dewan Ulama Indonesia (MUI), sebuah persatuan dari ulama islam.

Selepas runtuhnya pemerintahan Order baru Suharto, Indonesia telah menerima kebebasan dalam segala urusan kehidupan, atas nama demokrasi dan hak asasi manusia ia dijadikan lesen oleh kumpulan gay lesbian untuk melaksanakan program tersebut, malah kumpulan hak asasi manusia di Indonesia memberikan sokongan yang cukup kuat kepada kumpulan tersebut.

Walaupun Festival filem Gay lesbian ini turut menerima ancaman dari kumpulan Islam di Indonesia namun sehingga kini program tersebut masih dibenarkan dilaksankan oleh pihak berkuasa.

Festival Q! penganjurannya dikaitkan dengan kedutaan asing dan pertubuhan-pertubuhan seperti Goethe Institute, Erasmus Huis, Pusat Kebudayaan Perancis dan Japan Foundation.

Manakala pihak Berkuasa Indonesia membantunya dengan menapis filem2 gay tersebut dibawah undang-undang anti-pornografi.

Selain festival ini, masyarakat LGBT Asia juga boleh mempertandingkan karya mereka di Festival filem pendek di Singapura dan juga Tokyo Antarabangsa Lesbian dan Gay Film Festival.

Sebelum ini Komunitas LGBT boleh dibilang dengan jari, namun kini ia telah muncul lebih kuat di Indonesia selepas memperolehi kebebasan demokratik selepas tamatnya dekad pemerintahan authoritarian Suharto.Tidak seperti di Malaysia tetangga Indonesia, di mana homoseksual adalah menyalahi undang-undang, undang-undang jenayah nasional Indonesia tidak melarang peribadi, hubungan homoseksual non-komersil antara orang dewasa.


Di tempat lain di Indonesia, menurut sumber LGBT mengatakan bahawa cabaran terbesar bagi masyarakat gay Lesbian muncul adalah bagaimana mengatasi tekanan dan kekerasan dari kelompok-kelompok agama fundamentalis.

Di Indonesia kini komunitas LGBT masih tetap berjuang untuk memperolehi keseimbangan kebebasan sepenuhnya terhadap hak asasi mereka dan kumpulan Arus Pelangi merupakan antara organisasi yang memainkan peranan penting dalam gerakan tersebut.

"Gays dan lesbian di Indonesia sebahagian besar masih terkurung. Ramai tidak berani menonjolkan diri, atau mengelakkan untuk diketahui. Jika kita ingin buat perbandingan, situasi di Indonesia hari ini mungkin seperti AS pada 1970-an [ketika gay dan lesbian dalam proses menuntut hak, dan satu atau dua kumpulan kepentingan gay mulai lebih aktif, "kata Oey dari Arus Pelangi.

Artikel ini disunting kembali dari Asia Times.

07 September 2010

Anwar dalang perlembagaan baru?


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di sini, di Ipoh baru baru ini mendedahkan bahawa telah wujud cubaan untuk merangka perlembagaan baru..

Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang telah dijamin dalam Perlembagaan Malaysia sekarang.

Kenyataan Harussani tersebut telah menyebabkan beliau diserang bertubi-tubi oleh pelbagai pihak khususnya disebelah parti pembangkang menafikan wujudkan dakwaan Tan Sri Harussani tersebut.

Namun peliknya secara tiba-tiba semalam Nurul Izah anak kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berkuasa Iaitu Anwar Ibrahim mengatakan

adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.Rujuk sini.

Kenyataan Nurul Izah itu seolah-olah membawa maksud bahawa perkara 153 yang melibatkan hak istimewa orang Melayu itu adalah sudah tidak relevan lagi di laksanakan di Malaysia pada hari ini.

Khalifah Umar Al Khatab sewaktu membuka Negara Parsi di katakan juga telah memberi perlindungan kepada penduduk asal Parsi.

Dikatakan sewaktu Parsi menerima islam, kebanyakkan orang Arab yang pergi ke Parsi untuk berdakwah dan berdagang adalah orang-orang kaya dan berharta. Manakala ramai penduduk Parsi pula yang miskin dan ramai yang telah menjual tanah mereka kepada hartawan-hartawan Arab.

Pada pandangan Saidina Omar, sekiranya dibenarkan orang-orang kaya Arab membeli tanah orang Parsi, nanti habis orang parsi tidak bertanah. Saidnia Omar lalu membuat satu peraturan. Orang-orang Arab yang kaya dilarang membeli tanah orang Parsi. Tujuannya ialah untuk melindungi tanah orang Parsi tidak terjual kepada hartawan Arab.

Bagi Mantan Presiden PAS peruntukan hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan Malaysia adalah sama dengan peruntukkan yang dibuat oleh Saidina Omar kerana ia menjamin kepentingan penduduk asal tempatan khususnya yang kurang berkemampuan.

Menurut Ustaz Fadzil Noor lagi larangan tanah dijual kepada Arab itu adalah satu perlindungan kepada hak Parsi . Inilah hak istimewa Parsi. Sekiranya Saidina Omar tidak mengadakan peraturan itu. Nescaya habis tanah orang Parsi dibolot oleh saudagar Arab dan ekonomi Parsi dikuasai bangsa pendatang.

Sementara itu menurut maklumat yang diketahui, perbincangan pertama untuk merangka perlembangaan baru itu dikatakan dilakukan di Institut kefahaman dan Tamadun Islam ISTAC, sebuah pusat kajian islam UIA.

Difahamkan kumpulan yang pro kepada Anwar Ibrahim dikatakan terlibat dalam usaha merangka perlembagaan baru tersebut.

Di Istac sehingga kini dikatakan antara kumpulan yang masih setia dengan Anwar Ibrahim ialah

Profesor Osman Bakar. Beliau dikatakan intim dengan Anwar Ibrahim semenjak dari zaman ABIM hinggalah sekarang. Beliau merupakan panel pemikir Anwar dan panel pemikir think tank Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD).

Malah sebelum Anwar menjadi pensyarah pelawat di CMCU di Georgetown University,Osman Bakar pernah mengisi jawatan tersebut.

Sebagai pemuja kepada idea orientalis barat, Osman Bakar seperti Anwar Ibrahim seolah-olah terpengaruh dengan idea penyosangan pemikiran islam bawaan barat di Universiti tersebut.

Semasa menjadi Ketua Jabatan Pengajian Islam di Georgetown Universiti beliau pernah mengeluarkan kenyataan “The United States is the freest country in the world. Historically, Islam flourishes in a society where there’s freedom”

Seolah-olah meletakan segalanya ada di bumi Amerika menyamai fungsi Kota Mekah bagi umat islam.

Oleh itu kenyataan Tan Sri Harussani berkaitan perlembagan baru ini ada asasnya jika kita mengaitkan dengan beberapa scenario di atas. Oleh yang demikian dapat dikatakan kerangka perlembagaan baru ini sebenarnya dibawa oleh Anwar Ibrahim melalui kumpulannya bagi menjayakan usaha slogan harapan baru Parti Keadilan Rakyat.

Bagi Anwar perlembagaan sedia ada terlalu dekat dengan kerajaan sedia ada-oleh itu suatu kaedah baru perlu dirangka untuk mematikan nostalgia rakyat Malaysia terhadap kejayaan kerajaan pemerintahan sedia ada.

Salah satunya ialah merangka perlembagaan baru dan ini juga yang telah dirangka oleh Kamal Atarturk dalam usaha menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II Bani Uthamaniyah Turki suatu ketika dahulu hingga akhinya runtuh satu system pemerintahan terbesar kerajaan di dunia islam hingga menyebabkan lahirnya sebuah Negara haram Yahudi Israel di tanah umat islam Palestin.

Berdasarkan senario ini adakah Pulau Pinang yang sebelum ini pernah ada penempatan Yahudi akan menerima nasib yang sama seperti mana bumi Palestin gara-gara-perlembagaan baru yang dirangka Anwar Ibrahim, dan rakyat Malaysia akan menerima kehilangan sistem institusi kesultanan yang meletakan islam sebagai perkara tertinggi dalam perlembagan sebagaimana rakyat Turki pada hari ini.?